Kongsikan Entri Kami

Thursday, 5 January 2012

Berita : Sufiah Yusuf, Pelajar Genius Matematik Telah Insaf Dari Pelacuran


KUALA LUMPUR: Wanita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 23, menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran.

Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek yang dihubungi Harian Metro, semalam.

Untuk mengesahkan perkara itu, Hanafi berkata, pihaknya menghubungi pengurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan itu.

“Dia dah tak buat lagi kerja tu dan kini hanya aktif melakukan kerja amal. Melalui e-mel yang dihantar kepada saya kira-kira seminggu selepas Aidilfitri lalu, Sufiah kata dia betul-betul menyesal dengan perbuatan itu.

“Kami juga ada menghubungi agensi teman sosial yang menguruskan Sufiah dan mengesahkan mereka tidak dapat menghubunginya serta tidak tahu di mana dia berada,” katanya.

Kisah kehidupan Sufiah disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.

Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.

Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.

Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup.

Sumber : Here


8 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

hurmmmm . . . .

Anonymous said... Best Blogger Tips

alhamdulillah...

Anonymous said... Best Blogger Tips

kita jgn sesekali cakap dah takde pilihan utk mencari rezeki sbb tu kena melacur. keje la ape2 pn, biarlah gaji skit, tp biar kerje tu halal. bagus dan alhadulillah lah kalo budak ni dah sedar.

Anonymous said... Best Blogger Tips

wowww! asam garam kehidupan..

Anonymous said... Best Blogger Tips

jgn le jadik pelacur..x kesian ke ngan 'lubang' ko tuh..asyik diasak2 masuk je ngan berbagai jenis batang..klu nk kawin pon sush nk cari laki yg btol2 nk kt lubang ko yg dh longgar tuh..apepon bgus le klu dh brubah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

ini bkn genius..ini anak jin

Anonymous said... Best Blogger Tips

syukut alhamdulillah... at least dia da mula sedaq salah silap dia, dan ingin stop daripada aktiviti terkutuk tu... kita kat sini eloklah doakan dia supaya dia lebih menghampiri ALLAH S.W.T.

Anonymous said... Best Blogger Tips

komen anoy 23:44 ayat tak lee blaaaa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...