GEORGETOWN – Polis mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk
seorang lelaki melepaskan mayat teman wanitanya daripada pelukannya,
yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 17, Flat Taman Utara,
Batu Uban, awal pagi ini.
Jurucakap polis berkata, kira-kira jam 1.15 pagi, polis menerima
laporan daripada orang awam bahawa terdapat dua mayat yang dipercayai
terjatuh dari bangunan flat berkenaan.
“Namun bila polis tiba di sana, hanya ada satu mayat wanita yang
sedang dipeluk erat seorang lelaki berusia 20-an sambil terbaring di
sebelah mayat itu dan dia dipercayai teman lelaki si mati,” katanya
ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Katanya, polis terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk lelaki itu melepaskan mayat teman wanitanya itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Baktiar
Kassim ketika dihubungi berkata, mayat wanita berumur 22 tahun itu
dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes itu setakat
ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – BERNAMA
Sumber : Here
7 comments:
seram nye,, kesian bf dye,, mesti sedey giler,, sebab tu sampai camtu skli,, :(
menyesal sebab pompuan tu xwasiat keta kt dier...
kesian.mcmne die bleh terjatuh?ke teman laki die ni yg tolak kot?..pastuh bwat2 sedih meratap kt gf die yg dh mati tuh..sbb tkut kene dakwa sbg pembunuh..sori klu aku bfikiran negatif psl kes nih..
ni mesti kes pompuan tu nak g tolak laki tu supaye mati pastu laki tu plak tepis, pompuan tu plak yg jatuh. so laki tu rase bersalah die pelok la.
@khairul fahmy cek mek molek tinggi sungguh imaginasi khairul fahmy cek mek molek...
hahahahahaha....guling2 aku gelak
aku rasa ni tipu je ni... hehehe
Post a Comment