BANGALORE - Dua ekor gajah memijak seorang penduduk di bandar Mysore sehingga mati selepas haiwan itu mengamuk selama tiga jam semalam, kata beberapa pegawai.Menteri Muda Pendidikan di negeri Karnataka, S. A. Ramdas berkata, kedua-dua ekor gajah itu memasuki bandar tersebut dari hutan berdekatan pada pukul 6 pagi.
Menurutnya, mangsa yang terbunuh itu merupakan penduduk berusia 55 tahun yang keluar rumah selepas mendengar bunyi bising.Sejumlah pengawal hutan dan pegawai dari Zoo Mysore menembak kedua-dua ekor gajah itu dengan ubat pelali selepas ia mengamuk selama tiga jam.
Menurut Ramdas, kedua-dua ekor haiwan itu akan dihantar semula ke hutan.Semua sekolah dan kolej di bandar tersebut ditutup selama sehari ekoran kejadian tersebut.
Seorang pegawai menyalahkan penempatan manusia di kawasan hutan sebagai punca haiwan itu mengamuk kerana mereka mengganggu habitat gajah.Menurutnya, gajah itu memasuki kawasan bandar kerana ia mahu mencari makanan. - Agensi- SUMBER
4 comments:
lembu tu ganazz worr.. nak jugak die fight gajah tuh.. haha..
perghhh !! giler ganassssss =,=''
bodo punya berita ni 100 kali ulang mende yg sama..auta putar jer lbeh...
ramai dok tgok jeklu hiro industan dalam filem je leh belagok angkat humban gajoh. mane hiro idustan dan tamiltan tu
Post a Comment