Kongsikan Entri Kami

Tuesday 24 January 2012

Info : Mazhab Kristian Yang Mirip Islam Di Indonesia


Terdapat sebuah Mazhab Kristian di Indonesia yang cara ibadat mereka lebih kurang sama dengan agama Islam. Berikut merupakan info mengenai mazhab ini.

Waktu Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian.

Kemungkinan orang awam akan terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Tengoklah cara mereka solat.

Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, mereka juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April.

Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Jesus Kristus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga membayar zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu per sepuluh dari pendapatan.

p/s : Kami hanya ingin share info yang kami baca. Tidak ada niat untuk memburukkan atau mengeji agama lain. Hanya berkongsi. Peace

Sumber : Here


15 comments:

RinsyaRyc said... Best Blogger Tips

sbnarnya kita x boleh nak sama-2 kan agama lain dngan Islam ... Wlupun rasa sma tpi jauh berbeza pengisiannya.. hi hi ^___^

Anonymous said... Best Blogger Tips

dikatakan mereka ini juga penganut kristian mengikut kitab injil yg asal tp apa pun sama2 kita mendoakan semoga terbuka pintu hati mereka utk memeluk agama Islam..

Anonymous said... Best Blogger Tips

tak sama!!!!!..kristian..Islam..lain kan??!..ejeaan pon da lain..maknanye lain..

UNTUK BUDAK LEPAS SPM,KLIK DI SINI..PENTING!
BUAH OREN PERCUMA UNTUK YANG BALIK KAMPUNG
IKLAN PETRONAS UNTUK CHINESE NEW YEAR! GEMPAK BEB!

Anonymous said... Best Blogger Tips

tak sama!!!!!..kristian..Islam..lainkan??!..ejeaan pon da lain..maknanye lain..(jwpan bodoh untok org yg suka buat lawak bodoh)

Anonymous said... Best Blogger Tips

BUTA KE HAPE? MANA SAMA !

Anonymous said... Best Blogger Tips

kristian ortodok itu maknanya menentang kristian..haha whatever la..

Anonymous said... Best Blogger Tips

hey man... nabi isa dalam bible pon da koba dah... lopeh nnt ado sorang laie nabi lead korang smpai hari Qiamat. ikot la dio yo.. nnt jmpo kek padang mahsyar tw.. yg kau memandai2 buek gilo sombah yg bkn2 tu knape...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ortodoks nie mmg dkt nak sama ngan islam sbb mereka ikut ajaran nabi isa yg asal agama yg diajar oleh nabi isa bknkah agama yg diturunkan oleh Allah S.W.T... sbb tuu nampak sama cuma zman dah berubah kristian pun mengalami perubahan disebabkan oleh paderi2 yg anti islam dan untuk kepentingan sendiri..... sama gak lam Islam pun banyak yg dah menyimpang yg senang disusahkan..

F.A.Jefferson said... Best Blogger Tips

yang ni kristian orthodox C:

F.A.Jefferson said... Best Blogger Tips

@Anonymous bukan menentang kristian.

F.A.Jefferson said... Best Blogger Tips

@Anonymous Saya rasa awak tak fikir dulu sebelum awak bagi statement macam ni .

Anonymous said... Best Blogger Tips

kat Malaysia ader Mahzab Islam yang mirip kristian kot...jom kita tgk kat club2...boleh minum arak ngan hebat...tayang tetek...bcium2...masok JAKIM semua lari lintang pukang..tgk ic..Islam adessss..realiti kot!!! Aku x sokong sapa2 sebab itulah realiti...jgn dok mengata org jew sendiri x nampak..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Cakap jangan ikot sedap mulut.Sebelum komen pikir,malu nanti bila non-muslim tengok macam ni perangai orang Islam.

Anonymous said... Best Blogger Tips

ISLAM agama BENAR dulu, kini dan SELAMANYA. That's the point.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Mungkin pegangan mereka "pure bible" , iaitu kitab injil yang asli

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...