Kongsikan Entri Kami

Sunday, 19 April 2020

Fakta : 6 Fakta Mantap KDrama Trending :World of the Married" Yang Anda Perlu Tahu (11 Gambar)

6 Fakta Mantap KDramaTrending “World Of The Married” Yang Anda Perlu Tahu


1. KDrama ini ditayangkan sepenuhnya oleh Syarikat JTBC

    JTBC atau nama penuhnya adalah Joongang Tongyang Broadcasting Company adalah sebuah Syarikat Televisyen Berkabel (seperti ASTRO di Malaysia) yang paling berjaya di Korea Selatan. Mulai dilancarkan pada 1 Disember 2011 dan berjaya menghasilkan serta menampilkan KDrama yang menjadi kegilaan orang ramai bukan sahaja di Korea Selatan malah di seluruh dunia. Antara KDrama JTBC yang terus menjadi kegilaan orang ramai adalah

KDrama “Sky Castle”

KDrama “Itaewon Class”

KDrama “Strong Girl Bong-Soon

2. KDrama “World of the Married” diinspirasi oleh jalan cerita TV Series BBC “Dr. Foster : A Woman Scorned”

KDrama ini dihasilkan mengikut segelintir watak dan jalan cerita hampir sama sepenuhnya. Watak utama kedua-dua drama adalah seorang doktor wanita yang berjaya dari semua segi. Namun watak suami adalah berlainan di kedua-dua drama ini. TV Series “Dr. Foster” menampilkan suaminya sebagai seorang pengusaha hartanah akan tetapi dalam KDrama pula menampilkan suaminya sebagai pengarah perfileman. Namun kedua-duanya mempunyai masalah kewangan dan ditanggung oleh isteri masing-masing.

3.  3.TV Series BBC “Dr. Foster” bakal ditayangkan di Korea kerana KDrama “World of the Married”


Atas kejayaan sepanjang enam episod KDrama “World of the Married”, JTBC telah memutuskan pada 16 April yang lalu untuk menayangkan sepenuhnya TV Series BBC “Dr. Foster” mulai April 27. 
 
4   4. KDrama “World of the Married” mencatat rekod baru dalam dunia KDrama

Selepas baru lapan episod, KDrama telah mencatat beberapa rekod baru dalam dunia KDrama yang selalu dibanjiri dengan lautan peminat seluruh dunia. Antara rekod baru yang telah dicatatkan adalah seperti berikut. 

a)    Rekod Tonton Tertinggi untuk tayangan Episod Pertama bagi JTBC 

b)    Rekod Tonton Kedua Tertinggi (Purata) Sepanjang Zaman untuk KDrama semua syarikat penyiaran berkabel seluruh Korea.  KDrama yang mempunyai tontonan tertinggi adalah di bawah tayangan syarikat JTBC juga iaitu “Sky Castle”.

5. KDrama “World of the Married” adalah Rated-R (Restricted) di Korea Selatan. 


     Walaupun KDrama ini telah diklasifikasikan sebagai Rated-R iaitu tayangan hanya untuk penonton berusia 17 Tahun ke atas kerana mempunyai unsur keganasan yang melampau serta memaparkan unsur-unsur seksual yang begitu………….. hmmmm. Namun begitu, sambutan KDrama ini terus meningkat setiap episod.
  
6. Pelakon utama KDrama “World of theMarried” Kim Hee-ae akan berusia 54 tahun pada bulan April ini. 

Seorang pelakon Korea Selatan veteran terkenal yang masih lagi bergiat aktif di dunia KDrama dan drama terakhir sebelum ini adalah empat tahun yang lepas. Namun begitu, ramai pasti tidak percaya akan umurnya sekiranya kita sendiri tidak meneliti biodata Kim Hee-ae. Dan pada 23 April kelak, Kim Hee-ae akan berusia 54 tahun dan usia tervebut agar sukar untuk dipercayai melihat kepada situasi di negara kita. 


Bagi yang belum menonton KDrama yang telah trending ini, sila ambil masa waktu PKP ini untuk menontonnya. 

1 comments:

Purna Jain said... Best Blogger Tips

Hi! This is my first comment here so I just wanted to give a quick shout out and say I genuinely enjoy reading your blog posts. Can you recommend any other Beauty Write For Us blogs that go over the same topics? Thanks a ton!

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...