Kongsikan Entri Kami

Monday, 15 October 2012

Amazing : Penerjun Bebas Austria Pecah Rekod Dunia Lompatan Dari Ketinggian 39 Kilometer (7 Gambar)


Penerjun Austria Felix Baumgartner berjaya mencipta rekod dunia terjun dari pinggir angkasa awal hari ini dan mendarat dengan selamat di gurun New Mexico selepas jatuh bebas dari ketinggian 39km dari aras bumi.

Beliau membuka payung terjunnya setelah mencapai kelajuan jatuh bebas melebihi 1100 kilometer sejam yang meelibih kelajuan bunyi.

“Kadang-kadang anda perlu naik sangat tinggi untuk menyedari betapa kecilnya anda,” kata Baumgartner sebelum beliau melompat dari kapsulnya, sambil diperhatikan di seluruh dunia melalui siaran langsung.

Beliau mengambil masa lebih dua jam untuk naik ke ketinggian terjunan dan telahpun memecahkan satu rekod dunia sebelum melompat lagi, iaitu rekod altitud paling tinggi untuk sebuah penerbangan belon membawa manusia.






Cubaan kali ini adalah yang kedua selepas gagal minggu lalu akibat masalah angin. Baumgartner telah berlatih selama lima tahun dan memegang banyak rekod termasuk terjunan dari Menara Berkembar Petronas.

Sejurus selepas beliau mendarat, Baumgartner terus mengupdate twitternya yang berbunyi, 



 p/s : Giler ah... lompat dari ketinggian 39km tuu..  Kita? Main lompat katak n jalan itik kat depan umah je la...

Sumber : Here
Read More.. "Amazing : Penerjun Bebas Austria Pecah Rekod Dunia Lompatan Dari Ketinggian 39 Kilometer (7 Gambar)"

Panas : Akhirnya Hans Isaac Mengaku Mempunyai Hubungan Serius Dengan Neelofa (Gambar)


PETALING JAYA – Aktor dan produser Hans Isaac mengakui hubungannya dengan pelakon Neelofa adalah serius tetapi mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan kisah tersebut kerana berasa serik dengan kegagalan hubungan cintanya sebelum ini.

Pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac, 41, ini berkata, sudah tiba masanya dia menyimpan sebahagian kisah peribadi untuk dirinya sendiri kerana dia sudah banyak berkongsi perkara peribadi dan kisah cinta sepanjang 20 tahun bergelar anak seni.

Hans berkata, atas dasar itu dia lebih selesa untuk tidak bercerita lebih lanjut mengenai hubungannya dengan aktres muda itu demi kebaikan semua pihak.

“Saya tidak nafikan kami memang berkawan secara serius pada waktu ini. Cuma, saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana perkembangan hubungan kami kerana ia terlalu peribadi buat saya.

“Cukuplah, saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun bergelar artis, terlalu banyak saya berkongsi cerita hubungan cinta dengan kekasih-kekasih terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang dipertikaikan itu dan ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini.

Ditanya reaksinya berhubung gosip yang mengatakan dia pergi bercuti dengan kekasihnya itu ke Koh Samui, Thailand, secara rahsia pada hujung bulan lalu, Hans berkata, dia enggan mengambil pusing mengenai perkara itu kerana sudah terbiasa dengan permainan dunia hiburan.

“Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini.

“Hakikatnya, saya pergi ke Koh Samui bersama sepupu dan rakan-rakan. Kalau pun saya hendak pergi bercuti dengan dia, tentulah kami akan pergi secara berkumpulan dan bukan berduaan sahaja.

“Saya bukan bodoh dan tidak peka dengan sensitiviti agama dan budaya,” hurainya.

Mengenai hasrat mendiang ibunya, Carmina Anciano Isaac, 74, yang tidak sempat ditunaikan untuk melihat dia berkahwin, Hans berkata, soal berumah tangga bukan perkara remeh yang boleh diambil mudah dan ia memerlukan persiapan dan keputusan yang tepat.

“Memang saya terkilan mengenai perkara itu tetapi saya tidak boleh tergesa-gesa dan gelojoh mengenai persiapan perkahwinan.

“Dalam hal ini, saya perlu bersikap memilih dan sepenuh hati kerana saya hanya mahu berkahwin sekali sahaja dalam seumur hidup.

“Sama ada saya mempunyai perancangan ke arah itu dengan Neelofa atau sebaliknya, biarlah saya simpan dahulu,” luahnya.

Terbaru, usahawan filem ini sedang sibuk dengan proses pasca produksi dua filem terbitan syarikatnya iaitu Lemak Kampung Santan dan sebuah judul yang masih lagi dirahsiakan – Mstar.com.my



p/s : Artis oh artis... 

Sumber : Here
Read More.. "Panas : Akhirnya Hans Isaac Mengaku Mempunyai Hubungan Serius Dengan Neelofa (Gambar)"

Serius : CupCake Yang Paling Berbahaya Di Dunia (4 Gambar)


Cupcake ini mungkin kelihatan seperti cupcake yang diperolehi daripada kawasan yang berlaku kejadian jenayah ganas, dan ia merupakan salah satu idea di sebalik pembikinan cupcake Dexter dari Magnolia Bakery.

Magnolia Bakery merupakan kedai membuat kek dan roti yang telah ditugaskan oleh saluran TV, Showtime untuk membuat kek bagi meraikan penyiaran Musim ke-7 cerita pembunuh bersiri, Dexter.

Cupcake yang dihiasi dengan serpihan kaca dan darah Velvet merah yang telah dihidangkan pada majlis khas di Grand Central Terminal Vanderbilt Hall telah diselaputi dengan celupan sirap merah bagi menyerupai kesan darah.

Serpihan kaca yang terdapat pada cupcake berkenaan hanyalah kaca yang diperbuat daripada gula dan tidak akan merobek mulut anda pada gigitan pertama...Tapi, beranikah anda untuk mencubanya?

Malangnya, kek ngeri tersebut tidak akan dijual kepada umum dimana seseorang itu mungkin akan memberi kesan trauma yang hebat kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun apabila menjadikan kek tersebut sebagai hadiah hari jadi kelak.




p/s : Gula je rupanya... 

Sumber : Here
Read More.. "Serius : CupCake Yang Paling Berbahaya Di Dunia (4 Gambar)"

Cool : Kasut Converse Bertemakan "Game of Thrones" (7 Gambar)


Koleksi kasut ini dikenali sebagai  Game of Thrones Converse Chucks. Bagi yang berminat, korang boleh pilih antara 7 jenis design kasut yang mewakili 7 'rumah' dalam cerita Game of Thrones. Antaranya ialah House Stark, House Targaryen, House Lannister, House Greyjoy, House Tully, House Baratheon and House Arry.

Bagi yang tak tengok Game of Thrones, buat tak tahu sudah yer.. 








p/s : House of Targaryen gak paling smart.. anyway.. tak sabar tunggu Game of Thrones season 3..memang superb la tv series nih..  

Sumber : Here 

Read More.. "Cool : Kasut Converse Bertemakan "Game of Thrones" (7 Gambar)"

Info : Pepatah Lama Untuk Renungan Bersama


Berikut merupakan pepatah rekaan ntah sapa ntah... layan je la..~

Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu...asek nak beromen aje.

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Peribahasa:Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus....pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muker.
Maknanya: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jgn eksen nak jadi Mat Salleh plak... be proud of what you are.

Peribahasa: Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu...

Peribahasa: Seperti kacang luperkan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri....tak kenang jasa baik orang yg muler-muler memfofularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jgn sangka yg duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang....check betul-betul, mesti ader sorang lagi kat bawah ke....kat tengah ke...tengah baring ke.

Peribahasa: Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......btol tak?

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano
Maknanya: Nasib malang yg tak agak-agak.

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.

Maknanya: maknernyer . . .

maknernyer................

maknernya.................


Jangan nak tersengeh-sengeh kat depan PC......


Pergi lah buat kerja!!!!!

Sumber : Here
Read More.. "Info : Pepatah Lama Untuk Renungan Bersama "

Cun : Inilah Dia Juara Ratu Cantik Arab Saudi 2012 (2 Gambar)


Riyadh: Pertandingan ratu cantik di Arab Saudi? Ia mungkin kedengaran aneh, tetapi benar berlaku dan disertai wanita negara itu, bersama panel hakim untuk menghakimi peserta dan dua naib juara.

Selamat datang ke acara tahunan kali ketiga pertandingan ratu cantik Arab ‘Ratu Etika’ , di mana wanita yang menang tidak dinobatkan berdasarkan paras rupa, ukuran badan atau kecantikan fizikal, tetapi pada ‘etika’ beliau. Tema pertandingan ratu cantik tahun ini ialah "etika saya, identiti saya". Pertandingan diadakan Isnin lalu di Dewan Besar Raja Abdullah di wilayah Timur Qatif.

Pemenang, Maram Zaki al-Saif, dipilih sebagai ‘Ratu Etika’ Arab selepas hakim terpegun dengan aksi beliau yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.

Selain merangkul gelaran ‘Ratu Etika’, Saif turut menerima wang tunai bernilai kira-kira 10,000 riyal (RM8,153), ujar akhbar tempatan harian, Sharq.

Ratu yang berasal dari kepulauan Tarout di Arab Saudi ini adalah antara lima finalis yang berjaya mengharungi setiap saringan yang disertai 285 peserta, berumur antara 16 dan 24 tahun.

Dalam pertandingan sama, Fatema Abdel Jaleel Al Abad, 17, dari rantau Al-Ahsa Arab Saudi dinobatkan naib johan manakala Fatema Saeed Al Baik, 23, dari Al Qatif naib juara kedua.


Selain etika peserta dan tingkah laku yang baik, pengarah eksekutif pertandingan Khadra'a Al Mubarak berkata kriteria pemilihan pemenang turut dinilai daripada segi karisma dan prestasi teater, di samping tahap keyakinan yang tinggi dan kemahiran literasi, lapor akhbar Sharq.

Ratu etika perlu menjawab dua soalan utama, yang ditujukan kepada semua lima finalis. Soalan-soalan adalah: Apakah makna sekiranya anda layak merangkul gelaran pemenang? Apakah yang akan anda sumbang kepada gelaran itu?

Al Saif berkata, kemenangan akan menggalakkan beliau untuk mencapai cita-cita dan matlamat beliau, di samping menjadi sumber inspirasi kepada rakan senegara untuk mempercayai dalam keupayaan mereka untuk membentuk perubahan dalam masyarakat secara keseluruhannya. Beliau juga menyatakan keinginannya untuk mewujudkan projek pemulihan vokasional bagi orang kurang upaya yang akan dapat membantu mereka mencari peluang pekerjaan sesuai.

Acara pelancaran itu dihadiri oleh selebriti wanita, dan beberapa tokoh media, bersama-sama ibu peserta.

Sumber : Here
Read More.. "Cun : Inilah Dia Juara Ratu Cantik Arab Saudi 2012 (2 Gambar)"

Sunday, 14 October 2012

WTF : Lelaki Menjadi Kurus Dan Ubah Rupa Iras Justin Bieber (10 Gambar)

William Cookson mempunyai satu cita-cita untuk mencium seorang gadis. Tetapi dia tak berjaya melakukannya kerana dirinya gemuk dan pemalu. Selain itu, rupanya juga kurang tampan. Satu hari dia telah melihat Justin Bieber dan dia tekad untuk menjadi seperti JB. Dia memikirkan sekiranya gadis suka pada JB, mereka juga akan minat kepada lelaki yang seiras JB. Jadi, William telah plan macam-macam aktiviti seperti diet, senaman, kurangkan berat dan akhirnya semuanya berjaya. Kini dia mempunyai rupa iras JB dan mempunyai tiga orang teman wanita.

Sebelum : 

 Selepas :

Read More.. "WTF : Lelaki Menjadi Kurus Dan Ubah Rupa Iras Justin Bieber (10 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...