Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 13 December 2011

Fakta : Kenapa Rasulullah S.A.W Sukakan Kucing & Menyatakan Kucing Bukan Najis?


Nabi S.A.W menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.



Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji.

Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahagian-bahgian khusus.

Lalu diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapatkan adalah: 

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.

2. Perbandingan yang diletakkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.

4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan makmal menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan membersihkan. Komen para doktor yang bergelut dalam bidang kuman.


Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.


Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. 

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. 

Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. 

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. 

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Sumber : Here

25 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

indahnya ciptaan illahi

Anonymous said... Best Blogger Tips

thanks for the info..

HANYA RM18 SEBULAN PLAN BLACKBERRY

2012 HAMPIR TIBA,JOM DAFTAR UNI

Unknown said... Best Blogger Tips

thanks for sharing. :D
tapi pernah dengar daal mazhab Syafi'e kalau ada lebih 4 helai bulu kucing kat baju tak boleh bawa solat. :O kalau salah tegur

Cr4Zy_NooB said... Best Blogger Tips

waow nice info thats y cats live more than a dog and thats y i LOVE CATS!! :DD

azri said... Best Blogger Tips

kucing mmg best! di faham emosi tuan dia..n dia igt sape yg bagi dia mkn...hatta kucing jiran aku pun rapat ngn aku sbb aku selalu bagi dia mkn..kucing bole wat kawan bermain..

Anonymous said... Best Blogger Tips

@NZ Diaz

mengarut jer semua tu..aku x penah dengarpun dalil mcm tu

minoari89 said... Best Blogger Tips

syg kucing aku...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ape yg awk pnh dgr????

Anonymous said... Best Blogger Tips

huhukkk... aku pernah benci kucing dan slalu pkul kucing... byk dosa aku...

MiSs LaDyBiRd ^o^' said... Best Blogger Tips

peluk kucing..hilang stress.... >.<

Norlyana Nasrin said... Best Blogger Tips

hmm habis 2 mcm mne plak dgn toxoplasma gondii? a parasitic protozoa which the host mainly is cat.

Anonymous said... Best Blogger Tips

toxoplasmosis hanya akan infected human klu manusia tu lemah immune systemnye...contoh mcm org2 tua yg sakit, ibu mengandung and AIDS patients.toxoplasmosis juga tidak akan hadir pada kucing2 belaan di rumah.slalunye yg terbiar n dah sakit2 pon.sekian..maklumat tlalu byk skrg ni..the best thing carilah guru ye...ade ilmu tanpa guru is invalid ;)

Norlyana Nasrin said... Best Blogger Tips

@Anonymous thanks..maklumat yang anda bagi ni betul tapi x lengkap.Ye saya masih belajar dan semestinya dengan guru..Toxoplasma gondii ni saya belajar last year dalam subject Parasitology.

Oh anda boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut:
http://www.parasitesinhumans.org/toxoplasma-gondii.html
saya x marah cuma nak berkongsi ilmu (^-^).

Norlyana Nasrin said... Best Blogger Tips

maklumat tambahan:
http://www.cdc.gov/parasites/toxoplasmosis/resources/toxo_cat_owners_8-2004.pdf

Anonymous said... Best Blogger Tips

erkk..aku xpandai sgt bab2 kuman , parasit atau bakteria ni, sbb aku blajar architecture..tp papepun, aku tetap sukekan kucing... Nabi Muhammad S.A.W pn pelihara kucing.. Baginda penah nk kuar rumah, tlupa kain serban Baginda, bila masuk bilik, kucing Baginda ngah sedap2 tido atas kain tu.. Baginda xsampai hati nk kacau kucing dia tido, Baginda ambik kain baru utk d pakai.. kucing memg binatang paling susuai utk d pelihara kt rumah. saiz sederhana..xtrlalu besar, xterllu kecil..mudah d gendong, d peluk, dan d kawal.. memg d cipta sbg sahabat manusia... peace!

Anonymous said... Best Blogger Tips

kucing,,, slalu wat aku tersenyum bile mamnadang dan memikirkanmu... :)

purplelicios said... Best Blogger Tips

wahhh kucing..syg kucing! but anon..errr

Anonymous said... Best Blogger Tips

aq x suka kucing jahat slalu curik ikan..

Anonymous said... Best Blogger Tips

dia curik ikan pasal nko xmo bagi dia makan, cuba ko bg dia mkn? xde lah dia mencuri.. tu semua just for survival, klau kte di tempat kucing tu pn kte akn buat bnda yg sama jgk..

ntah kucing tu nk bg makan anak dia ke? kongsi mkn dgn kucing lain yg sakit ke? pernah jadi kt sorg tokoh ilmuwan islam / ahli sufi (nama, tahun sume aku xbrape ingat.. sorila) dia sedang menjamah makan malam, tiba2 datang seekor kucing mengiau2 sperti merayu kelaparan, dia pn bg sepotong daging dr makanan dia, kucing tu 'ngap' dn trus blah.. tp xlama lps tu kucing tu dtg lg..mengiau2 lg mintak makanan.. si ahli sufi ni pn bg la jgk lg sepotong daging.. tp dia tetap merasa pelik camane kucing tu mkn laju sgt? so dia pn ikut / ekori kucing tu nk tgk kemana dia bwk daging yg dia bagi td tu.. rupa2nya kucing tu kongsi makan dgn lg seekor kucing sakit yg buta kedua matanya.. subahanallah...

kalau xcaye, bleh cuba cari kesahihan cerita ni, aku pn baca cerita tu dr blog2 jgk.. tp xingat blog yg mana..

Anonymous said... Best Blogger Tips

A motivating discussion is worth сomment. Therе's no doubt that that you need to write more about this issue, it might not be a taboo matter but typically folks don't discuѕs such
іѕsuеs. Tо thе next!
Best wishes!!

Also vіѕit my page :: galaxys3.fr
Review my web blog ...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ηey! I understаnd this iѕ sort of off-tоpiс hοωevеr I needeԁ to aѕk.
Doеs running а well-eѕtablishеԁ blog like yours
rеquiгe a lot of wοrk?
I am сompletely new tо writіng a blog however I do write in my diагy on a daily basіs.
Ӏ'd like to start a blog so I can share my own experience and views online. Please let me know if you have any kind of recommendations or tips for new aspiring bloggers. Appreciate it!

my web site; http://www.galaxynote2.fr/
Look into my site

Anonymous said... Best Blogger Tips

Hi, yes thіѕ рiece of writing is truly nicе and I have learned lоt of things from it
on the topic of blogging. thanks.

Look into my website; http://pikavippis.net/
Here is my blog - pikavippi

Anonymous said... Best Blogger Tips

Hello, I wiѕh foг to subscribe fοr this weblog to take most гecent updаtes, thus where can і
do it pleаse assist.

Heгe is my webpage ... pikavippi
Here is my page - pikavippi

Anonymous said... Best Blogger Tips

I’m not that much of a internet reader to be honest but
your sites really nice, keep it up! I'll go ahead and bookmark your website to come back down the road. All the best

Feel free to visit my website ... vapornine

Anonymous said... Best Blogger Tips

Thanks in favor of sharing such a good thinking, paragraph is fastidious, thats why i have read it
entirely

My web site; wjg

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...