Kongsikan Entri Kami

Thursday, 5 January 2012

Panas : Pemuda UMNO Dihalang Temui Ariff Alfian Di Ireland


Masih ingatkah kisah Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar perubatan yang telah tiga tahun menghilangkan dan dipercayai berkahwin dengan teman sejenisnya di Ireland?

Bagi membantu kemelut ‘kehilangannya’ serta membantu pihak keluarganya dalam usaha untuk menyelesaikan notis tuntutan bayaran balik pinjaman sebanyak RM890,000 yang digunakan untuk membiayai pelajarannya,Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh telah terbang ke United Kingdom (UK) baru-baru ini.

Namun apa yang mengecewakan, Muhd. Khairun mendedahkan yang beliau telah ‘dihalang’ untuk bertemu dengan Ariff Alfian di sana.

” Saya telah berusaha bermacam-macam cara namun semasa berada sini , saya telah ‘dihalang’ untuk bertemu dengan Ariff Alfian….antara halangannya termasuklah undang-undang Ireland sendiri yang ‘melindungi’ pelajar tersebut.

” Patutlah ibu bapanya masih gagal menemui anak mereka sendiri walaupun sudah lapan kali ke sini dalam tempoh tiga tahun,” katanya pada Mynewshub.my dari London.

Kisah Ariff Alfian mula mendapat perhatian ramai apabila bapanya, Rosli Harun meminta pertolongan pihak Utusan Malaysia untuk mengesan anaknya itu yang gagal dihubungi sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun itu buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Namun akhirnya disahkan Ariff Alfian berada dalam keadaan selamat di sana.
Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian lagi.

Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.

Dalam pada itu, Muhd. Khairun berkata, pihaknya kini sedang berusaha agar Petronas boleh menyaman Ariff Alfian di negara tersebut.

” Kita kena ingat, yang sengsara adalah mereka yang menjadi penjamin kepada wang yang dipinjamnya itu…jumlahnya bukan sedikit.

” Sebab itu antara tujuan kita hendak bertemu dengan Ariff Alfian adalah untuk memberitahunya agar tidak lari dari masalah tersebut dan menyelesaikannya segera,” tegas beliau.

Petronas menamatkan penajaan Ariff Alfian berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.
Sumber : Here 

12 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

anak apa cm ni. mak ayah nak jumpa pun susah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ni da kategori anak derhaka..

Anonymous said... Best Blogger Tips

kes berprofile tinggi! haihhh...cian kat kuarga dia yg tanggung aib. memalukan nama negera islam jer..

Anonymous said... Best Blogger Tips

mak kau susah2 branakkn ngko. mcm ni ko bls blk.,
mmg ank jahanam

Anonymous said... Best Blogger Tips

yg aku x leh nak terima sgt nie..die nie khwin pakai baju melayu...mmg sh die nie saje nak memalukan orng melayu....

Anonymous said... Best Blogger Tips

sikit2 bala allah swt turun kan kt dia,,,jgn melangar hukum syarak.

adi shah said... Best Blogger Tips

Puak2 umeno ni pndai kn eksploitasi duit rakyat nk gi jenjalan. Kalo ko nk pegi jumpa dia, plan la dulu. Buat appointment ke ape ke.. ko ingt senang2 nk pi terkam camtu. Nmpk sangat trick nk salah guna duit rakyat mcm sorg org penting tu pura2 buat lawatan luar negara kononnya tp nk attend wedding anak dior.. ade ke lg rakyar yg buta hati n asyik kena tipu dgn tv3suku n utushan meloya skrg? Kurang cerdik ya d situ.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Lerr korg tatau citer lg ke yg dia diupah utk brlakon semate2. Yelah aritu kn Malaysia haramkn SEKSUALITI MERDEKA.. jd dia dpt upah.. dia tpaksa trima sbb dia perlu duit utk cover utang dia tu. Yelah kalo skdr pkai baju melayy apelah sgtkn. Fikirknlah, kalo btul dia nk kawen tentu dia pkai coat utk sembunyikn identiti dia.

Anonymous said... Best Blogger Tips

adi shah:

dah tu kenapa tak tok guru atau pun imam mahadi korang jek pi sana selamat kan budak ni ?? kata perjuangkan Islam ???

Anonymous said... Best Blogger Tips

adi shah:

korang punya fularmak taknak perbetuikan iman dia ka? ka dia da ada tiket ke sorrga fularmak korang?

Anonymous said... Best Blogger Tips

sial bodo..jahanam punye anak..wat nyusah mak bapak ko...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ibarat kacang melupakan kulit..gaknyer die bru nk mnyesal bler kluaga die da ta der kat dunia...mudah2 an die trbuka hati mnuju ke arah jalan yang benar...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...