Kongsikan Entri Kami

Sunday 23 September 2012

Cute : "Archie", Lembu Terpendek & Terkecil Di Dunia (3 Gambar)


Seekor lembu jantan yang berusia 29 bulan dan berasal dari County Antrim, Ireland Utara ini telah diiktiraf sebagai seekor lembu terpendek dan terkecil di dunia serta menepati ciri-ciri yang ditetapkan di dalam Guinness World Records 2013.

Lembu berkenaan hanya berukuran 76.2cm (30 inci) dan 15 inci lebih pendek berbanding lembu jantan baka lain yang lazimnya berukuran 45 inci. Dengan ketinggian tersebut, lembu berkenaan telah dianggap kerdil di dalam ladangnya dan mempunyai saiz lebih kurang seperti seekor anjing dan kambing.

Archie mungkin kelihatan kecil, namun itu tidak sekali-kali menjejaskan keyakinannya. Ryan menjelaskan,"Archie tidak sedar bahawa dia sebenarnya kerdil. Dia asyik berpendapat bahawa dia merupakan seekor binatang yang terbesar dalam kumpulan itu dan dia akan mengomel dan mengaum kepada haiwan lain."

"Secara umumnya, lembu ini selesa dengan persekitarannya dikelilingi oleh haiwan lain terutamanya dengan kuda dan kambing, dan sekiranya ada sesuatu yang mengancamnya, dia akan pergi menyerang ancaman tersebut - walaupun ia kelihatan kecil, dengan berat 155kg, ia boleh mencederakan."



p/s : Cute la pulak.. hehe

Sumber : Here

4 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

dota zouq pro !
yezza ...

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

kalau sembelih berapa orang boleh makan agaknya

Anonymous said... Best Blogger Tips

muke confident je lembu nie...ahahaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

macam lukisan je, gambar no 2. cantikk

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...