Kongsikan Entri Kami

Wednesday 15 June 2011

Hot : IRON MAN tengah menyerang di China!!


Seorang lelaki memeranjatkan rakan sekerjanya apabila dia ke pejabat dengan memakai pakaian superhero yang direka sendiri.


Wang Kang, 25, masuk ke pejabat dengan berpakaian seperti Iron Man dari terbitan filem aksi pada tahun 2008.


Dilengkapi dengan sut yang diperbuat daripada busa padat, wayar dan tiub, pekerja syarikat telekomunikasi tersebut masuk ke kawasan koridor pejabat lalu menggamit pandangan rakan sekerjanya.


Kang menghabiskan masa tiga bulan untuk menyiapkan sut tersebut yang seberat 51 kilogram yang menelan belanja sebanyak 3,000 yuan (RM1,404).


Impak atau reaksi terhadap sut tersebut ternyata berbaloi.

“Tiada seorang pun rakan sekerja saya yang tahu akan perkara ini. Sesetengah daripada mereka amat terkejut apabila melihat kedatangan saya. Ada juga yang menjerit ketakutan,” kata Kang.


Kang telah menjadi selebriti Internet setelah imejnya menggunakan sut tersebut disiarkan di internet sejak 3 Jun di blog-mikro China, welbo.com. Fungsi blog-mikro itu adalah lebih  kurang seperti Twitter.
sumber : mynewshub



Video IRON MAN menyerang :

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...