Kongsikan Entri Kami

Showing posts with label stress unik. Show all posts
Showing posts with label stress unik. Show all posts

Sunday, 8 December 2013

Unik : Kelab Malam "Underwater" Di New York (6 Gambar)


Bar dalam air yang luar biasa ini telah diadakan di sebuah kolam renang besar di New York. Ciri istimewa tempat ini, yang menjadikan ia berbeza daripada bar biasa yang lain ialah ia terletak di dasar kolam renang, jadi anda perlu memakai pakaian renang dan topi menyelam khas untuk masuk ke dalam air. Projek ini telah direka dan dicipta sebagai sebuah iklan jam tangan kalis air, Techno Marine untuk syarikat Sea Track. Idea untuk mewujudkan bar dalam air datang dari syarikat Thinkmodo.


Sumber : Here
Read More.. "Unik : Kelab Malam "Underwater" Di New York (6 Gambar)"

Monday, 9 September 2013

Unik : Restoran Daging Extra Segar Hanya Di Vietnam (8 Gambar)


Sebuah restoran di sekitar The Perfume Pagoda, Utara Vietnam ini menjual pelbagai daging mentah haiwan termasuk rusa, anjing, landak serta harimau. Semua haiwan ini diburu dari sekitar pergunungan. Tetapi yang jijiknya, semua haiwan ini digantung dan disembelih depan kedai. Jom kita tengok.


Sumber : Here
Read More.. "Unik : Restoran Daging Extra Segar Hanya Di Vietnam (8 Gambar)"

Wednesday, 31 July 2013

Unik : Ippo, Spesis Kacukan Keldai Dan Kuda Belang Dilahirkan Di Itali (5 Gambar)


Seekor bayi Zonkey, iaitu spesies haiwan kacukan antara kuda belang dan keldai yang dinamakan Ippo, telah berjaya dilahirkan di sebuah rizab haiwan di Florence, Itali.

Induk jantan kepada Zonkey merupakan seekor kuda belang yang telah diambil oleh rizab haiwan ini selepas ia diselamatkan daripada sebuah zoo haram yang tidak mendapat tauliah penjagaan haiwan. Manakala, induk betina kepada Zonkey pula merupakan seekor keldai dari spesies Amiata, iaitu spesies yang sangat terancam.

Menurut Serena Aglietti, salah seorang pekerja di rizab haiwan berkenaan, memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa "Ippo adalah satu-satunya sepesies haiwan itu yang ada di Itali".


p/s : dah lari dari fitrah alam.. hmm.. 

Sumber : Here
Read More.. "Unik : Ippo, Spesis Kacukan Keldai Dan Kuda Belang Dilahirkan Di Itali (5 Gambar)"

Sunday, 19 May 2013

Unik : Pintu Tandas Lutsinar Akan 'Tertutup' Selepas Pintu Telah Dikunci Di Austria(2 Gambar/Video)

Pintu Tandas Lutsinar Akan 'Tertutup' Selepas Pintu Telah Dikunci.
Memang idea yang bernas. Tandas di Cafe Diglas, Vienna Austria ini mempunyai pintu yang lutsinar. Namun selepas pintu ini ditutup, ianya akan terus menjadi kabur. Mari lihat videonya di bawah ini.  


Video :
Read More.. "Unik : Pintu Tandas Lutsinar Akan 'Tertutup' Selepas Pintu Telah Dikunci Di Austria(2 Gambar/Video)"

Monday, 13 May 2013

Unik : Gaun Yang Diperbuat Dari Buku Kisah Dongeng Kanak-Kanak (7 Gambar)


Dalam sebuah acara yang dipanggil "Re-create" yang ditaja khas oleh Oakland's Public Works Department yang disempurnakan di Muzium Seni Kanak-Kanak, sebuah gaun unik dan cantik karya Ryan Jude Novelline yang diperbuat daripada koleksi buku cerita dongeng kanak-kanak telah dipamerkan. Gaun ini dinamakan "Golden Book Gown" dan diperbuat daripada buku cerita dongeng terbitan tahun 1940-an yang dahulunya berharga 25 sen setiap satu.

Ryan Jude yang mengikuti pameran tersebut terpaksa mencari bahan yang sesuai untuk membuat gaun berkenaan kerana bahan yang terdiri daripada kain tidak dibenarkan. Pada mulanya, Ryan bercadang untuk menggunakan bahan dari kertas boneka, namun ibunya menyarankan agar dia menggunakan bahan dari buku cerita klasik, Little Golden Books. Maka, bermula lah pembuatan gaun yang dianggap sebagai satu fenomena ini.

Bagi mendapatkan bahan seperti buku cerita dongeng klasik tersebut, Ryan terpaksa membeli buku antik cerita dongeng tersebut di kedai-kedai buku dalam jumlah yang banyak. Dia menjahit empat halaman pertama bagi menguji ketahanan kertasnya apabila dijahit. Gaun itu hasilnya menjadi cukup berat dan besar.

Golden Book Gown merupakan salah satu hasil karya Novelline yang paling cantik dan menjadi batu tanda baginya. Gaun ini termasuk dalam kategori gaun yang diperbuat tanpa menggunakan bahan asal yang selalu digunakan, namun memiliki bentuk yang cantik dan tidak kelihatan aneh seperti gaun-gaun unik yang lain.


Sumber : Here
Read More.. "Unik : Gaun Yang Diperbuat Dari Buku Kisah Dongeng Kanak-Kanak (7 Gambar)"

Thursday, 14 March 2013

Unik : Meja Makan Yang Tergantung Seperti Buaian (4 Gambar)

Swing Table adalah sebuah meja makan dengan rekabentuk tergantung seperti buaian. Aku tidak tahu adakan ianya meja yang praktikal untuk digunakan, tetapi ianya memang sebuah perabot yang sangat unik.


p/s : Macam best jer.. 

Sumber : Here
Read More.. "Unik : Meja Makan Yang Tergantung Seperti Buaian (4 Gambar)"

Wednesday, 6 March 2013

Unik : Azad Khan, Guru Paling Kecil Di Dunia (4 Gambar)


SEWAKTU berumur 18 tahun, beliau pernah dilabelkan sebagai peserta sarkas pelik, namun lelaki kenit Azad Singh yang berketinggian hanya 91 sentimeter (sm) berjaya menutup mulut masyarakat setempat apabila menjadi guru paling kecil di dunia.

Azad, 22, disahkan menghidap sejenis penyakit gangguan genetik luar biasa yang menghentikan tumbesarannya ketika berumur lima tahun, sekali gus kekal sehingga ke hari ini. Anak muda yang amat kecil itu, bertanggungjawab mengajar mata pelajaran kemahiran komputer di sebuah sekolah rendah perempuan dalam Haryana, India.

"Kesemua pelajar saya lebih tinggi daripada saya," katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun, Azad mempunyai sedikit masalah untuk mengajar, beliau terpaksa berdiri di atas meja guru untuk membolehkannya menulis di papan putih. Pelajar turut menggelar Azad sebagai 'Chotu' atau 'Cikgu kecil' berikutan memiliki ketinggian 91 sm serta berat 18 kilogram (kg).

"Sejak bekerja sebagai guru, saya memiliki pendapatan sendiri iaitu setiap bulan saya menerima 10,000 rupees (RM563.70)," katanya.

Azad terpaksa akur dengan fizikalnya di mana beliau terpaksa memakai pakaian kanak-kanak walaupun usianya telah mencecah golongan dewasa. Beliau berkata, walaupun tubuh badannya kenit dan tidak akan membesar seperti lelaki normal, beliau amat berbangga kerana mampu mencapai impian yang diidamkan iaitu menjadi seorang guru.

"Masyarakat sememangnya melayan saya sebagai lelaki normal kerana kini saya sudah bekerja dan pekerjaan saya ini amat dihormati orang ramai.

"Pernah sekali ketika saya berusia 18 tahun, saya telah disalah tafsir sebagai bayi oleh seorang pengawal kereta api.

"Sewaktu di sekolah pula saya juga pernah dibuli kerana masalah saiz badan saya dan berasa amat takut dengan ancaman yang saya berkemungkinan akan diculik oleh pengurus sarkas," katanya.

Bagaimanapun, Azad berkata cemuhan yang dilemparkan kepadanya sewaktu di zaman kanak-kanak menjadi pemangkin kepada beliau untuk membina karakter, sekali gus mematangkannya sehari demi sehari.

"Si pembuli itu berjaya membuatkan saya berusaha keras mencapai matlamat dan mereka tidak akan dapat berkata apa-apa lagi sekarang ini," katanya.




Sumber : Here

Read More.. "Unik : Azad Khan, Guru Paling Kecil Di Dunia (4 Gambar)"

Sunday, 3 March 2013

Unik : Sarang Burung Gergasi Di Gurun Kalahari, Afrika Selatan (8 Gambar)


Di gurun Kalahari, Arfika Selatan, terdapat satu spesis burung yang dikenali sebagai  Sociable Weaver Bird yang membina sarang pada tiang dan wayar elektrik. Apa yang menarik, sarang burung yang dibina sangatlah besar. Jom tengok gambar-gambar ni.


p/s : Gigihnya burung kat padang pasir ni.. Kalau bagi kerajaan burung, sarang macam ni kira rumah banglo la.. burung-burung kaya.. hoho..

Sumber : Here
Read More.. "Unik : Sarang Burung Gergasi Di Gurun Kalahari, Afrika Selatan (8 Gambar)"

Sunday, 18 November 2012

Unik : Senjata Pelik Dari India - Pistol + Pisau Combo (10 Gambar)

Senjata Pelik Dari India - Pistol + Pisau Combo.
Pisaunya berukuran 9.5 inci dan mempunyai dua pistol disambungkan padanya. Harga senjata ini adalah RM24,000.

Read More.. "Unik : Senjata Pelik Dari India - Pistol + Pisau Combo (10 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...