Utama

Utama 2

Geng Stress

Kongsikan Entri Kami

Tuesday, 24 April 2012

OMG : Letupan Kuat Meteor Cetus Panik Di California


CALIFORNIA - Beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS) mengalami keadaan agak cemas selepas satu letupan kuat berlaku disebabkan batu meteor yang jatuh, semalam.

Letupan yang turut menggegarkan kediaman di kawasan kejiranan Reno ke Winnemucca, Nevada dan Sacramento ke Bakersfield wilayah California, mencetuskan panik sehingga penduduk bertindak menghubungi agensi pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka.

Sebahagian penduduk di kedua-dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi.

Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.

Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi.

p/s : Boleh la start tengok hujan meteor Lyrid.. 

Sumber : Here

6 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

serius!!

BigFatMonkey said... Best Blogger Tips

knapa aku disini?.. spatutnya aku kna mencari sesuap pisang..

Anonymous said... Best Blogger Tips

tralalala......mcm roket trhempas jek!huhu

Anonymous said... Best Blogger Tips

BFM knp sesuap je... P la cri setandan hikhik

Anonymous said... Best Blogger Tips

AMBIK PENGAJARAN DARI FENOMENA INI. KUASA ALLAH MENGATASI SEGALANYA. BARU SEKETUL METEOR JATUH HURU HARA..BELUM LAGI SEBAGAIMANA ALLAH JELASDLM AL QURAN APABILA BERLAKU KIAMAT GUNUNG GANANG TERBANG SEPERTI KAPAS, BINTANG2 BERGUGURAN...MANUSIA SEPERTI KALAKATU TERBANG TIADA ARAH TUJUAN..! SIAP SEDIA MENGHADAPINYA.

Anonymous said... Best Blogger Tips

TRANSFOMER DAH DATANG AKHIRNYA!!!!! HAHAHAHA

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...