Beberapa jalan utama sekitar Bandaraya Kuching, pagi ini dilanda banjir
kilat berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini, sekali gus menyebabkan
kesesakan teruk di laluan keluar masuk menuju pusat bandar. Jurucakap
bilik gerakan banjir negeri ketika dihubungi berkata, jalan yang
terjejas ialah Jalan Green, Jalan Batu Kawa, Jalan Badarudin, Jalan
Matang, Jalan Tabuan dan Jalan Sultan Tengah.
Banjir mulai surut tengah hari ini tetapi beliau mengingatkan bahawa hujan sekejap-kejap akan berterusan sehingga Sabtu di sini. Dua orang, seorang pelajar perempuan 19-tahun dan seorang pekerja stesen minyak berusia 29-tahun, dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas semasa kemuncak banjir itu.
Ketiadaan alat ramalan cuaca dan arah tiupan angin yang tidak dapat diramalkan di laut dekat Kuching menyebabkan hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat tidak dapat diramalkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan dan Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Alfred Jabu.

via : bharian
6 comments:
gambar ke 13, pasukan penyelamat mencari mangsa lemas. kedua-dua xdpt d selamatkan. meninggal. simpang sebelah shell batu lintang
mesti banyak buaya trlepas
Dengar cerita..seorang pelajar perempuan tingkatan 6 terjatuh dalam parit besar tu. Ternampak seorang pekerja SHELL yang sedang bekerja di Shell yang berdekatan. Dia cuba menyelamatkan pelajar tersebut tapi kedua-duanya tidak dapat diselamatkan.
aku terlepass klass pagi tdi....smua nya akibat banjir...klo nak tau kat kuching ad buat galian lubang kawalan banjir cm kat singapore tapi blom siap lagi...huhuhu...
Kuching Town tgh buat terowong banjir, besarkan longkang, tu jugak sebabnya jadi banjir sebab laluan air dalam contruction lagi. Takziah buat budak f6 yang jatuh dan lemas dan jugak kepada lelaki pekerja shell yang cuba tolong budak tu...
harap2 parents ku kat kuching tak papa...nasib bek rumah tmpt tgi..
Post a Comment