Di Edmonton Canada, Denise Thompson yang dikatakan mempunyai halaman rumah yang kehijauan dan cantik dilaporkan hilang. Halaman itu adalah tempat 4 orang anaknya dan dua ekor anjingnya bermain-main pada waktu petang. Tetapi semua dicuri selepas dia baru balik dari tempat suaminya kerja dua hari lepas. Pada hari mereka semua balik, mereka masuk menggunakan pintu belakang dan sejurus dia membuka pintu depan..OOPss OMG.."Where is my GRASS?!!!" :-)) Dia kata halaman rumahnya kelihatan seperti ladang yang belum disuburkan. Dia pergi bertanya jirannya mengenai kejadian tersebut dan mereka memberitahu ada sebuah lori kecil berhenti depan rumah. Mereka ingat itu adalah lori landscaping, jadi mereka tidak syak apa-apa. Rupa-rupanya apa yang dikatakan jirannya adalah betul. Itu memang lori landscaping. Sehari selepas Mrs Thompson balik ke rumahnya, Bos Kupak Landscapes dalam meminta maaf dan amat kesal dengan apa yang telah berlaku. Pekerjanya telah mencabut rumput rumah yang salah!!!!!!
sumber : dailymail
0 comments:
Post a Comment