Kongsikan Entri Kami

Showing posts with label Stress Superb. Show all posts
Showing posts with label Stress Superb. Show all posts

Monday, 30 September 2013

Superb : Jetpack Akan Dijual Tahun Hadapan Dengan Harga RM484,000 Sebuah (7 Gambar)


Sebuah kenderaan hebat yang membolehkan penggunanya terbang menggunakan roket yang diikat di belakang badan dijangka bakal berada di pasaran tahun depan.

Kenderaan yang dikenali sebagai jetpack dikeluarkan syarikat Martin Aircraft Company (Martin) itu dijangka dijual dengan harga RM484,000 sebuah.

Kini, kenderaan itu sedang berada dalam tempoh pembangunan dan ujian sejak 2006.

Syarikat Martin percaya Jetpack ciptaan mereka merupakan jetpack yang paling dinanti-nantikan kerana keupayaan terbang yang lebih lama dan mampu mencapai altitud lebih tinggi.

Biasanya jetpack hanya mampu terbang selama 15 minit sebelum bahan api yang digunakan habis. Jetpack keluaran Martin ini mampu terbang setinggi 900 meter dan memecut sehingga 74 km sejam dan berada di udara selama 30 minit.

Sasaran syarikat Martin ialah untuk jetpack ciptaan mereka akan digunakan pada misi mencari dan menyelamat ketika kebakaran dan juga boleh digunakan untuk tujuan rekreasi.


Bagi memastikan keselamatan penggunanya, setiap jetpack dilengkapi sistem payung terjunnya sendiri.

Nama jetpack mula muncul dalam beberapa cereka fiksyen sekitar tahun 1920-an. Watak superhero terkenal seperti Rocketman menggunakan enjit jet galas untuk menentang musuh.

Ia menjadi kenyataan apabila pertama kali muncul dalam filem James Bond pada tahun 1960-an.



Sumber : Here

Read More.. "Superb : Jetpack Akan Dijual Tahun Hadapan Dengan Harga RM484,000 Sebuah (7 Gambar)"

Saturday, 28 September 2013

Superb : "Lernstift", Pen Yang Akan Bergetar Apabila Tersalah Eja (8 Gambar)


Apabila kita menaip menggunakan komputer pasti kita tidak perlu risau akan kesilapan ejaan kerana komputer akan memaklumkan kepada kita kesilapan berkenaan. Tapi bagaimana pula jika kita menulis menggunakan tangan? Lernstift dapat menyelesaikan masalah berkenaan. Pen pintar ini direka khas untuk memaklumkan apabila berlaku kesilapan ejaan dalam penulisan anda. Pen ini akan bergetar apabila kesilapan ejaan dikesan. Jom kta tengok..








Sumber : Here
Read More.. "Superb : "Lernstift", Pen Yang Akan Bergetar Apabila Tersalah Eja (8 Gambar)"

Saturday, 27 July 2013

Superb : "Skoda Mega Man-Pram", Stroller Gergasi Kebanggaan Bapa (5 Gambar)


Stroller gergasi yang sememangnya menjadi kebanggaan bagi si ayah atau si bapa jika memilikinya. Itulah Skoda Mega Man-Pram. Menggabungkan teknologi automotif ke dalam sebuah stroller untuk bayi mungkin adalah sangat wajar dan tidak melampau bagi si bapa. 

Juga dilengkapi dengan tayar rim 20 inci alloy, brek, sistem hidraulik suspension dan beberapa lagi ciri-ciri lain. Namun apa yang patut dikatakan mengenai troli ini ialah, Good Joob Skoda.

Sumber lain juga turut mengatakan, troli ini direka khas untuk Putera George Alexander Louis anak kepada Putera William yang dilahirkan baru-baru ini.


p/s : Stylo gler... 

Sumber : Here
Read More.. "Superb : "Skoda Mega Man-Pram", Stroller Gergasi Kebanggaan Bapa (5 Gambar)"

Saturday, 13 July 2013

Superb : "Pucs", Bongkah Besi Yang Dapat Menggantikan Ais Dalam Minuman (5 Gambar)


Dave dan Calvin Laituri dari Massachusetts, Amerika telah menghasilkan projek ais batu yang diperbuat daripada bongkah keluli untuk menyejukkan minuman. Produk ini digelar sebagai 'pucs'.

Projek ini dipamerkan di dalam laman web Kickstarter dan mendapat sambutan menggalakkan dengan dana melebihi 40,000 US Dollar berjaya dikumpul setakat ini. Ais batu bongkah keluli yang boleh dicas semula ini didatangkan dalam satu set yang terdiri daripada 6 unit bongkah di dalam bekas kayu yang sangat cantik dan menarik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk yang unik ini anda boleh kunjungi laman web kickstarter di sini.


p/s : Kreatif la manusia nih.. 

Sumber : Here
Read More.. "Superb : "Pucs", Bongkah Besi Yang Dapat Menggantikan Ais Dalam Minuman (5 Gambar)"

Thursday, 11 July 2013

Superb : Penyampaian Berita Terhebat Dengan Efek 3-D, Mampukah Kita?


Jom layan berita kat negara Arab ni. Efek memang superb.. mampukah TV3 mahupun RTM menyaingi atau menjadi seperti ini? Hoho.. 


p/s : Stylo beb penyampai berita tu.. siap batuk2 lagi... 

Sumber : Here
Read More.. "Superb : Penyampaian Berita Terhebat Dengan Efek 3-D, Mampukah Kita? "

Wednesday, 3 July 2013

Superb : Gelanggang Sinaran Laser Untuk Bermain Futsal Waktu Malam (4 Gambar)


Mungkin selepas ni untuk bermain futsal di tepi jalan atau di padang tidak perlukan lagi kon, selipar mahupun kasut sebagai penanda garisan? Baru-baru ini Nike memperkenalkan satu konsep baru untuk bermain futsal pada waktu malam dengan menggunakan teknologi moden iaitu penanda garisan dengan laser.

Sistem laser tersebut yang dilengkapi dengan van, sekumpulan crew dan kren memancarkan laser pada atas jalan untuk membentuk imej sebuah gelanggang untuk bermain futsal. Kempen yang diberi nama #mipista ini membolehkan dua pasukan bermain yang terdiri daripada lima orang pemain bagi setiap pasukan.

Buat masa ini kempen ini hanya dilancarkan di Madrid, Sepanyol, di mana para pemain boleh membuat permintaan mendapatkan servis ini melalui smartphones di enam kawasan kejiranan di bandar tersebut. Kalau ada gelanggang laser seperti ini anda terasa nak main? Jangan-jangan lepas ni bola pun diperbuat daripada laser, haha. Tonton video di bawah untuk ketahui lebih lanjut


p/s : Terbaek.. 

Sumber : Here
Read More.. "Superb : Gelanggang Sinaran Laser Untuk Bermain Futsal Waktu Malam (4 Gambar)"

Wednesday, 26 June 2013

Hebat : [Video] "Mat Dan", Mat Saleh Dari England Terer Cakap Terengganu


Ini adalah video yang menjadi viral di FB sejak dari semalam. Video ini menunjukkan seorang mat saleh yang dikenali sebagai Mat Dan yang begitu fasih bercakap loghat Terengganu di Pulau Kapas. Menurut sumber, Mat Dan ini berasal dari Bristol, England. Kisah bagaimana dia datang ke Pulau Kapas sehingga menetap disitu masih menjadi misteri. Dikhabarkan juga bahawa Mat Dan telah memeluk Islam pada awal tahun ini. Wallahualam.. 



p/s : Pergh... agak fasih... pelat tu sebab lidah dia keras.. Tapi vocab memang almost perfect beb.. 

Sumber : Here
Read More.. "Hebat : [Video] "Mat Dan", Mat Saleh Dari England Terer Cakap Terengganu"

Sunday, 16 June 2013

Superb : Haiwan-Haiwan Menakjubkan Ciptaan Allah SWT (17 Gambar)

Berikut merupakan antara haiwan-haiwan menakjubkan ciptaan Allh SWT yang jarang kita lihat.. Subhanallah...


p/s : Semua ciptaan Yang Maha Esa ialah menakjubkan... 

Sumber : Here
Read More.. "Superb : Haiwan-Haiwan Menakjubkan Ciptaan Allah SWT (17 Gambar)"

Superb : [Video] Ini Baru Makan Angin Namanya


Jom tengok video makcik makan angin kat bawah ni. Silap tempat la makcik.. Nyaris melayang ditiup angin kesan dari kelajuan kereta NASCAR. Ingatkan NASCAR ni slow je.. laju siot...


p/s : Superb beb.. 

Sumber : Here
Read More.. "Superb : [Video] Ini Baru Makan Angin Namanya "

Wednesday, 12 June 2013

Superb : [Video] Need For Speed The Movie Akan Ditayangkan Pada 2014 (4 Gambar)



Bagi peminat movie pasal lumba kereta, pasti korang akan ternanti-nanti filem ni. Filem ni adalah based on video game yang popular iaitu Need For Speed. Aaron Paul yang berlakon dalam tv seris Breaking Bad akan memegang watak utama dalam filem ini. 

Need For Speed The Movie berkisarkan mengenai Tobey Marshall (Aaron Paul) yang merupakan seorang pelumba jalanan yang telah membuat perjanjian dengan tokan kereta, Dino (Dominic Cooper). Namun dia telah diperangkap ke penjara setelah rakan baiknya mati dalam kemalangan. Setelah keluar dari penjara, Tobey telah menyertai perlumbaan jalanan bagi membalas dendam.

Filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada 14 Mac 2014. Kereta Ford Mustang V8 yang telah dimodifikasi telah dipilih sebagai kereta hero dalam filem ini. Jom saksikan penggambaran NFSTM kat bawah ni. Awesome!! 




p/s : Giler.. semua kereta best2... terbaek... Tapi macam jalan cerita tak best. takpe, yg penting semua supercar ada dalam movie ni..

Sumber : Here
Read More.. "Superb : [Video] Need For Speed The Movie Akan Ditayangkan Pada 2014 (4 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...