Kongsikan Entri Kami

Thursday, 5 January 2012

OMG : Rahsia Korea Selatan Bangunkan Internet Terpantas Di Dunia Mencecah 1Gbps


Mungkin ada di kalangan kita, apabila diajukan soalan di manakah lokasi luar negara yang mereka ingin menggunakan super high speed broadband, jawapan yang pasti akan keluar ialah Amerika Syarikat ataupun Eropah.

Namun sebenarnya bukan negara-negara di atas yang memiliki internet terlaju di dunia, sebaliknya Korea Selatan telahpun mencapai kelajuan internet terpantas di dunia.

Menjelang tahun ini, pengguna internet di Korea Selatan dapat memuat turun filem definisi tinggi dalam jangka masa dua saat sahaja. Kelajuan pasaran Jalur Lebar Korea Selatan dibangunkan dengan kadar yang luar biasa.

Perkhidmatan jalur lebar yang pertama dilancarkan di Korea Selatan pada tahun 1998. Ia mengambil masa dua tahun sahaja untuk mencapai kadar penembusan jalur lebar tertinggi di dunia.


Pertama Di Dunia

Pada tahun 2005, Korea Selatan selangkah ke hadapan dengan kejayaan menjadi negara pertama di dunia yang telah mentransformasi pertukaran penggunaan dial-up sepenuhnya kepada jalur lebar. Pada tahun yang sama, hampir 85% pengguna mempunyai akses internet sehinggan 1mbps.

Pada tahun 2010, kerajaan Korea Selatan yang bekerjasama dengan sektor swasta telah memulakan usaha untuk membekal kelajuan internet sehingga 1gbps. Suruhanjaya Komunikasi Korea Selatan berhasrat untuk menyambungkan kesemua rumah di Korea Selatan dengan kelajuan 1gbps.

Kelajuan maksimum 1gbps dijangka hanya terdapat di bandar-bandar utama di Korea Selatan manakala pengguna internet talian tetap di bandar kecil dapat menikmati kelajuan di antara 50mbps-100mbps.

Mereka mempunyai dua pelan nasional jalur lebar iaitu Rangkaian Penyatuan Jalur Lebar (BCN) dan IT839. Kedua-dua memfokus kepada mewujudkan rangkaian yang menyeluruh yang membolehkan pelanggan berkomunikasi pada bila-bila masa melalui pelbagai peranti, termasuk telefon tetap dan mudah alih, komputer peribadi, rangkaian rumah dan peralatan lain.


BCN Terbaik Dunia

Pada tahun 2004, kerajaan memilih tiga konsortium yang diketuai oleh Korea Telecom (KT), DACOM dan Korea Selatan Telekom (SKT) untuk membangunkan percubaan BCN dengan menggunakan pembiayaan sendiri.

Matlamat kerajaan Korea Selatan ialah untuk menubuhkan BCN terbaik di dunia yang boleh menyediakan perkhidmatan multimedia jalur lebar kepada 100 juta isi rumah yang menggunakan perkhidmatan talian tetap dan 100 juta pengguna perkhidmatan tanpa wayar.

BCN diikuti oleh rangkaian penumpuan Ultrabroadband (UBCN) program yang akan dijalankan antara 2009 dan 2013. Ia akan memberi tumpuan kepada pembangunan jalur lebar dengan 1 kelajuan Gbps.


Negara Paling Agresif Bangun Jalur Lebar

Pada awal tahun 2011, Korea Selatan dinamakan sebagai negara paling agresif oleh perancangan kerajaan ke arah pembangunan jalur lebar dalam satu kajian yang membandingkan 16 buah negara.

Korea Selatan telah membuat satu pelan induk ataupun ‘master plan’ sejak 10 tahun yang lepas. Dengan adanya strategi pembangunan jalur lebar negara yang sangat mantap dan amat terperinci, mereka dapat melaksanakan projek menaik-taraf tanpa ada sebarang masalah.

Luar biasa sekali, kerajaan Korea Selatan merancang untuk membelanjakan kurang daripada satu peratus daripada bajet kepada pelan, yang bercadang untuk mengisi jurang dengan menggalakkan pelaburan sektor swasta.

Tambahan, satu fakta yang paling menakjubkan ialah, usaha projek menaik-taraf kelajuan internet telah mendapat sokongan penuh daripada para ahli politik.

Soalan pertama yang akan timbul, mengapa Korea Selatan berusaha untuk membekalkan kelajuan yang amat luar biasa kepada penduduk mereka?


Ke Arah Hari Esok

Jawapan yang tepat ialah mereka telah melihat potensi yang amat besar sekiranya kelajuan internet dipertingkatkan. Bagi mereka, kelajuan internet luar biasa dapat merubah landskap kehidupan.

Jika saya bertanyakan kepada pengguna internet biasa, mungkin jawapan yang diperolehi ialah bukankah kelajuan broadband talian tetap di negara kita sudah memadai untuk kehidupan seharian biasa atau sekadar ingin melayari facebook atau twitter, baca berita secara online, menerima dan menghantar email kepada rakan-rakan.

Tujuan kita melayari internet bukan sahaja untuk membaca berita, mencari maklumat dan informasi, memuat turun lagu ataupun filem, membeli barang secara online tetapi lebih daripada itu. Mereka ingin mengaplikasikan sepenuhnya teknologi internet dalam kehidupan mereka.

Internet adalah satu medium bertujuan menghubungkan komuniti dan pada masa yang sama, memudahkan segala perkerjaan.

Lebih daripada 94% isi rumah Korea Selatan sudah mempunyai akses kepada perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dan Korea mempunyai jumlah tertinggi pelanggan perkhidmatan jalur lebar di dunia pada tahun lepas.


Insentif

Korea Selatan telah pun menjadikan pembinaan jalur lebar sebagai keutamaan negara dan dalam kes-kes yang tertentu, kerajaan telah memberi insentif kepada syarikat-syarikat swasta untuk turut serta membangunkan jalur lebar berkelajuan tinggi. Dengan cara ini, ia dapat menghalang pemain utama daripada memonopoli perniagaan mereka, menggalakkan persaingan dan inovasi.

Di Korea Selatan, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan jalur lebar dari syarikat kabel atau telekomunikasi. Tetapi mereka juga boleh memilih di kalangan pembekal bebas yang diberi akses oleh kerajaan menggunakan infrastruktur yang sedia ada untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada pengguna.

Kerajaan Korea Selatan juga telah memberi insentif kepada pengguna dengan memberikan subsidi untuk menarik banyak lagi pengguna melanggan talian tetap.

Tambahan dengan persaingan sihat di antara syarikat komunikasi swasta mahupun bebas, harga yang ditawarkan sangat murah dan dari segi kebaikannya, menguntungkan pengguna.

Pelik tetapi benar, kerajaan Korea Selatan tidak meletakan sasaran untuk mencapai kelajuan internet 100,200 ataupun 500mbps, sebaliknya telah meletak sasaran nasional untuk mencapai kelajuan 1000mbps(1gbps) pada tahun 2012.


Negara Kita Berbanding Korea Selatan

Di negara kita, kelajuan internet paling tinggi dapat dinikmati oleh pengguna talian tetap ialah 20mbps, manakala talian tanpa wayar ialah 15mbps untuk rangkaian 4G dan 7.2mpbs untuk rangkaian 3G. Umobile 3G pula berkemampuan untuk mencapai kelajuan 42mbps .

Korea Selatan pada asasnya telah memilih untuk menaiktarafkan teknologi negara untuk membantu memulihkan ekonomi yang hancur ketika mengalami krisis ekonomi 1997.

Ia seterusnya mencipta persaingan jalur lebar yang sihat, memberi kebaikan kepada pengguna dari segi harga perkhidmatan jalur lebar dan meningkatkan kelajuan. Walaupun ekonomi masih bergelut, Korea Selatan telah mencapai kemajuan yang setara dengan pelbagai bentuk teknologi digital.

Penduduk mereka boleh mendapatkan video atas permintaan dalam talian dalam kualiti definisi tinggi, malah lebih murah berbanding rakyat Amerika membayar sewa DVD.

Pelajar berpendapatan rendah dapat menggunakan sambungan kelajuan tinggi untuk mengambil tutorial secara percuma untuk ujian kebolehan negara, peperiksaan yang boleh menentukan kemasukan kolej dan permintaan pekerjaan pada masa depan.

Petani menggunakan internet sebagai wadah untuk menjual hasil tanaman mereka dan sayur-sayuran. Tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawasanya kita boleh membeli buah dan sayur-sayuran secara online tetapi hakikatnya, fenomena ini sedang berlaku di Korea Selatan dalam skala yang besar.

Sumber : Here


21 comments:

UniFail said... Best Blogger Tips

Bila unifail nak ada kat seluruh negara ni??? BTW first.

UNIFI said... Best Blogger Tips

UNIFI TERBAIK LAH..PUASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS....

Ilham11 said... Best Blogger Tips

bile nk dpt tenet selaju ni..huhu

Anonymous said... Best Blogger Tips

STOP BERPOLITIK. FOKUS ON THIS.. BARU DAPAT

Anonymous said... Best Blogger Tips

Haha,org korea walaupun lain2 parti pun leh sepakat,kat Malaysia,kalau tak masuk duit dalam poket,jangan mimpi la.Tue sebab 20mbps je paling laju leh bagi,dah la mahal nak mampus

Anonymous said... Best Blogger Tips

da xmampu pakai 20mbps.pakai la murah2...

Unknown said... Best Blogger Tips

Bila la aku boleh online kat mn2 je serata malaysia dgn free..? hmmm..

Anonymous said... Best Blogger Tips

best nya jd rakyat korea..

Anonymous said... Best Blogger Tips

perghh .. klu lju ni .. ary2 aku lyn blog ko .. hahahah

Anonymous said... Best Blogger Tips

malaysia dlu lebih maju dari korea utara.. skarang mcm mana? di sebabkan pemimpin yg lemah mcm ni la malaysia terus ketinggalan.. padan muka rakyat malaysia.. hahahaha.. skarang malaysia jauh kene tinggal.. dlu blh la dikatakan negara maju tapi skarang berapa kita di rangking dunia?

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku setuju dgn anon kat atas. stop demonstrasi bodoh sana sini ngan politik bangang lagi tahpehape tu dan fokus pada ini. gerenti boleh dapat

Anonymous said... Best Blogger Tips

Negara kita nampaknya kurang minat sbb nanti internet murah...x masyuk r..

Anonymous said... Best Blogger Tips

GOVT SAID NO FREE FREE IN MALAYSIA.JGN MIMPI.MINYAK PUN KITA PUNYA.HR HR UMNO PUTAR KES ANWAR BOLEH KASI LUPA RAKYAT PUNYA MASAELAH.HARHARHAR...

Nick Casper said... Best Blogger Tips

Dan korang sume kena tahu...kenapa ramai member2 kita yg blaja kat Korea taknak balik Malaysia walaupun cuti sem..paling lama boleh tahan pon ade la seminggu kat uma...sbb line tenet semput kalo nak banding dekat tempat blaja sana...bila teknologi dieksploit..ini jadinya

Nazri said... Best Blogger Tips

ini kalau download game digital senang-senang saje,main game pun tak lagg,

Anonymous said... Best Blogger Tips

memang cool...kalah org barat...

crescentfiz said... Best Blogger Tips

malaysia? alahai

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ni kalau buat kat Malaysia ni mahu provider kenakan caj kaw2, kononnyer sebab perkhidmata terbaik. Broadband 12mbps pun da RM200 =.=

Anonymous said... Best Blogger Tips

@Miss A

Anonymous said... Best Blogger Tips

Setuju pada siapa yang suruh kurangkan fokus pada politik-politk bodoh ni, fokuskan ni baru la best.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Anon 17:06, jgn beri komen tanpa fakta. Tlg buat research utk berapa kos per homepass/port utk provide high speed broadband services. Jika anda tahu kos sebenar, rasanya ramai yg tak mampu nak pakai. Technology been used, how to eliminate losses, existing line quality, content licenses, demand & bandwidth utilization, all these need to be maintained & doesn't come with NO COST. Do some basic research regarding how network been developed, perhaps u will understand it. It's not only about infra, but whole system/technology/equipment/ that been used. All these so-called 'Mahal' stuffs made u able to browse this page, read, think & leave a brilliant comment up there. Tq :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...