Kongsikan Entri Kami

Monday, 23 April 2012

OMG : Ikan Jenahak Emas Dijual Dengan Harga RM114,000 Di India (2 Gambar)


Hanya empat ekor ikan jenahak emas ditangkap di Teluk Bengal setiap tahun. Tahun ini, seekor yang ditangkap di Chittagong menjadi bahan sensasi dalam masa semalam saja. Seorang ahli perniagaan dari Hong Kong yang tidak mahu dikenali telah membeli Jenahak emas itu yang mempunyai berat 37 kg dengan harga USD$38,000 (MYR 114,000) untuk makan dagingnya yang lazat, kata Jahangir Saudagar, yang menjual ikan itu, kepada AFP

Encik Saudagar, yang bekerja di sebuat pasar ikan berdekatan Chittagong, membeli ikan itu secara bidaan dari seorang penangkap ikan yang menangkapnya di Teluk Bengal, sebelum menjual ikan itu kepada ahli perniagaan tersebut. Kata Saudagar:-
Saya terus membida sehingga orang lain putus asa kerana saya tahu saya boleh menjual semula ikan ini dengan harga yang tinggi.
Beliau mengalahkan sekurang-kurangnya 500 pedagang yang lain.
Profesor zoologi, Norman Siddiqui dari Akedemi Perikanan Marin di Chittagong berkata, warna Jenahak tersebut yang keemasan menyebabkan harganya meningkat sebegitu tinggi.

p/s : Pergh.. memang besar kot ikan ni.. patut pun mahal..

Sumber : Here




6 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

Apa kah!!

MIZZSEVEN said... Best Blogger Tips

besarnya

Anonymous said... Best Blogger Tips

Mahal2 pun rase Ikan jugak.. haha.. Manusia2 bile banyak sgt duit...

Anonymous said... Best Blogger Tips

eiii..rmai2 da pgang...da x fresh..

Anonymous said... Best Blogger Tips

belambak kat belakang umah longkang aku~ warna warni siot


hahzhahhahahahhadjhasdggh

Anonymous said... Best Blogger Tips

ibu gelama ni..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...