Kongsikan Entri Kami

Tuesday 13 December 2011

Filem : KL Gangster 2 Dijangka Lebih Ganas (8 Gambar)


Satu Malaysia dah tahu Datuk Yusuf Haslam akan ‘all out’ untuk filem KL Gangster 2 sampai sanggup labur hingga RM3 juta, fuh!

Semuanya gara-gara kejayaan KL Gangster mengutip RM11.7 juta sewaktu ditayangkan di lebih 60 pawagam di seluruh negara baru-baru ini.

Pengarahnya Syamsul Yusuf pernah berkata, KL Gangster 2 yang berbentuk prekuel turut mengekalkan ramai pelakon KL Gangster, antaranya Aaron Aziz, Soffi Jikan, Adiputra, Zizan (Raja Lawak) dan Sheera Iskandar.

Syamsul yang menulis sendiri skrip filem tersebut dengan bantuan Rizal Ashreff berkata, KL Gangster 2 dijangka memberi cabaran lebih besar daripada segi jalan cerita dan watak-watak yang ditampilkan selain adegan-adegan lasak yang bakal ditampilkan nanti.

Selain skrip, jalan cerita dan mengembangkan lagi watak-watak sedia ada, pengarah muda ini tidak ketinggalan mengundang Rosyam Nor berlakon dalam filem ini.


Kemunculan Rosyam yang akan melakonkan watak ketua penjahat bernama Don dalam filem yang telah menjalani penggambarannya di sekitar Lembah Klang sejak 1 Disember lalu itu, dijangka menjadikan KL Gangster 2 lebih menarik untuk ditonton.

Filem ke-29 terbitan Skop Production dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd., itu antara lain mengisahkan tentang Malek dan Jai yang terjebak dalam dunia samseng setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.

Sejak kematian ayah mereka, kehidupan dua beradik itu serba kekurangan di mana pada masa yang sama, ibu mereka juga sering ketakutan gara-gara ugutan daripada kumpulan gangster yang menagih hutang lapuk keluarga terbabit.


Nampaknya makin ganas filem KL Gangster 2 ni…kalau cantik garapannya, penulis percaya filem ni pasti akan pecah panggung seperti filem terdahulu. Lagipun Syamsul dan bapanya dah masak benar resipi untuk menghasilkan filem-filem box office ini.

Mereka tahu selera penonton, mereka tahu apa yang perlu dihidangkan untuk menarik orang ramai ke panggung wayang.

Dan yang paling penting, mereka tahu bagaimana untuk ‘mencipta wang’!
Apapun bab-bab rezeki ni Tuhan punya kuasa…kata orang untung sabut timbul, untung batu tenggelam, Wallahualam 









Sumber : Here

9 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

waa...xsabar nk tgk movie nih....no.1 pn da best

Anonymous said... Best Blogger Tips

dasat..x sbr nk tngok..

HANYA RM18 SEBULAN PLAN BLACKBERRY

2012 HAMPIR TIBA,JOM DAFTAR UNI

Anonymous said... Best Blogger Tips

banyak cakap punya muvi..

razzwey razz said... Best Blogger Tips

rasanya Shamsul@shark dah mati dalam KL gangster 1, hidup balik plak ke? hmmm... apa2pun, tak sabar juga nak tengok ni...

Anonymous said... Best Blogger Tips

bro razzwey, nie prekuel nye cite.. sape yg mati mse KL gangster 1 mesti idup nye,sbb prekuel nie cite before die org jd taiko.. :)

azri said... Best Blogger Tips

@razzwey prekuel ngn sekuel pun xtau beza ke bro?? xpe2..bole di maafkan..

Anonymous said... Best Blogger Tips

hehe.. x baik tau korg...

Unknown said... Best Blogger Tips

lg movie yg merosakan pemikiran anak2 muda...pengarah xde kesedaran hanya mengejar keuntungan semata2

pahlawan merah.. said... Best Blogger Tips

mohd.. kau nak slh kan pengarah cita ni ke?? kau tgok lah sapa pemerintah negara ni dulu.. lagi pun mna ada org wat cita nak rugi kan.. haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...