Kongsikan Entri Kami

Friday, 16 March 2012

Kesian : Nasi Dilarikan Ketika Kenduri Kahwin


BALIK PULAU – Sepasang suami isteri terpaksa menanggung malu berikutan kegagalan menghidangkan juadah sempurna kepada tetamu gara-gara seperiuk nasi hujan panas yang siap dimasak untuk majlis mereka, dilarikan individu yang tidak bertanggungjawab.

Md Saad Hasan, 68, mendakwa, nasi tersebut yang disediakan khusus pada hari perkahwinan dua anaknya diambil tanpa kebenaran dan dibawa ke sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri di Kampung Terang pada 4 Mac lalu.

“Lebih menyedihkan apabila rombongan bas keluarga besan yang tiba dari Setiu, Terengganu terpaksa pulang kelaparan kerana tidak sempat menunggu nasi yang sedang ditanak memandangkan nasi sepatutnya dihidangkan sudah diambil orang. Kami sekeluarga sememangnya kecewa dan terkilan dengan kejadian yang berlaku dan diharapkan ia tidak akan berulang lagi,” katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Betong.

Menceritakan detik kejadian, Md Saad yang bekerja kampung memaklumkan bahawa dia diberitahu oleh tukang masak bahawa ada individu datang bertanyakan mengenai nasi yang telah siap dimasak.

Menurutnya, tukang masak menyangka, nasi itu akan dihidangkan kepada orang ramai, namun lain pula jadinya apabila periuk terbabit diangkat dan diletakkan di dalam sebuah lori lalu dibawa pergi.

“Saya sebagai tuan rumah sememangnya kecewa dengan sikap pemimpin tersebut kerana seperiuk nasi mampu menampung hidangan sekurang-kurangnya untuk 100 orang dan kira-kira 2,000 tetamu telah dijemput untuk memeriahkan majlis. Disebabkan tindakannya, makanan untuk tetamu tidak mencukupi, malah timbul pula suara-suara sumbang sehingga menyebabkan kami sekeluarga terpaksa menanggung malu sehingga hari ini,” katanya.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya kelmarin untuk meleraikan kekusutan yang membelenggu keluarganya. Md Saad berkata, dia membuat laporan polis untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa bukan niat keluarganya untuk membiarkan tetamu pulang kelaparan.

“Sepanjang 40 tahun tinggal di sini, inilah kali pertama maruah kami tercalar disebabkan kejadian tidak sepatutnya berlaku pada hari perkahwi-nan dua anak kami,” katanya.

Isterinya, Rosni Ahmad, 58, berkata, suaminya ada berjumpa dengan individu yang mengambil seperiuk nasi terbabit, namun hanya permohonan maaf yang dinyatakan sebagai tanda penyesalan.

“Katanya, dia terpaksa mengambil hidangan nasi kenduri kami kerana nasi yang dimasak di majlis tersebut mentah dan tidak boleh dimakan. Walau bagaimanapun, ia bukanlah jalan penyelesaian kerana kami sekeluarga yang terpaksa menanggung akibatnya,” katanya.
p/s : Kesian btol.. nasi pun nak curi ker? Ish3.. 

Sumber : Here



20 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

1st stresss! haha!

Anonymous said... Best Blogger Tips

kasi tunjuk sket muke pemimpin berjiwa rakyat 2!!
menyusahkn org je keje ko.

Anonymous said... Best Blogger Tips

kesian nasi..ceh masih da lg 1st2 ni..

Anonymous said... Best Blogger Tips

hahaha ini kes curi paling lawak ape pun kesian kat famili pak cik ni memang bangang tahap kepala bana punya pemimpin..

Anonymous said... Best Blogger Tips

pelik betul,....cian mereka..

misz uzmy said... Best Blogger Tips

laaa nasi pon nak curi ..
kesian nya dorang terpaksa tanggung malu..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ingat kereta...duit...prmpuan je leh die bawa lari...skali nasi pon boleh ke...alhai labu..kot nk nasi pn masuk je la kenduri org tu wlaupn xknal...aku slalu wat dlu..keh3

Anonymous said... Best Blogger Tips

kes naya ni..
cian pakcik 2 tanggung malu...

Anonymous said... Best Blogger Tips

kat situ memang cam2 orangnya...curi nasik....

Anonymous said... Best Blogger Tips

haha..korg tu tk sape pemimpin kt area tu??? well...DAP..terbaik kan...dasar diktator... lahap sgt hak org..buduh..siallll...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ROM8 AKU STYLO

Anonymous said... Best Blogger Tips

klau aku, pemimpin tak pemimpin...parang kan aje kat muka si bodoh2 yg dtg bwak lori ikot sangat bontot pemimpin tu. WTF man????? dtg kenduri org amik nasik bwak lari g majlis diorg plak????!!! Mana hak rakyat sampai hak peribadi pon boleh dcabul smata2 nak memenuhi kehendak majlis xguna tue?????

Anonymous said... Best Blogger Tips

for all info......pemimpin BN...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ermm...ni lah benda paling SIAL sepanjang hidup aku....lebih memalukan lagi,tukang masak tu boleh ambik nasi org lain demi nk cover nasik untuk pemimpin nya.....kalau org x halal....sampai mati mkn benda haram oi....aku rasa,ni mesti kerja si tukang masak tu yg bodo mcm gampang...x logik kalau pemimpin nk arahkan tukang masak tu g ambik nasik org kenduri...ni propaganda anti kerajaan betul lahh......kerana politik,manusia sanggup buat apa saja....apa kimak!!! pukimak politik malaysia.....PRU pasni,aku x nak undi sapa2 sebab aku belum akil baligh lagi....hahahaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku tak paham lah dengan korang ni .benda cam ni pun boleh dikaitkan ngan politik

-billy fecren-

fydza said... Best Blogger Tips

adeh , nasi pun nak curi ke

Unknown said... Best Blogger Tips

pelik betul nasi kena curi....

Anonymous said... Best Blogger Tips

mcmne ler org yg bawa nasi tu mencuri ek??? kan ke berat periuk tu...

(CeRia)

jennahashim said... Best Blogger Tips

Kesian.

just to said... Best Blogger Tips

nasik pon nk curik ker?? ape daaaaa...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...