Kongsikan Entri Kami

Wednesday, 14 December 2011

Cool : Sekitar Upacara Majlis Sambutan YDP Agong ke-14 Sultan Abdul Halim di Dataran Parlimen (13 Photos)

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah pada Selasa melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.




Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah dari 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975 semasa berusia 43 tahun.

Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Okt lepas untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa Selasa, bagi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada Isnin.

Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Merdeka pada 31 Ogos, 1957.

Istiadat ini merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 Nov lepas.

Upacara bermula pada 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim, yang memakai pakaian diRaja Kedah yang dikenali sebagai 'Sikap' yang terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tenggolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.

Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menjadi saksi.

Istiadat ini juga melibatkan upacara melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Ia diikuti bacaan doa dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian memohon menangguhkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke suatu masa yang ditetapkan.

Ini disusuli istiadat menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan oleh Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong, diikuti dengan pembacaan pengisytiharan tersebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Istiadat diteruskan dengan Sultan Muhammad V menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan diikuti dengan Najib membaca pengisytiharan tersebut.

Istiadat ini dihadiri oleh Raja-Raja Melayu kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Turut hadir kesemua empat Yang Dipertua Negeri, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet serta ketua-ketua jabatan.

Istiadat yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 diakhiri dengan bacaan doa dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Tuanku Abdul Halim kemudian menerima menghadap menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan yang diketuai oleh Najib di Bilik Seri Mahkota.

Sekitar Istiadat Keberangkatan Pulang DYMM Yang Dipertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin

source

12 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

ade saje gmbr c rosmah kt blakang 2..interframe tol..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Gambar2 Wazari Wazir

Anonymous said... Best Blogger Tips

nampak muda gagah perkasa je SULTAN MIZAN....

sam said... Best Blogger Tips

rosmah tu da la xpkai tudung, follow blakang permaisuri agong plak tu.. ish3...

Anonymous said... Best Blogger Tips

btul tu..crmin mata huduh...

I BET YOU DIDN'T RECEIVE RM 250

Anonymous said... Best Blogger Tips

Rosmah manusia sial

Anonymous said... Best Blogger Tips

hahaha,atleast dia bini pm..haihhhhh,untunglahhhhh!

Anonymous said... Best Blogger Tips

tolonglah kak rosmah jgn sepoilkan gmbar sultan mizan yg hensem dan permaisuri yg cantik!!!!!!

monofoxa said... Best Blogger Tips

adoii bik mama btol2 spoiled la..sultan mizan ngn permaisuri dia mmg ngam,segak dan cantik

minoari89 said... Best Blogger Tips

dia rasa dia cntik la 2 duk ikut belakang dpa..

Anonymous said... Best Blogger Tips

daulat tuanku..

rakyat said... Best Blogger Tips

allahuakbar!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...