Kongsikan Entri Kami

Wednesday 15 June 2011

Guru ditahan memiliki 30500 foto dan 720 video percabulan pelajar dilakukannya


TEMPO Interaktif, Guru selalu dikaitkan dengan mengajar pelajar perbuatan mulia tetapi guru ini telah melampaui batas kerana mencabul serta merogol pelajarnya. Bukan itu saja, percabulan serta paksaan seks terhadap lima orang pelajarnya itu selama lima tahun dirakamnya.


Kini, Nigel Leat, seorang guru di sekolah Hillside First School di Weston-super-Mare, Somerset, telah dihadapkan ke meja mahkamah.

Guru yang berusia 51 tahun berasal dari Brisbol, dituduh melakukan 36 kali serangan paksaan seks terhadap lima pelajar. Selain itu dia juga mengaku salah kerana memperkosa seorang pelajarnya.
Bulan lepas, mahkamah di Bristol membuka persidangan kes ini. Semasa sidang perbuatan bagaimana Leat menyeksa pelajarnya satu persatu di dalam kelas, seterusnya membuat percabulan seksual terhadap mereka dirakam akhirnya terbongkar.

Pelajar yang menjadi mangsa pencabulan itu hanya berusia enam tahun pada lima tahun yang lalu. Mereka telah diserang dan dipaksa secara seksual dan aksinya dirakam melalui kamera yang disembunyikan oleh Leat di dalam kelas.

Salah satu alasan kenapa Leat merakam perbuatan terkutuk tersebut adalah agar dia dapat mendengar balik pelajarnya memanggilnya 'sayang' dan 'kekasih' serta dia tujukan soalan bagaimana nikmatnya bercinta dengannya. Semua ini berlaku  kerana mereka dipaksa. Kesian.


Hampir setiap aksinya selama lima tahun itu dirakam dan disimpannya. Dalam salah satu videonya yang berlaku di bilik guru, Leat merakam pelajar itu telah memakai pakaian mereka selepas dicabul. Selepas itu dia juga menulis sepucuk surat setiap seorang bertanya tentang apakah nikmat kegiatan seks dengannya..arghhhhh!!! 

Semasa polis menahannya, polis terjumpa 30500 foto percabulannya dan 720 video dia tengah 'seronok' dengan pelajarnya.. 

Tetapi yang peliknya, hukuman yang dijatuhkan hanyalah 8 tahun setengah penjara. Adakah patut??? Bagus je seumur hidup..

2 comments:

hyemynameisrasyid said... Best Blogger Tips

pergh.,mmg stress punya guru nih.,

cengkerangcipot said... Best Blogger Tips

ciss sial je prangai..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...