Kongsikan Entri Kami

Sunday 23 September 2012

Superb : Inilah Dia "Medusa", Ular Sawa Peliharaan Terpanjang Di Dunia (4 Gambar)


KANSAS - Beratnya lebih 136 kilogram, panjang 7.62 meter dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 orang untuk mengangkatnya. Medusa kini diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guiness sebagai ular peliharaan terbesar di dunia.

Ular sawa itu yang dipelihara di Edge of Hall di Kansas City, memakan 18 kilogram haiwan kira-kira seminggu. Bagaimanapun, ia dengan mudah boleh memakan lebih 454 kilogram makanan. Makanan utamanya terdiri daripada arnab, rusa dan haiwan lain yang diberikan kepadanya setiap dua minggu.

Petugas berkata, Medusa ialah pemakan yang cuai kerana seringkali tergigit dirinya ketika makan.
Wakil Buku Rekod Dunia Guinness mengesahkan ular sawa itu akan dimasukkan ke dalam buku berkenaan tahun depan. Pemiliknya, Larry Elgar berkata, dia tidak takut dengan ular berkenaan.

“Tidak boleh dinafikan ia boleh memakan manusia. Tetapi saya tidak takut. Saya pernah dibelit hingga pengsan oleh seekor ular sawa rendam sepanjang 5.5 meter.

 “Saya sedar bahaya yang saya hadapi tetapi itu bukan alasan untuk takut,” kata Edgar.

Menurutnya, dia membeli Medusa ketika haiwan itu masih kecil lapan tahun lalu.

“Ketika itu, ia hanya 0.6 meter panjang dan segemuk jari saya saja,” katanya.




p/s : Pergh... sekali dia ngap..abis cerita.. 

Sumber : Here

7 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Huu manggaiii...

Anonymous said... Best Blogger Tips

apu...

Anonymous said... Best Blogger Tips

mun nya besar... tapi cute

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

hot awek ular tu... fap boleh

mr.fapson said... Best Blogger Tips

xhot la...

Nurfara Hani said... Best Blogger Tips

besarnye ular tu

Anonymous said... Best Blogger Tips

tersiksa batin mr.fapson

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...