Kongsikan Entri Kami

Friday 27 January 2012

Artis : Pelakon Hollywood, Liam Neeson Bakal Peluk Islam?


KUALA LUMPUR – Siapa sangka seorang ‘Master Jedi’ terkenal seperti Qui Gon Jinn secara tiba-tiba menyatakan hasratnya yang suci serta berminat untuk mendekati agama Islam dengan lebih mendalam dan seterusnya memeluk agama suci itu.

Qui Gon Jinn atau nama sebenar pemegang watak filem legenda Star Wars itu, Liam Neeson, 59, menyatakan hasratnya tersebut kepada akhbar The Herald Sun bahawa beliau laungan azan yang berkumandang telah meresap ke jiwanya dan menghadiahkan satu perasaan yang sangat indah.

“Ada 5 kali panggilan untuk bersembahyang setiap hari, dan untuk minggu yang pertama, ia membuat saya terganggu. Kemudian ia meresap ke dalam jiwa dan pada masa itu, ia adalah sesuatu yang sangat, sangat indah.

“Ada 4000 masjid di bandar ini. Ada yang binaannya begitu mengagumkan, dan ia benar-benar membuat saya berfikir untuk menjadi seorang muslim,” katanya yang dipetik dari akhbar berkenaan.

Pelakon Hollywood terkenal itu merupakan penganut agama Kristian Katolik terpesona dengan laungan azan ketika menjalani pergambaran filem terbarunya, The Grey, di Istanbul, Turki.

Neeson yang dinamakan ibubapanya sempena nama seorang paderi tempatan pernah berkahwin dengan Natasha Richardson yang telah meninggal pada usia 45 tahun  di dalam satu kemalangan ketika meluncur salji pada tahun 2008.

Sebelum meninggal dunia, Natasha pernah memberitahu suaminya mengenai keraguan pada kepercayaan yang dianuti pasangan tersebut sehingga menyebabkan beliau sering tertanya-tanya tentang arah kehidupan yang sebenar.

“Saya dibesarkan sebagai seorang Katolik, tetapi saya fikir setiap hari kita bertanya tanpa sedar, apakah yang kita lakukan di planet ini? Semua ini tentang apa? Saya berterusan membaca buku-buku tentang tuhan, ketidakwujudan tuhan dan ateisme,” katanya lagi.

Master Jedi Qui Gon Jinn merupakan ‘Padawan’ kepada Count Dooku, menjadi mentor kepada Obi-Wan Kenobi dan merupakan guru yang bertanggungjawab melatih Anakin Skywalker yang kemudiannya berubah hala menjadi ‘Darth Vader’ di dalam filem tersebut.

p/s : ‘Hidayah’ untuk memeluk agama Islam merupakan satu kurniaan istimewa dari Allah yang tiada terhingga nilainya kepada setiap insan dan hanya diberikan kepada mereka yang terpilih sahaja tanpa boleh dipaksa-paksa.
 
Sumber : Zamzulkahiri


8 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

org lain berlumba2 masuk agama islam yg si bodoh2 sbuk berlumba jadi murtad,,

sh3da+{naiv3} said... Best Blogger Tips

alhamdulillah ^^

Anonymous said... Best Blogger Tips

@sh3da {naiv3}alhamdulillah

RinsyaRyc said... Best Blogger Tips

waa.. Alhamdulillah ... Semoga beliau terus menikmati nikmat Islam~

mujagirl92 said... Best Blogger Tips

alhamdulillah,, nak share,, tapi tak leh copy kat sini,, merajuk kang,, wekk,, hahaha... tq for the info k.. :D

Anonymous said... Best Blogger Tips

alhamdulliah.. rasa cm nak menangis bace ni.. padahal lum masuk Islam (lagi). tp bila dia (atau sape2) tertanya-tanya apa tujuan kita hidup kt planet ni, bukan hanya makan, tido, beranak, berseronok macam binatang, Insyaallah akan diberi hidayah.

mari doa ramai2 utk dia.

Lovisa Wanderer said... Best Blogger Tips

Just when I think the world is getting sick, this lights up my day.

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku suke lakonan die dalam filem Kingdom of Heaven dan tak lupa suara latar dia utk karakter singa Aslan dlm filem Narnia..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...