KUMPULAN Spice Girls yang pernah popular suatu ketika dahulu
dikhabarkan akan bergabung semula untuk sebuah konsert khas sempena
sukan Olimpik 2012 di London.
Portal Contactmusic.com
melaporkan, salah seorang anggota kumpulan itu, Mel B dikatakan menjadi
individu bertanggungjawab dalam merialisasikan gabungan semula itu.
Dia
juga dikatakan telah menyakinkan semua ahli kumpulan lain untuk
bersama-sama menjayakan persembahan itu nanti sebagai menghargai peminat
yang menyokong mereka selama ini.
Selain Mel B, Spice Girls turut dianggotai oleh Victoria Beckham, Geri Halliwell, Emma Bunton dan Mel C.
"Mel
B kelihatan bersungguh-sungguh untuk bergabung semula dengan
rakan-rakannya yang lain kerana ini adalah kesempatan terbaik buat
mereka untuk tampil di hadapan penonton di seluruh dunia," ujar sumber
terdekat penyanyi itu.
Terdahulu, rakan kumpulannya, Mel C pernah
memberitahu sukan Olimpik adalah medan terbaik buat mereka untuk
bergabung dalam satu persembahan istimewa .
"Harap-harap semua akan bersetuju dengan cadangan ini dan ia akan menjadi kenangan terbaik buat kami berlima," katanya.
1 comments:
0_o
1st laa pulak,..
Post a Comment