Kongsikan Entri Kami

Monday 12 March 2012

Berita : Polis Sahkan Mayat Rentung Ditemui Ialah Nurul Nadirah

12/03/2012 7:36pm

JOHOR BAHRU 12 Mac – Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia hari ini mengesahkan perkara itu berdasarkan hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat terbabit.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – BERNAMA
p/s : Sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan..  Semoga keluarganya tabah.. amin..
Sumber : Here
 

16 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

kesian..rogol,bunuh dan bakar sudh mnjadi trend penjenayah utk menghilangkn jejak..manusia semakin kejam..tolong jaga keselamatan anak-anak anda..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Al-fatihah kepada arwah...
semoga pembunuhnya dapat ditangkap...amin

Anonymous said... Best Blogger Tips

knpe laa manusia skrg ni kejam sgt smpai budak2 pon jdi mangsa ?? tade kepala otak kew nk fikir , mesti budak tu meraung2 mase kne bakar dahlah dlm hutan pulak tu ..

aku berharap pembunuhnya yg kejam tu dpt ditangkap dan dijatuhi hukuman yg setimpal ats perbuatan die ..

klu die terlepas kat dunia not kt Akhirat sebab
Janji Allah tu benar .

Setiap perbuatan yg jahat akn dbls dkt akhirat kelak tu bukan janji aku ! janji Allah ,..

Nanti lah kau penjahat jahanam !!!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Jangan lupa, MALAYSIA negara ke 19 terselamt di dunia. kah kah kah... Kalau mcm ni lah, xdpt bayangkan mcm mn negara ke 50,60,100 etc (negara ke 20 mcm mn yek?). kah kah kah.... singapura pun kah dgn malaysia (ye ke?) kah kah kah....

Pwincess9 Juhary said... Best Blogger Tips

kesian budak tu.. kalaulah emak dia lebeih alert dan bukaanya ketagih dok main fesbuk bagai.. aku rasa panjang lagi umur dia.. biarlah.. mungkin dah ajal dia.. innalillah

Anonymous said... Best Blogger Tips

betul ke mak arwah nih ketagih maen fesbuk smsa kejadian..?jgn nk buat cerita..kang xpasal2 ko kene saman..

Anonymous said... Best Blogger Tips

bab fb mmg btul..ada kuar dlm kosmo last week..anak dia lpr tp mak dia tgh lyn fb..so tu yg mak dia bg duit n tulis note je..ini statemnt dr mak dia sendiri..sian dirang..Al-fatihah..moga Allah tempatkan dia didlm syurga..wahai manusia kejam..manusiakah atau binatang ? mana akal mu..???

The Fakhirin said... Best Blogger Tips

kesian kt budak nih...gara2 lapar, gara2 mak yg gilakan fesbuk...kesian..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Al-Fatihah..
takziah buat keluarga mangsa...

misz uzmy said... Best Blogger Tips

Al fatihah buat adik dirang...

Anonymous said... Best Blogger Tips

penjahat yg melakukan kejahatan seperti ni adalah manusia yg bertopengkan syaitan....semoga pihak polis akan berjaya mengesan penjahat seperti kes yg berlaku diatas ni supaya perkara tidak diingini berlaku keatas pihak lain yg mempunyai anak2, dan ibubapa jgn lah lalai terhadap keluarga @ anak2 dirumah. kerana facebook lah semua boleh terjadi... semoga keluarga arwah dpt menerima kenyataan bhawa org yg disayangi telah pergi buat selama2nya....amin.

Hazel Erika said... Best Blogger Tips

hurmmm manusia semakin kejam atau dunia semakin kejam??
takziah diucapkan,besama2 la kite sedekahkan Al-fatihah...sememangnya di syurgalah tempatnya...

Anonymous said... Best Blogger Tips

tak pyah la nak salah2 kan mak die..ape la korang ni..pikir la sikit die dahla baru hilang anak dgn care mcm ni..korang plak pandai2 nak kate itu ini..yang salah org yang membunuh tu la..carik die sampai dpt..bgi hukuman setimpal

Anonymous said... Best Blogger Tips

bapaklah bodoh,budak kecik pun nak rogol,bangang ke apa dah sangap sangat?budak tu baru nak rasa hidup :'( al fatihah

Anonymous said... Best Blogger Tips

anoy o3:11 sejk bile plak bpk die yg rogol ?? ko ni pkai fitnh jew , polis dok tahan bpk die sebb nk soal siasat mne tahu bpk die ade dendam dgn sape2 kew sbb tu polis cari die just nk soal siasat !

Hirdayu Rahmat said... Best Blogger Tips

mana ada dia kata bapak budak tu yang rogol. baca lah bebetul... taip jangan nak emo je...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...