Jacqui Beck didiagnosis MRKH (Mayer Rokitansky Kuster Hauser) iaitu satu sinptom yang mempengaruhi sistem pembiakan, yang membuatnya lahir tanpa rahim, tanpa serviks juga tanpa lubang faraj.
Sejak lahir, badan Jacqui Beck tidak mempunyai organ-organ pembiakan, termasuk faraj. Tapi orang tuanya tak pernah sedar. Keadaannya dikesan setelah Beck berjumpa doktor kerana sakit punggung dan tidak juga datang haid walaupun usianya sudah mencapai 17 tahun.
Menurut hasil pemeriksaan, di tempat yang seharusnya menjadi faraj hanya ada sebuah lengkuk kecil tanpa lubang, yang ebermaksud Beck tidak akan boleh melakukan hubungan seksual atau melahirkan anaknya sendiri.
"Saya tidak pernah menganggap diri saya berbeza dari perempuan lain. Selepas mendengar berita mengejutkan ini, saya tidak boleh percaya apa yang saya dengar. Saya yakin doktor keliru, tapi ketika itu menjelaskan mengapa saya tidak mengalami haid, semuanya mulai masuk akal," ujar Jacqui beck.
Perasaan Beck begitu hancur mengetahui bahawa dirinya berbeza dari perempuan lain. Dia tidak akan mampu merasakan bagaimana rasanya hamil, melahirkan, bahkan datang haid.
"Saya benar-benar marah dan merasa seperti saya bukan wanita sejati lagi," tambahnya
Mrkh (Mayer Rokitansky Kuster Hauser) adalah penyakit ganjil yang mempengaruhi satu daripada 5,000 wanita di Britain. Wanita dengan keadaan ini mempunyai ovari yang berfungsi normal, sehingga akan mengalami tanda-tanda akil baligh normal tetapi tidak akan mengalami haid atau kehamilan.
Alat pembiakan luaran biasanya tampak normal, itu sebabnya MRKH tidak dapat dikesan sehingga wanita berada di usia remaja. Kelainan ini biasanya ditemui ketika seorang wanita cuba untuk berhubungan seks atau tak pernah dapat haid.
Seorang lelaki di Amerika Syarikat mengambil tempoh masa selama 20 tahun untuk menanam sebatang pokok buah epal yang menghasilkan 250 jenis epal dibelakang rumahnya.
Bagi melakukannya, Paul Barnett telah mencantumkan 250 jenis tunas pokok epal berlainan jenis pada ranting sebatang pokok epal yang bertindak sebagai induk. Melalui teknik itu, dia kini memiliki banyak pilihan buah epal dari pelbagai jenis untuk dimakan, dimasak dan dijadikan cuka.
Barnett turut melabelkan setiap dahan epal untuk memudahkan dirinya mengingati dahan bagi jenis epal yang dicantumkan pada pokok berkenaan. "Saya mula bekerja di sebuah tapak semaian yang mengandungi 90 jenis pokok epal pada setiap batas," kata lelaki berusia 40 tahun itu.
"Saya mahu menanam pokok-pokok saya sendiri, namun saya tidak memiliki kawasan untuk melakukannya. Oleh itu saya menggunakan kaedah pencantuman tunas untuk tujuan tersebut," tambahnya.
Bangunan Kelab Penari Bogel Yang Terletak Dalam Laut Kini Dibiarkan Kosong.
Pelik tetapi benar kerana kelab penari bogel ini memang terletak di dalam laut Red Sea sekitar Eilat, Israel. Mula-mulanya ianya hanya sebuah restoran dalam laut tetapi kemudiannya menjadi kelab penari bogel untuk hanya setahun.
Perarakan Lima Ekor Itik Menjadi Tumpuan Di Hotel Lima Bintang Memphis.
Hotel Peabody yang terletak di Memphis mempunyai satu tarikan unik iaitu perarakan lima ekor itiknya. Itik ini akan bergerak dari 'rumah' mereka di tingkat paling atas dan turun ke lobi dengan lif hotel. Karpet merah disediakan di lobi untuk ke kolam setiap hari. Pada petang jam 5, itik ini akan dibawa balik ke 'rumah' mereka.
Sekumpulan ikan lumba-lumba dengan saiz yang super besar dengan anggaran sebanyak 100,000 ekor yang merangkumi hampir 7 kilometer panjang telah dikesan di luar pantai San Diego. Ia telah memberi kejutan kepada sekumpulan ahli pemerhati alam sekitar yang berada berhampiran.
Ikan lumba-lumba lazimnya akan berenang di dalam kelompok kecil yang hanya mempunyai bilangan sebanyak 15 ke 200 ekor sahaja. Penemuan kumpulan ikan lumba-lumba berkenaan telah diiktiraf sebagai kumpulan ikan lumba-lumba super besar yang pernah ditemui di dunia.
Mr Dutra, seorang ahli pemerhati alam sekitar berkata, "Kami mengekori kumpulan ikan lumba-lumba itu selama 1 jam lamanya kerana tidak pernah melihat keadaan sebegini dalam hidup saya."
"Mereka (ikan lumba-lumba) datang dari pelbagai arah dan anda boleh melihat mereka sejauh mata memandang," katanya lagi. "Ini merupakan perkara terbesar yang pernah berlaku dalam hidup saya."
p/s : Aneh.. mungkin petanda sesuatu.. Wallahualam..
Seekor haiwan ganjil yang disangka sebagai makhluk asing oleh para pengguna internet selepas ia disiarkan di laman Reddit sebenarnya ialah spesies haiwan seperti belut.
Menurut laman GrindTV.com, seorang jurucakap Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar New York menyatakan, berdasarkan saiz pada gambar di laman itu, haiwan tersebut ialah lamprei.
Imej itu juga disiarkan di laman YouTube semalam yang dtangkap di New Jersey. Menurut jabatan berkenaan, lamprei juga tidak mempunyai tulang dan mulutnya dipenuhi dengan barisan gigi yang jarang.
Gambar tersebut menunjukkan haiwan itu ditusuk dan darah keluar daripada badannya.
Kejadian pelik ni berlaku di sebuah kedai haiwan peliharaan di England. Seorang pelawat di kedai tersebut telah merakam seekor ular yang sedang menelan dirinya sendiri. Apa masalah ular ini? Adakah inberkaitan dengan simbol Ouroboros iaitu satu simbol purba yang menunjukkan gambar ular@naga yang menelan ekornya sendiri. Simbol ini mula dijumpai pada teks Mesir purba yang membawa maksud self-reflexivity atau cyclicality.
LONDON: Sekali pandang, tiada yang aneh pada biri-biri ini, tetapi sebaik saja ia dilihat lebih dekat, ternyata ada yang aneh padanya.
Ketika ia leka meragut rumput, ramai yang terkejut apabila melihat biri-biri ini berkepala terbalik. Pemiliknya memaparkan imej berkenaan di YouTube bertegas mendakwa ia asli.
Ia ditonton hampir 50,000 kali dalam tempoh lima hari. Allan McNamara, dari Middlesbrough, Yorkshire Utara, berkata dia ternampak biri-biri berkenaan ketika berjalan-jalan di pinggir kampung dengan seorang rakan. Kata juruteknik komputer itu, tulang belakang yang terpusing mungkin menyebabkan kepala biri-biri berkenaan terbalik.
“Kami memang sukar mempercayai apa yang kami lihat,” katanya. Menurut McNamara, 30, dia tidak dapat mengingat lokasi ladang tempat dia melihat biri-biri berkenaan, sebaliknya hanya mendakwa ia terletak di England.