Kongsikan Entri Kami

Wednesday 4 January 2012

Amazing : Telaga Paling Hebat Yang Tidak Pernah Kering (7 Gambar)


Siapa yang tidak pernah tahu mengenai telaga Zam-Zam? Setiap tahun, seramai 2 juta jemaah haji ke makkah. Sekurang-kurangnya seorang ahli jemaah akan meminum 1 liter sehari selama tempoh menunaikan haji iaitu 25 hari. Oleh itu, sebanyak 50 juta liter diperlukan untuk menampung jumlah air yang diminum jemaah haji. Setelah tamat menunaikan haji, setiap ahli jemaah akan diberi 5 liter air zam-zam untuk dibawa pulang ke tanah air masing-masing menjadikan 10 juta liter diperlukan untuk dibawa pulang. Maka, jumlah pengeluaran air zam-zaim adalah 60 juta liter dalam masa setahun.

5 L (bawa pulang) x 2 juta orang = 10 juta L

1 L (minum) x 25 (hari) x 2 juta orang = 50 juta L

Oleh itu, 10 juta L + 50 juta L = 60 juta L/tahun


Kuantiti Air Telaga Zam-Zam


Paras air telaga zam-zam adalah 3.23 m di bawah permukaan pada keadaan biasa. Ujian pengepaman dilakukan sebanyak 8000 L /saat untuk masa lebih 24 jam menunjukkan penurunan paras air dari 3.23 m di bawah permukaan hingga 12.72 m dan 13.39 m. Selepas itu paras air tidak berubah. Selepas pam dihentikan, air naik semula ke paras 3.9 m dalam masa 11 minit sahaja. Data ini menunjukkan yang air zam zam ialah air yang terletak dalam akuifer yang baik (ketertelapan yang tinggi) dan air ini diganti dengan cepat dari pergunungan di sekeliling Mekah.

Keratan rentas hidrogeologi


Sebenarnya akuifer air zam-zam berada di batu pasir aluvium dan batuan diorit. Batuan diorit bukanlah batu untuk akuifer yg baik melainkan adanya retakan (fracture). Batuan dasar akuifer ini adalah batuan diorit yang banyak retakan-retakan menyebabkan ia menjadi akuifer yang baik.


Seperti rajah keratan rentas tersebut, air hujan yang turun di kawasan tinggi meresap masuk ke dalam tanah dan pergerakan air bawah tanah adalah berpusat di Masjidil haram berdasarkan kecerunan kawasan. Apa yang menarik ialah, kawasan arid (kering) yang jarang sekali hujannya boleh membekalkan air bawah tanah yang sangat banyak.


Kualiti Air Zam-Zam

Kajian telah dilakukan bahawa Air Zamzam tiada warna dan bau, mempunyai rasa yang unik; pH adalah 7.9–8.0 (alkali). Sodium chloride (garam biasa) berlebihan dalam Zamzam – memberikan rasa sedikit payau. Zamzam sangat baik utk kesihatan – menyegarkan dan berikut merupakan kepekatan mineral yang terkandung dalam air zam-zam:
  •     Sodium – 250 mg/l
  •     Calcium -198 mg/l
  •     Magnesium – 43.7 mg/l
  •     Chloride – 335 mg/l
  •     Sulfur – 370 mg/l
  •     Iron – 0.15 mg/l
  •     Manganese – 0.15 mg/l
  •     Copper – 0.12 mg/l
  •     (Analysis of a study conducted in the laboratory of the Department of      Water and Waste Water Treatment, the Western Province, Saudi Arabia)
Sumber : Here




13 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

semuanya kehendak allah swt,,

Anonymous said... Best Blogger Tips

nice info...

laskar pelangi said... Best Blogger Tips

waaaa....kuasa Tuhan :)

Anonymous said... Best Blogger Tips

pergh stylo

Anonymous said... Best Blogger Tips

ermm begitu juga dgn upacara membaling batu.. tak pandai penuh2.. dimana prgi nya?

Anonymous said... Best Blogger Tips

Teringin sgt nk pergi kesana meliat tanah suci dan kebesaran Allah..Hrp Allah panjangkan umor dan sempat pergi ksana.Amin~

minoari89 said... Best Blogger Tips

amin...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Subhanallah..Maha Suci Allah Yang Maha Mencipta..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Subahanallah..Syahdu hati melihat kebesaran-Mu ya Allah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

hhmm...last time minum tahun ni, rasa air zam-zam dah tak payau cam dulu...

Anonymous said... Best Blogger Tips

sory2, tahap payau tu dah berkurangan...

Anonymous said... Best Blogger Tips

patut kluar national geographic..

Anonymous said... Best Blogger Tips

klo pg, x nmpk dah telaga nie...di simpan..yg ada dorg pun dah tadah dlm tmpt air..tp sgt bertuah sbb sy da di seru dulu,..moga anda juga di seru untk pergi melawat rumah allah yg sungguh indah ni:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...