Entah apa yang terjadi di Malaysia, masih tak ada sumber yang nak melaporkan kes bunuh diri remaja ni. Tetapi cerita berbeza di Singapura, dengan taraf hidup yang sangat tinggi dan keadaan yang sangat sibuk di sama, kes bunuh diri di antara remaja adalah di peringkat yang bahaya. Baru-baru ini, dalam 1 bulan telah berlaku tiga kes bunuh diri dilaporkan. Seperti yang dinyatakan dalam The New Paper di sana bertarikh 13 Jun, tiga remaja tersebut adalah Darryle Tan Wei Guan, 16 tahun, Lim En Han dan Krystal Aki Mizoguchi, 18 tahun kedua-duanya.
Kes 1 : Darryle Tan, 16
Seorang Pelajar Tingkatan 4 telah digantung sekolah pada 25 Mac kerana menampar seorang guru lelaki. Dia kemudiannya bekerja sambilan untuk menampung persekolahan persendirian dan keadaan nampak semakin beransur pulih. Tetapi, semuanya berubah apabila dia dikatakan membunuh diri selepas meminta maaf kepada ibu bapanya pada 29 Mei.
Kes 2 : Lim En Han, 18
Dia merupakan seorang pelajar yang pintar dan aktif di Hwa Chong Institution tetapi dia kerap berjumpa psychiatrist dan akhirnya pada bulan Mac dia telah diberhentikan sekolah oleh ibu bapanya. Menurut laporan dalam Lianbe Wanbao, Lim dipercayai mempunyai masalah dengan ibu bapanya dan seterusnya menjejaskan pelajarannya. Semuanya berakhir apabila dia membunuh diri pada 5 Jun yang lepas
Kes 3 : Krystal Aki, 18
Krystal adalah perempuan half-Japanese dan half-Chinese Singaporean di Yishun Junior College. Semuanya berubah menjadi kurang baik apabila keputusan A-levelnya hanya mampu membawanya ke Universiti swasta. Menurutnya sebelum membunuh diri di dalam blognya, tidak terlintas langsung yang keputusannya adalah begini. pada 14 Mei di membunuh diri.
p/s : memang kesian la mereka semua ini. Tetapi untuk pengetahuan semua, membunuh diri tidak dapat menyelesaikan masalah. Kadang-kadang tak boleh salahkan mereka sepenuhnya, mungkin dirang dah cuba cari orang untuk mengadu tetapi selalu tak dilayan. Itulah turning point diorang dan memaksa diorang untuk membunuh diri. Semuanya STRESS dengan hidup mereka ..:-((
sumber : STOMP
7 comments:
uishh,dahsyat nye.
seram siot
sayangilah nyawa anda..tuhan lebih mengetahui segala ujian yang di berikan pada kita ni..
agree..ingat tuhan k..:)
Bunuh diri dosa yg x akn diampunkn !
cantiknya pompuan tue..napa la dia bunuh diri....T_T
awek tu lawa la. kenapa la dia bunuh diri. Jumpa la aku dulu. T.T
org cina mati kerana tak tahan stress dunia... seperti kegagalan dalam matapelajaran dan sebagainya tapi usaha mereka kuat.
org bumiputera... bunuh diri.. sebab: cinta monyet tahap zina jee... takde sebab lain. kentang2
Post a Comment