Kongsikan Entri Kami

Saturday, 17 December 2011

Info : Kajian Mengenai Laut Merah Terbelah Di Zaman Nabi Musa


"Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan." [Al-Baqarah:50]


Nabi Allah Musa AS dikurniakan Allah sebanyak 9 mukjizat sebagaimana yang direkodkan dalam Al-Qur'an. Antara mukjizat yang dikurniakan itu ialah berupa tongkat yang boleh berubah menjadi ular dan membelah Laut Merah.Adapun bukanlah kuasa tongkat itu yang menyebabkan mukjizat dan bukan juga kuasa Nabi Musa, akan tetapi hakikatnya mukjizat itu didatangkan dari Allah SWT lalu disandarkan ke atas Nabi-Nya sebagai bukti kenabian.


Kisah Nabi Musa membelah Laut Merah untuk menyelamatkan kaumnya dari kezaliman Firaun (dikatakan Ramses II) bukan saja dicatatkan di dalam Al-Qur'an bahkan ada disebut di dalam Taurat orang Yahudi dan Perjanjian Lama (Old Testament) orang Kristian. Para saintis Barat sangat berminat untuk mengkaji peristiwa mukjizat ini dan beberapa teori telah dikemukakan sebagai membuktikan kebenaran mukjizat tersebut.


Jambatan Bawah Laut


Ron Wyatt, seorang ahli arkeologi amatur (bermakna beliau tidak menjalani sebarang disiplin ilmu arkeologi) yang telah membuat dakwaan menemukan tempat-tempat dan artifak seperti yang disebutkan di dalam Bible. Salah satu dakwaan beliau ialah tempat sebenar penyeberangan Laut Merah oleh Nabi Musa dan Bani Israel. Beliau membuat kenyataan dengan mengatakan kawasan sebenar berlaku peristiwa mukjizat tersebut adalah di Teluk Aqabah dan bukannya di Teluk Suez.


Dakwaan ini adalah kesimpulan beliau dari beberapa penemuan yang dilakukan ketika melakukan kajian di Timur Tengah. Antaranya ialah penemuan 'the chariot wheel' yang dikatakan adalah roda kereta kuda tentera Firaun (Ramses II). Beliau juga mendakwa kedudukan Gunung Sinai sebenar adalah di Arab Saudi iaitu di Jabal AL-Lawz kerana di sana terdapat beberapa penemuan yang selari dengan Bible seperti lukisan lembu Samiri di batu-batu, batu besar yang terbelah dua, dan lain-lain lagi.


Wyatt yang mengasaskan Wyatt Archaeological Research (WAR) telah menemukan satu penemuan yang mengejutkan ketika mengkaji Teluk Aqabah, tempat yang didakwanya sebagai tempat peristiwa tersebut. Beliau mendapati bahawa di Teluk Aqabah, terdapat satu kawasan yang airnya jauh lebih cetek dari sekeliling. Kawasan tersebut bermula dari Nuweiba, Mesir. Kelihatan di situ seolah-olah ada jambatan bawah laut yang menghubungkan antara Mesir dan pesisiran Arab Saudi.


Kawasan cetek ini lebih kurang 11 hingga 16 km lebar. Di kawasan yang dalam pula kedalamannya sehingga 3000 kaki di sebelah utara dan 5000 kaki di sebelah selatan. Walaubagaimana pun, Wyatt tidak pula memberi keterangan tentang bagaimana Nabi Musa AS membelah air laut.


Meskipun berjaya melaksanakan banyak penemuan, idea dan dakwaan beliau tidak diterima ahli arkeologi yang tulen. Dakwaan Wyatt dikatakan skeptikal kerana berat sebelah dengan melebihkan Bible dari kajian sains sebenar. Beliau juga melakukan ekskavasi secara tidak sah kerana disyaratkan seseorang itu mestilah sekurang-kurangnya memiliki BA(ijazah) dalam arkeologi. Hal ini menyebabkan dakwaan beliau langsung dicampak ke dalam tong sampah.


Pergerakan Kerak Bumi


Saintis berpendapat mungkin berlakunya pergerakan pada kerak Bumi ketika berlakunya peristiwa Nabi Musa AS membelah Laut Merah. Hal ini berikutan dengan kajian tentang rekahan pada kerak Bumi berhampiran laut di Ethiopia pada September 2005 yang merupakan rekahan yang terbesar sejak satelit digunakan untuk pemerhatian. Rekahan ini berpunca dari pergerakan plat tektonik Arab dan plat Afrika yang saling menjauhi lalu meregangkan kerak Bumi dan melebarkan lagi hujung selatan Laut Merah.


Pemerhatian ini dapat menjelaskan bagaimana plat Bumi terpisah dan bagaimana kerak yang baru terbentuk. Menurut kajian, pemisahan tersebut tidak berpunca dari gempa bumi pada tektonik akan tetapi ia berlaku kerana magma yang berada di bawah tanah mengalir ke tempat rekahan. Tim Wright, saintis dari University of Leeds mengatakan bahawa peningkatan magma pada plat mampu memisahkan benua Arab dan benua Afrika.


Sejak 30 juta tahun lalu, benua Afrika dan Arab telah sekian lama mengalami proses rekahan yang kini membentuk Laut Merah. Dalam tempoh yang lama tersebut, 298 km (186) lebar lekukan Afar (Afar depression) terbentuk. Wright mengatakan bahawa pergerakan plat yang sentiasa berlaku ini lebih kerap setelah munculnya rekahan. Secara puratanya, dua plat tersebut bergerak menjauhi satu sama lain kira-kira 2 cm setiap tahun.


Terumbu Karang Dan Tiupan Angin


Naum Volzinger, ahli matematik dari St. Petersburg, Russia dan Alexei Androsov dari Hamburg, Germany telah mengeluarkan kenyataan bahawa peristiwa Nabi Musa AS membelah Laut Merah adalah munasabah menurut sains dan tidak bercanggah dengan hukum fizik. Volzinger yang merupakan penyelidik di St. Petersburg's Institute of Oceanology dan Androsov menggunakan sistem persamaan bezaan (differential equation) untuk menerangkan kemungkinan bagaimana air laut itu terbelah.


Teori mereka menyatakan bahawa terdapat terumbu karang di Laut Merah betul-betul pada tempat yang diseberangi Nabi Musa dan Bani Israil. Zaman dahulu kira-kira 1500 BC, terumbu karang ini masih elok dan lebih hampir dengan permukaan laut berbanding sekarang. Bible menyatakan bahawa ketika berlaku peristiwa itu, angin dari timur bertiup dengan kuat sepanjang malam. Berdasarkan kenyataan itu, mereka membuat persamaan yang mengambil kira kelajuan dan kekuatan angin sehingga mendedahkan dan mengeringkan terumbu karang ketika air surut serta tempoh masa sebelum air laut kembali ke keadaan asal dan kadar kelajuannya.

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.

Menurut pengiraan, Volzinger mengatakan bahawa angin perlu bertiup pada 108 km sejam (67 batu sejam) dengan kelajuan yang sekata membolehkan terumbu karang terdedah di permukaan laut. Beliau menyatakan lagi penyeberangan sepanjang 7 km (4.2 batu) dengan seramai 600,000 orang Bani Israel itu memakan masa selama 4 jam dan setengah jam kemudian air laut kembali ke keadaan asal. Hasil penemuan ini meyakinkan beliau bahawa Tuhan mengatur alam ini tidak lari dari hukum fizik (sunnatullah).


Tiada Bukti Penemuan


Namun begitu, terdapat juga saintis yang menolak peristiwa terbelahnya Laut Merah. Dr Zahi Hawwas, pakar arkeologi Mesir menyatakan bahawa peristiwa ini cuma mitos semata kerana beliau tidak menemukan sebarang bukti ketika menjalankan ekskavasi di utara Sinai. Menurutnya, meskipun perkara ini boleh mengecewakan orang ramai, sebagai ahli arkeologi beliau perlu menyatakan kebenaran.

Beliau juga berteori, sekiranya peristiwa tersebut benar-benar berlaku, maka seharusnya peristiwa Ramses II dan seluruh bala tenteranya ditenggelami Laut Merah direkodkan di dalam dokumen kerajaan Mesir Kuno kerana hal ini merupakan krisis yang besar terhadap kerajaan Mesir. Akan tetapi tiada sebarang dokumen yang ditemui yang merakamkan perkara ini.


Penutup


Suka saya memetik tulisan Sayyid Ahmad Khan, Muslim modernis di India,


For truth cannot contradict truth: therefore there cannot be any discrepancy between the truth of God (of the QurĂ¢an) and of science. Further, the word of God and the work of God (as we get to know it better by the advance of science) cannot contradict each other or be at variance.


Kebenaran itu tidak saling bercanggah: Dengan itu, pastinya tiada sebarang percanggahan antara kebenaran dari Tuhan (Al-Qur'an) dan sains. Justeru, adalah mustahil berlaku percanggahan dan pertentangan antara perkataan Tuhan (Al-Qur'an) dan kerja Tuhan (sains).


Wallahua'lam.

Sumber : Here



8 comments:

ben xii said... Best Blogger Tips

al quran takkan menipu

ajib said... Best Blogger Tips

name pun mukjizat..ape nak heran..kalau tongkat bleh jadi ular..camne nak jelaskan tu??WA

Anonymous said... Best Blogger Tips

jika berminat baca ilmu2 sprt d atas,cadangan sy blog ni juga sesuai: http://zharifalimin.blogspot.com/
jika korg ada yg lain hrp dpt kongsi kn.. tq..

azu said... Best Blogger Tips

Dr Hazi Haawas bukan ke dia orang Islam?Cam mana dia cakap benda cam ni semua mitos?

Tips and Tricks blog said... Best Blogger Tips

I love that idea. Great post!

Urology Surgery in India said... Best Blogger Tips

Great post and thanks for sharing....

Dr. Vinayak Aggarwal said... Best Blogger Tips

That was a VERY interesting one! Seriously interesting.

Dr. Sumit Sethi said... Best Blogger Tips

Thank you, that was just an awesome post!!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...