RABAT – Seorang remaja Maghribi 16 tahun
membunuh diri selepas seorang hakim mengarahkannya mengahwini lelaki
yang merogolnya, lapor media tempatan.
Tahun lalu ibu bapa gadis yang hanya
dikenali sebagai Amina, memfailkan tuduhan ke atas perogol anak
perempuan mereka, seorang lelaki 10 tahun lebih tua daripadanya namun
hanya baru-baru ini seorang hakim di bandar utara Tangier memutuskan
bahawa kedua-duanya perlu dikahwinkan. Beliau tidak menghukum perogol
terbabit.
“Keputusan mahkamah untuk memaksa Amina
berkahwin dengan perogolnya sepatutnya “menyelesaikan” isu keganasan
seksual ke atasnya, namun ia menjurus kepada penderaan di dalam rumah
keluarga suaminya,” lapor akhbar harian tempatan, al-Massae.
Al-Massae menyatakan trauma pengalaman
menyakitkan akibat dirogol menyebabkan Amina memutuskan menamatkan
riwayat hidupnya dengan memakan racun tikus di rumah keluarga suaminya.
“Perkahwinan paksa seperti ini sudah
berakar umbi dalam tradisi luar bandar tempatan yang didakwa bertujuan
menyelamatkan maruah gadis yang dirogol,” kata akhbar itu.
Orang ramai mengadakan protes |
Kanun jenayah Maghribi mengecualikan seorang perogol daripada dihukum jika dia bersetuju berkahwin dengan mangsanya. Pejuang hak asasi wanita sejak sekian lama menuntut satu pindaan terhadap artikel dalam undang-undang itu.
Pengarah Persatuan Perpaduan Wanita
Hafida Elbaz, memberitahu al-Massae bahawa artikel itu memberi peluang
untuk seorang pelaku jenayah mengelak dikenakan hukuman.
Kisah yang tersebar meluas dalam Twitter
dan Facebook dengan kebanyakan pihak di Maghribi menuntut tindakan ke
atas hakim yang mengeluarkan keputusan itu. – Agensi
7 comments:
wadafakkkkk!!!!
ROM8 AKU STYLO
apa ka heh nya ni.....
apa punya undang2x la, rejam sampai mati la laki die tu...
morrocco rule
korang pergi sana,,
cari perempuan yg cun then rogol
lepas tu setuju je utk kahwin.
confirm dpt isteri cantik bagai plus lepas hukuman.. amacam ada beran??
stupid idiot!
Post a Comment