Kongsikan Entri Kami

Sunday, 23 September 2012

Info : Cermin Mata Hitam Murah Membahayakan Kesihatan! (Gambar)


Berhati-hatilah dalam menggunakan spek mata hitam yang harganya murah.

Satu kajian yang dilakukan di UK menemui bahawa pemakaian spek mata hitam yang harganya murah ternyata dapat menyebabkan pelbagai masalah mata seperti astigmatisme dan sakit kepala.

Hal ini disebabkan kerana kebanyakan spek mata hitam murah tersebut tidak menepati standard ujian laboratorium untuk sebuah spek mata penghalau cahaya matahari. Beberapa spek mata yang diujikaji ternyata memiliki kesan cahaya lentur dan dapat menyebabkan penglihatan terjejas atau sakit kepala kepada beberapa orang pemakai.

"Meskipun masalah ini tidak akan menyebabkan kerosakan penglihatan jangka panjang, namun akan tetap menimbulkan rasa tidak selamat, kerana  spek mata- spek mata tersebut tidak memenuhi standard untuk dipakai" jelas Joanna Pearl, lembaga kesihatan UK.

Pearl menyarankan bagi orang yang ingin membeli kacamata hitam penghalau cahaya matahari sebaiknya mereka meneliti pemenuhan standard daripada lembaga kesihatan negara masing-masing. Agar terhindar dari masalah penglihatan yang mengancam mata.

"Seperti jika di UK anda harus memeriksa tanda CE, yang wajib pada produk yang dipersetujui untuk dijual di Eropah, dengan kod 1836:2005 dari British Standard.


Sumber : Here

3 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

zouq dota pro first !

Anonymous said... Best Blogger Tips

pro ke? Lai garena room 20 pawn aku

Prince of Noob said... Best Blogger Tips

ni semua menipu konspirasi ray ban ni

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...