Kongsikan Entri Kami

Wednesday, 23 October 2013

Fakta : 6 Kesilapan Termahal Dalam Sejarah Manusia (6 Gambar)

6. Krisis Loji Tenaga Nuklear Chernobyl


 Ia antara kesilapan yang paling teruk pernah berlaku dalam sejarah manusia. Kemalangan di Chernobyl berlaku disebabkan peralatan yang rosak dan tidak dibaiki setelah amaran dikeluarkan. Hasilnya, empat reaktor nuklear hilang kawalan semasa ujian kecemasan yang membawa kepada krisis yang terkenal di seluruh dunia ini. Dianggarkan, ia menelan kerugian sebanyak US$38 Billion serta menyebabkan dua orang pekerja terkorban serta merta dan yang lainnya meninggal dunia sekian lama selepas kejadian itu termasuk 28 orang ahli bomba.

5. Kebakaran Hutan Terbesar Dalam Sejarah California


Ini adalah satu kesilapan yang dilakukan oleh seorang pemburu pada musim luruh tahun 2003. Pemburu berkenaan dikatakan telah hilang semasa memburu dan akibat telah berputus asa, dia menyalakan isyarat asap kecemasan di sebuah ladang berdekatan wilayah San Diego. Api yang marak kemudiannya tersebar hingga memusnahkan hampir 300,000 ekar hutan. Ia juga menyebabkan kehilangan nyawa seramai 14 orang dan memusnahkan 2,322 buah rumah di sepanjang jalan. Pada akhirnya, kerugian yang dialami dianggarkan bernilai US$1.5 Billion! 

4. Tragedi di Pelantar Minyak "The Piper Bravo"


Ada masa-masanya di dalam sejarah apabila kecuaian dan kesilapan membawa kepada kehilangan nyawa dan wang. Inilah yang berlaku pada Mei 1994 apabila pemeriksa keselamatan terlupa untuk menggantikan injap di pelantar minyak Piper Bravo semasa pemeriksaan rutin. Pemeriksa telah mengeluarkan dan menggantikan semua injap keselamatan yang lain kecuali satu injap yang telah dilupakan. Seorang pekerja yang tidak pernah tahu bahawa salah satu injap keselamatan telah dilupakan menekan butang menghidupkan pam minyak di pelantar minyak berkenaan. Ia merupakan keputusan yang sangat buruk dan sangat mahal. Pelantar tersebut meletup dan membunuh seramai 167 orang pekerja dan memusnahkan harta bernilai US$3.4 Billion.

3. Kemalangan Kapal Tangki Minyak The Exxon Oil



Ini adalah kemalangan yang berlaku pada tahun 1989 dan ia disebabkan oleh kesilapan kapten kapal yang terlalu mabuk pada ketika itu. Kapal tersebut dikatakan sedang dalam perjalanan ke Carlifonia tetapi terlanggar kapal Prince William Sound di luar perairan pantai Alaska yang menyebabkan tumpahan minyak mentah sebanyak 760,000 tong minyak. Hasilnya, US$4.4 Bilion telah dibelanjakan bagi proses membersih dan membaiki kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan tersebut.

2. Kemalangan Roket Angkasa Challenger


The Challenger merupakan sebuah kapal angkasa yang dibina dan dimiliki oleh NASA. Ia meletup 72 saat selepas berlepas dan membunuh kesemua angkasawan. Siasatan mendapati letupan tersebut disebabkan oleh kecuaian jurutera NASA dari segi reka bentuk kapal angkasa berkenaan. Hasilnya, ia telah menyebabkan kerugian sebanyak US$5.5 Billion dalam proses pembinaan kapal angkasa itu.

1. Pembelian Time Warner oleh AOL


Syarikat-syarikat juga pernah membuat kesilapan dan ini adalah antara kesilapan yang paling teruk yang pernah dibuat oleh sesebuah syarikat. AOL telah membeli syarikat Time Warner pada harga US$180 Billion  pada tahun 2000 tetapi dijual semula sembilan tahun kemudiannya pada kos yang rendah iaitu sebanyak US$36 Billion. Pada akhir, AOL telah kerugian sebanyak US$146 Billion!

Sumber : Here


12 comments:

kyleel said... Best Blogger Tips

http://www.Payzzo.com/?share=13369

kazuto said... Best Blogger Tips

Cuba dulu baru tahu, cara mudah dan cepat menjana duit..klik sekali shaja dan tunggu ..klik
http://www.visitpayment.com/index.php?refcode=1074

Anonymous said... Best Blogger Tips

dua ekor anon atas aku ni binatang lahanat!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Anon atas aku tambi pemakan punai

Anonymous said... Best Blogger Tips

the piper bravo, kerugian terbesar setakat ini, nilai kerugiannya tak dapat dipastikan, walaupun kenyataan di atas sekadar anggaran saja.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Kcuaian tukang sapu kdai mkn warung mak esah dgn tidak sgaja memyapu semua duet keutgan kdai dan lari myebbkn mak esah menangung kerugian rm56 duet meniaga pada hari itu. Skadar angaran sahaja. Tukang sapu tu adalah dicky ahh ptuiih. Sehnga sekarang btang idung pun xnpk dan btang2 yg len. Semua gara2 myk nek 20sen tmpohari. anon kote merudum melapor dri tandas berbayar central market.

Syarikat Pinjaman Wang Superstar Bangi said... Best Blogger Tips

ada anon seru nama aku plak... sian ko anon 9:49... apa yang ko merepek pun aq xpham

Anonymous said... Best Blogger Tips

Syoiton nirojjim ble dseru pantas kelur. Ni klu azan kt tlinga mau mltop kpala.wahaha

Rammizan Ramli said... Best Blogger Tips

wakakakkakakaka kedai mak esahh pulak yg keluarr

Anonymous said... Best Blogger Tips

Rindu kt awek aku qyfa...huhu

Anonymous said... Best Blogger Tips

Tambi ireng tambi kulup.. Yg ireng pipih mlyng yg kulop golek mendatang. HA dh bce dah. Sape bce dia sekor tambi.haha.ko tambi.

Anonymous said... Best Blogger Tips

melayu bodo

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...