LANGGAR – Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar  secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai  wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.
Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian  kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya  sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.
Menurutnya, selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang  diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap  seolah-olah menyerupai wajah manusia.
“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.
“Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.
Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut  menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.
Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil  beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar  aneh.
Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih  belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.
Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius  kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di  kawasan sekitar.
“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama  ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,”  katanya. 
p/s : Mungkin hanya kepulan asap je kot.. Wallahualam...
Sumber : Here

5 comments:
Bodoh..
Piang..
cewi
Melayu mmg senang kena tipu ek? Ko tak tahu ke ada apps android, ios yg boleh letak gambar hantu bila ko ambil gambar trus muncul hantu tu.. rajin2 la cari kat internet..
menipu jela keje kau babi
Post a Comment