Kongsikan Entri Kami

Monday, 13 May 2013

Unik : Gaun Yang Diperbuat Dari Buku Kisah Dongeng Kanak-Kanak (7 Gambar)


Dalam sebuah acara yang dipanggil "Re-create" yang ditaja khas oleh Oakland's Public Works Department yang disempurnakan di Muzium Seni Kanak-Kanak, sebuah gaun unik dan cantik karya Ryan Jude Novelline yang diperbuat daripada koleksi buku cerita dongeng kanak-kanak telah dipamerkan. Gaun ini dinamakan "Golden Book Gown" dan diperbuat daripada buku cerita dongeng terbitan tahun 1940-an yang dahulunya berharga 25 sen setiap satu.

Ryan Jude yang mengikuti pameran tersebut terpaksa mencari bahan yang sesuai untuk membuat gaun berkenaan kerana bahan yang terdiri daripada kain tidak dibenarkan. Pada mulanya, Ryan bercadang untuk menggunakan bahan dari kertas boneka, namun ibunya menyarankan agar dia menggunakan bahan dari buku cerita klasik, Little Golden Books. Maka, bermula lah pembuatan gaun yang dianggap sebagai satu fenomena ini.

Bagi mendapatkan bahan seperti buku cerita dongeng klasik tersebut, Ryan terpaksa membeli buku antik cerita dongeng tersebut di kedai-kedai buku dalam jumlah yang banyak. Dia menjahit empat halaman pertama bagi menguji ketahanan kertasnya apabila dijahit. Gaun itu hasilnya menjadi cukup berat dan besar.

Golden Book Gown merupakan salah satu hasil karya Novelline yang paling cantik dan menjadi batu tanda baginya. Gaun ini termasuk dalam kategori gaun yang diperbuat tanpa menggunakan bahan asal yang selalu digunakan, namun memiliki bentuk yang cantik dan tidak kelihatan aneh seperti gaun-gaun unik yang lain.


Sumber : Here
Read More.. "Unik : Gaun Yang Diperbuat Dari Buku Kisah Dongeng Kanak-Kanak (7 Gambar)"

Serius : Penjara Yang Telah Membunuh Lebih 40 Juta Banduan (9 Gambar)


Amerika Syarikat boleh 'berbangga' dengan Alcatraz yang dikenali sebagai penjara paling seram di dunia atau Brazil dengan Penjara Carandiru sebagai penjara terkejam masa kini yang pernah menelan banyak korban banduan dalam rusuhan besar suatu ketika dulu. Namun Rusia (dahulu Kesatuan Soviet) mempunyai penjara yang paling mematikan di dunia, iaitu Glavnoe Upravlenie Lagerei (Penjara Gulang).

Penjara ini dibina ketika zaman regim Joseph Stalin yang merupakan diktator Kesatuan  Soviet yang diberi gelaran “Steel Man” (lelaki besi). Joseph Stalin memerintah antara tahun 1922-1953. Selama berkuasa, Stalin dikatakan telah memerintah pembunuhan sekitar 40 juta orang warga Kesatuan Soviet (termasuk negara-negara yang kini merdeka dari Kesatuan Soviet).

Pada masa itu para penentang Stalin dikumpulkan di Penjara Gulag. Penjaga Gulag tidak ubah seperti neraka pembawa kematian. Jumlah mereka yang tewas disini adalah 7 kali lebih banyak dari jumlah korban yang meninggal akibat bencana. Kekejaman Gulag semakin kuat kerana lokasinya berada di tengah Hutan Taga, Siberia, Rusia yang suhunya selalu sejuk.

Sebahagian besar tahanan dihukum dengan keadaan yang menyedihkan. Ada yang dibunuh kejam, ada pula yang meninggal kerana kelaparan. Para banduan dikerah sebagai buruh paksa. Kemudian mereka kembali ke dalam kem kayu yang dilindungi pagar dan kawat berduri.

Penjara ini ditutup sejak tahun 1953, seiring dengan kematian Stalin. Namun ketika ini, kita masih boleh melihat bekas-bekas runtuhan bangunan. Rel-rel kereta yang digunakan untuk membawa tahanan masuk juga masih ada. Inilah salah satu saksi bisu kematian tahanan, banyak dari mereka yang melompat dari kereta ketika hendak dibawa ke dalam penjara.



Sumber : Here
Read More.. "Serius : Penjara Yang Telah Membunuh Lebih 40 Juta Banduan (9 Gambar)"

Sejarah : Lagenda Ikan Patin & Kenapa Kebanyakan Melayu Sarawak Tidak Memakannya (Gambar)


Ikan patin adalah salah satu jenis ikan sungai atau ikan air tawar. Ikan jenis ini memiliki bentuk yang unik. Badannya panjang sedikit memipih, berwana putih perak dengan punggung berwarna kebiru-biruan, tidak bersisik, mulutnya kecil, memiliki sesungut berjumlah 2-4 pasang yang berfungsi sebagai alat peraba. Ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar sungai dan lebih banyak mencari makan pada waktu malam. Diceritakan keenakan memakan ikan patin jika kena dengan menu masakan kelazatannya sehingga menjilat jari tetap walau seenak mana atau senikmat mana ikan patin mengapa ramai Melayu Sarawak tidak memakannya. Sudah tentu ada cerita legenda disebalik mengapa dan kenapa masyarakat Melayu Sarawak mahupun Melayu di nusantara tidak menjadikannya hidangan pembuka selera. Inilah paparan Borneo Oracle buat kali ini iaitu Legenda Ikan Patin Dan Mengapa Ramai Masyarakat Melayu Sarawak Tidak Memakannya.

Umum mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat Melayu Sarawak leluhurnya adalah daripada negara-negara Nusantara seperti Indonesia dan yang lebih spesifik adalah leluhur yang berasal daripada Riau, Sumatera Barat. Sebenarnya ada sebuah cerita legenda di kalangan masyarakat Riau di Sumatera sejak beratus-ratus tahun dahulu. Cerita legenda tersebut mengisahkan seorang nelayan yang bernama Awang Gading, yang menemukan seorang bayi perempuan di atas batu di tepi sungai saat ia pulang memancing. Konon, bayi itu adalah keturunan raja ikan di sungai tersebut. Oleh kerana merasa kasihan dan simpati, si nelayan membawa bayi itu pulang ke rumahnya untuk dijaga dan dibesarkan seperti anak-anak yang lain. Bayi itu diberinya nama Dayang Kumunah. Selama dalam asuhannya, si nelayan telah mengajar Dayang Kumunah dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan budi pekerti yang baik, sehingga ia pun membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berbudi pekerti luhur. Setiap pemuda yang melihatnya pasti akan terpikat kepadanya.

Pada suatu hari, seorang pemuda tampan dan kaya yang bernama Awang Usop telah melewati rumah orangtua Dayang Kumunah. Pemuda itu melihatnya sedang menjemur pakaian. Saat itu pula, Awangku Usop langsung jatuh hati kepada Dayang Kumunah dan berniat untuk menyuntingnya sebagai permaisuri hidupnya. Beberapa hari kemudian, Awangku Usop datang ke rumah Dayang Kumunah untuk meminangnya. Dayang Kumunah bersedia menerima pinangan Awang Usop, asalkan ia juga bersedia memenuhi syaratnya. Syarat Dayang Kumunah yang harus dipenuhi oleh Awang Usop adalah untuk tidak meminta Dayang Kumunah ketawa walau sekalipun. Satu syarat yang pelik bagi Awang Usop tetapi demi kecintaannya kepada Dayang Kumunah syarat yang pelik ini telah dipersetujui dengan rela hati.

Setelah kata sepakat telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak akhirnya seminggu kemudian, mereka pun telah disatukan di dalam satu pesta perkahwinan yang berlangsung dengan gilang gemilang. Semua kaum kerabat dan tetangga kedua mempelai telah diundang bagi memeriahkan suasana perkahwinan tersebut. Para undangan turut gembira menyaksikan kedua pasangan yang bagai pinang dibelah dua sama cantik sama padan disatukan. Dayang Kumunah gadis yang sangat cantik dan Awang Usop seorang pemuda yang sangat tampan. Mereka pun hidup berbahagia, saling mencintai dan saling menyayangi.

Namun, kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Beberapa minggu setelah mereka menikah, Awang Gading ayahanda Dayang Kumunah meninggal dunia kerana sakit. Ini membuatkan Dayang Kumunah sering sedih-sedih kerana kehilangan ayah yang telah mendidik dan membesarkannya sejak dari kecil lagi biarpun bukan ayah kandungnya yang sebenar. Hingga berbulan-bulan lamanya, hati Dayang Kumunah diselimuti perasaan sedih. Untungnya, kesedihan itu segera terubat dengan kelahiran anak-anaknya yang berjumlah lima orang. Kehadiran mereka telah menghapus ingatan Dayang Kumunah kepada “ayahnya”. Ia pun kembali bahagia hidup bersama suami dan kelima-kelima anaknya.

Namun, Awang Usop merasa kebahagiaan mereka kurang lengkap kerana semenjak mereka berkahwin tidak pernah dia melihat Dayang Kumunah ketawa. Pada suatu petang, Dayang Kumunah berkumpul bersama keluarganya di serambi rumah mereka. Saat itu, si Bungsu mulai dapat berjalan dengan tertatih-tatih. Semua anggota keluarga tertawa bahagia melihatnya, kecuali Dayang Kumunah. Kerana keinginan yang amat sangat Awang Usop meminta isterinya untuk ikut tertawa namun Dayang Kumunah menolaknya tetapi suaminya terus mendesak. Akhirnya ia pun menuruti keinginan suaminya. Disaat dia tertawa itulah, tiba-tiba tampak insang ikan di mulutnya. Menyedari hal itu, Dayang Kumunah segera berlari ke arah sungai. Awangku Usop berserta anak-anaknya hairan dan mengikutinya dari belakang. Sesampainya di tepi sungai, perlahan-lahan tubuh Dayang Kumunah menjelma menjadi ikan dan segera melompat ke dalam air. Pada masa itu Awang Usop pun baru menyedari kekhilafannya kerana dia sudah memungkiri syarat sewaktu mereka hendak melangsungkan perkahwinan dahulu. Dikala itu tiada apa yang dapat dilakukan kerana segalanya sudah pasrah.

Sebelum menyelam ke dalam air, Dayang Kumunah berpesan kepada suaminya Awang Usup untuk menjaga anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna dan tiada sesiapa di kalangan keturunan mereka yang dibenarkan untuk memakan ikan patin kerana barangsiapa yang memakannya adalah seumpama memakan keturunan sendiri dan boleh menjadi gila ataupun mendapat penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Awangku Usop dan anak-anaknya sangat bersedih melihat Dayang Kumunah yang sangat mereka cintai itu telah menjadi ikan. Mereka pun berjanji dan bersumpah akan mematuhi segala larangan yang dikenakan. Sumpahan ini diteruskan ke atas semua keturunan mereka selepas itu.

Inilah cerita legenda ikan patin dan mengapa ramai masyarakat Melayu Sarawak tidak memakan ikan patin. Tidak diketahui samada kebenaran sumpahan ini ke atas semua keturunan Melayu Sarawak namun yang pasti ada sesetengah masyarakat Melayu Sarawak sememangnya tidak memakan ikan patin. Sesungguhnya setiap hal yang berlaku di dunia ini ada ceritanya dan cerita legenda adalah satu cerita yang digembar gemburkan untuk mencantikkan jalan ceritanya. Sejauhmana kebenarannya hanya Yang Maha Kuasa yang lebih mengetahuinya.


Sumber : Here
Read More.. "Sejarah : Lagenda Ikan Patin & Kenapa Kebanyakan Melayu Sarawak Tidak Memakannya (Gambar)"

Sunday, 12 May 2013

Sejarah : Lokasi Terkini Taman Tergantung Babylon Adalah Di Iraq? (4 Gambar)


Setelah melakukan kajian selama berabad-abad, para sejarawan dan ahli arkeologi mungkin telah melupakan tentang misteri taman yang satu ini. Tetapi secara mengejut, baru-baru ini misteri taman tergantung Babylon kembali diperkatakan.

Seorang sejarawan terkemuka Oxford mengatakan bahawa taman tergantung dongeng itu yang merupakan salah satu dari 7 keajaiban kuno, tidak dibangunkan di Hillah oleh Raja Nebukadnezar dan bahkan taman ini tidak berada di Babel, Iraq, seperti pendapat kebanyakan pakar sejarah.

Dr Stephany Dalley dari University Oriental Institute Oxford mengatakan bahawataman tergantung dongeng ini berada 300 km utara Nimiwe, saingan Babel oleh penguasa Sanherib Asyur.



Dia pertama kali mengajukan usulan tersebut pada tahun 1992 dan telah menghabiskan 20 tahun mengkaji misteri ini, lapor The Independent. Terdapat empat komponen kunci dari teori Dr Dalley, yang akan dihuraikan dalam buku yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Ketika beliau mempelajari deskripsi sejarahnya, Dr Dalley menemui satu relief abad kesembilan belas dari istana Sanherib di Niniwe menunjukkan pohon yang tumbuh di barisan tiang beratap persis seperti yang dijelaskan oleh pendapat awal.

Kedua, Niniwe, ibukota Asyur, dikenali sebagai 'New Babel' ketika Asyur menakluk Babel pada tahun 689 SM, pada kenyataannya sejumlah tempat di kawasan tersebut dikenali dengan nama 'Babel'.

Dia juga menemui gerbang Niniwe diberi nama untuk mereka secara tradisional kemudian digunakan untuk gerbang kota Babel setelah misi penaklukkan mereka berjaya.

Ketiga, penilaian geografi menemui tanah datar di sekitar Babel yang secara teorinya adalah mustahil  untuk mengalirkan air ke Taman Tergantung itu.

Akhirnya dia percaya bahawa deskripsi klasik asli dari Hanging Gardens yang ditulis oleh sejarawan yang benar-benar mengunjungi wilayah Nineveh, termasuk  dari Alexander The Great yang tenteranya berkhemah di kota berdekatan pada 331BC, dekat dengan salah satu saluran air besar. Dr Dalley sekarang percaya untuk lokasi sebenarnya Taman Tergantung itu.

Dia berkata "Ini dilakukan selama bertahun-tahun untuk menemui bukti bagi menunjukkan bahawa taman beserta sistem yang terkait didalamnya dari saluran air, terusan ternyata dibangun oleh Sanherib di Niniwe, bukan Nebukadnezar di Babel.

"Ini adalah untuk pertama kalinya bukti dapat ditunjukkan dengan jelas bahawa Taman Tergantung ini benar-benar wujud."


Misteri Taman Tergantung Babylon

Taman Tergantung Babilon adalah salah satu dari 7 Keajaiban Dunia Kuno dan satu-satunya mungkin legenda sebenar yang masih wujud.

Penemu pertama menyatakan taman ini dibangunkan di kota kuno Babel, dekat Hillah, wilayah Babil, di Iraq.

Taman ini dikaitkan dengan Neo-Babel, Raja Nebukadnezar II yang memerintah antara 605 dan 562 SM. Dikatakan bahawa sang Raja membangunkan taman ini untuk mengenbirakan isterinya Amytis. Taman itu dikatakan dipenuhi dengan pohon pinus dan tanaman tanah serta saluran air.


Tidak diketahui apa yang terjadi pada Taman Tergantung tersebut. Beberapa teori menyebutkan kebun itu diratakan oleh gempa bumi yang dasyat.

Taman Tergantung Babilon didokumentasikan oleh para penulis Yunani dan Romawi kuno, termasuk Strabo, Diodorus Siculus dan Quintus Curtius Rufus.

Josephus sejarawan Rom-Yahudi menggambarkannya "Di istana ini, dia (Nebukadnezar) mendirikan bangunan yang sangat tinggi, didukung oleh asas batu dan dengan menanam apa yang disebut syurga pensile dan mengisi dengan pelbagai jenis tumbuhan.

Namun tidak ada bukti arkeologi definitif mengenai kewujudan taman ini yang dapat ditemui.

p/s : Wallahualam... 

Sumber : Here
Read More.. "Sejarah : Lokasi Terkini Taman Tergantung Babylon Adalah Di Iraq? (4 Gambar)"

Cool : "SOS Parachute", Payung Terjun Untuk Selamatkan Pekerja Di Bangunan Tinggi (4 Gambar)


Para pekerja yang bertugas di bangunan pejabat tinggi tidak lama lagi akan mempunyai kaedah baru untuk menyelamatkan diri selain menggunakan tangga kecemasan sekiranya berlaku kebakaran atau bencana iaitu dengan SOS Parachute.

Penciptanya, Morris Shahbazi berkata bahawa payung terjun ini mampu terbuka sepenuhnya pada ketinggian 100 kaki, jauh lebih cepat daripada payung terjun konvensional.

Beliau berharap tidak lama lagi payung terjun ini akan menjadi salah satu alat keselamatan biasa yang boleh didapati dalam bangunan pejabat tinggi di seluruh dunia.

Menurut Morris lagi, beliau telah menghabiskan masa selama 12 tahun bagi menyiapkan projek "SOS Parachute" dan usahanya disokong oleh beberapa pihak apabila berlakunya kejadian 11/9 yang memusnahkan bangunan World Trade Center dan menyebabkan ramai orang awam terutamanya pekerja pejabat terbunuh.

Syarikat beliau yang ber ibu pejabat di Panama kini telah membuka pejabat cawangannya di Dubai. Amerika Syarikat dan Singapura malah cawangannya yang beroperasi di London akan dibuka tidak lama lagi.

Produk tersebut diterangkan sebagai sebuah "sistem pemindahan tinggi".


Sumber : Here

Read More.. "Cool : "SOS Parachute", Payung Terjun Untuk Selamatkan Pekerja Di Bangunan Tinggi (4 Gambar)"

Retro : Rozita Che Wan Dalam Miss South East Asia Queen, 1992 (2 Gambar)


Pertandingan ratu cantik Miss South East Asia Queen telah dianjurkan buat pertama kalinya oleh D'Touch Promotion pada 26 Julai 1992 di Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur. Melalui nama pertandingan itu, dapat diketahui bahawa ia mempertandingkan bekas pemenang-pemenang pertandingan ratu cantik dari serata Asia Tenggara. Seramai 14 orang ratu cantik dari Malaysia (3), Filipina (3), Indonesia (3), Singapura (3), Brunei (1) & Thailand (1) telah menyertai pertandingan itu.

Peserta dari Malaysia & gelaran yang pernah dimenangi:

    Samantha Schubert (23 tahun / Miss Malaysia-World 1991)
    Rozita Che Wan (18 tahun / Miss Malaysia-Intercontinental 1992)
    Penny Soon (21 tahun / Miss Malaysia-Dreamgirl 1992)

Antara peserta dari negara-negara lain & gelaran yang pernah dimenangi:

    Kristina Rahman (Brunei / 18 tahun / Tempat ke-4 Miss Teen di Singapura)
    Amelia Joy (Filipina / 21 tahun / Miss Philippines-Charm 1992)
    Viftra Burgos (Filipina)
    Sharon Tan (Singapura)
    Indira Hasbullah (Indonesia)


Keputusan pertandingan Miss South East Asia Queen 1992:


  • Amelia Joy (Tempat pertama Miss South East Asia Queen 1992. Hadiah sampingan: Miss Body Beautiful & Miss Giamax Elegant)
  • Penny Soon (Tempat ke-2 Miss South East Asia Queen 1992. Hadiah sampingan: Miss Super Trim & Miss Crowning Glory)
  • Samantha Schubert (Tempat ke-3 Miss South East Asia Queen 1992. Hadiah sampingan: Miss Balenciaga)
  • Viftra Burgos (Tempat ke-4 Miss South East Asia Queen 1992)
  • Sharon Tan (Tempat ke-5 Miss South East Asia Queen 1992)
  • Rozita Che Wan (Hadiah sampingan: Miss Agfa Colour Photogenic & Miss A O Winning Look)
  • Kristina Rahman (Hadiah sampingan: Miss Friendship)
  • Indira Hasbullah (Hadiah sampingan: Miss Personality)
Sumber : Here
Read More.. "Retro : Rozita Che Wan Dalam Miss South East Asia Queen, 1992 (2 Gambar)"

WTF : [Video] Syarifah Sakinah, Spender Merah, Bra Merah, Lipstick Merah


Korang tengok la sendiri video ni.. Dia mintak kena kutuk. So, korang semua tau apa nak buat. Aku pun tak paham kenapa mentaliti artis Malaysia macam ni. Bukan semua, tapi banyak yang macam ni. ish3.. 

” Hai saya Sharifah Sakinah, saya hack telefon Anzalna sebab nak populariti yang tinggi. Hari ini saya pakai lipstik merah, spender merah dan bra merah. Tak sabar nak tunggu orang kutuk.”


p/s : Takde keje.. 

Sumber : Here
Read More.. "WTF : [Video] Syarifah Sakinah, Spender Merah, Bra Merah, Lipstick Merah "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...