Kongsikan Entri Kami

Friday 17 June 2011

Hot : ASTRO diberi masa 7 hari atau Pengguna akan BOIKOT!!

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan rungutan pelanggan dalam tempoh tujuh hari atau hadapi tindakan boikot!


Itu amaran dua persatuan pengguna berpengaruh di negara ini iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) terhadap Astro di atas apa yang dianggap sebagai ‘keangkuhan’ syarikat televisyen berbayar tersebut yang bertindak sesuka hati mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan mereka.


Bahkan amaran pemboikotan itu juga diberikan kepada syarikat yang mengiklankan produk barangan mereka di stesen berkenaan.


Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.


” Astro bukan saja memonopoli pasaran stesen berbayar, bahkan sudah mula mengambil iklan sedangkan peraturan tidak membenarkannya berbuat demikian dan sekarang sesuka hati nak kenakan bayaran tambahan pada pengguna tanpa membincangkannya dengan pihak berwajib.

” Ini bagi kami satu bentuk keangkuhan, sehinggakan nak buat penyambungan perkhidmatan pun pelanggan dikenakan caj RM20, bukan perlu pakai spanar pun.

” Untuk makluman, mereka juga ada badan penapisan sendiri, siapa mereka (Astro) sebenarnya yang nampaknya mempunyai ‘kekebalan’ untuk membuat apa saja yang mereka suka?,” tegasnya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.


Turut hadir Presiden dan penasihat undang-undang Cassa, Datuk Dr. Jacob George.


Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.


Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.


Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Mengulas mengenai tindakan boikot itu, Dr Jacob berkata, pihak Astro tidak boleh memandang ringan perkara tersebut kerana pengguna mempunyai hak yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.


” Saya sendiri sudah sudah ke Parlimen dan menyuarakan kebimbangan serta keresahan kami kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan harapan ia akan dibincangkan dalam sesi Dewan Rakyat dalam masa terdekat ini.

” Cassa menerima ratusan aduan daripada pengguna mengenai Astro dan kami tidak boleh berdiam diri begitu saja.


” Ingat, kami bagi masa tujuh hari atau kami akan memboikot Astro, bukan saja pada stesen televisyen itu tetapi juga pada mereka yang mengiklankan barangan di situ,” katanya. – SYAHRIL A. KADIR

sumber : (mynewshub.my)

p/s : memang tak patut la astro naikkan harga sedangkan tak ada saingan. Lainlah macam MAS dan Airasia perlu bersaing. Harap bosnya akan fikir masak-masak ye...Ingat!! BOIKOT..hehe

3 comments:

hana said... Best Blogger Tips

hahaha..
boikot jgn x boikot..
tp bg la abes maharaja lawak dulu...
haaha

Unknown said... Best Blogger Tips

astro dapat faedah dari monopoli...pengguna harus bijak...

thecomradz said... Best Blogger Tips

kalau aku cakap boikot tak boleh jugak....sebab aku pun guna Astro...macam mana nih????

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...