Seorang ibu terpaksa membenarkan dirinya diperkosa oleh seorang penceroboh bersenjata di rumahnya di Kampung Jawa di sini, minggu lalu demi melindungi anak-anaknya.
Wanita berkenaan, seorang suri rumah berusia 38 tahun, telah dirogol berulang kali manakala empat orang anaknya telah dikurung, menangis di bilik bersebelahan.
Kejadian itu berlaku pada 5.45 pagi apabila wanita itu dikejutkan oleh seorang lelaki bersenjatakan sepasang gunting.
Suspek yang menutupi mukanya dengan sehelai baju kanak-kanak, dipercayai telah memecah masuk ke dalam rumah melalui sebuah tingkap.
Dia menutup mulut wanita itu dengan tangannya dan meletakkan gunting di lehernya.
Suspek memberi amaran kepada wanita itu supaya tidak menjerit meminta pertolongan atau dia akan membunuhnya.
Mangsa berkenaan diarah menyerahkan barang kemas dan wang.
Wanita itu kemudiannya membungkus wang berjumlah RM300, dua telefon bimbit, satu gelang tangan dan sepasang anting-anting ke dalam sarung bantal dan menyerahkannya kepada suspek.
Suspek kemudian memberitahu wanita itu yang dia akan merogol salah seorang anak perempuannya dan ketika itulah dia merayu dengan suspek untuk merogol dirinya sebagai ganti.
Ketika itu, anak-anak wanitu itu terbangun dan suspek mengunci mereka di dalam bilik.
Suami wanita itu tiada di rumah atas urusan perniagaan.
Suspek kemudian kembali ke wanita itu, yang akhirnya terpaksa merelakan lelaki itu menanggalkan pakaian dan merogolnya.
Wanita itu kemudian memberitahu polis yang suspek itu tidak menggunakan kondom, sebaliknya menggunakan beg plastik untuk membalut kemaluannya.
Mangsa telah ditampar beberapa kali apabila dia cuba menghalang suspek daripada merogolnya lagi.
Selepas suspek melarikan diri, mangsa memanggil jirannya untuk bantuan sebelum membuat laporan di balai polis.
Mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk pemeriksaan perubatan.
Satu pasukan forensik polis mengunjungi tempat kejadian dan menemui beberapa pasang cap jari. Mereka juga menemui sepasang gunting dan baju kanak-kanak yang digunakan oleh penceroboh untuk menutup mukanya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

p/s : Memang jahanam la penjahat tu..
Sumber : Here
15 comments:
Hehehehehe..
sedih aku baca...begitu besar pengorbanannya menjaga maruah anak2 dia. isk isk
Kasih sayang seorang ibu amat besar nilainya..
npe pulak si OSMAN nie leh gelak bce cita cm nie.....lau jd kt bini adik kau cm ner ek...
skUntaP tol!
pengorbaban seorang ibu untuk menjaga maruah anak2 nya tapi sayang remaja sekrang pula sewenang2 nya menjual maruah sendiri...
menggunakan beg plastik untuk membalut kemaluannya??
saya menangis...kasih ibu membawa ke syurga sanggup berkorban walau apa saja..semoga ibu ini diberkati yang maha Esa..walaupun terpaksa mengalami detik hitam itu...
sape komen bawak aku nih bangang..
jadah,ganti kondom dgn beg plastik agak bodoh. :-
|
|
|
|
|
v
^
|
|
|
bawak??huahuahua
ak x bangang sbb ak komen BAWAH ko..bkn BAWAK ko..
huahuahuahua!!!!
aku tak bangang just aku pon sbagai seorang yang berilmu dan beragama aku rasa harus mengeluarkan pendapat tentang entry ni ..
btw beri aku , ni laa namanya kasih seorang ibu . Kite pon sanggup kew nk buat pergorbanan sebesar ni kat fmily kita , aku rasa tak kn ?
kadang2 sikit jew ibu kita minta kita buat but kita mengeluarkan sejuta alasan .. knpe ??
sebab kita tak pernh hargai pergorbanan diorang sedikitpun ..
ade satu pepatah ni menyebut ..
bila kita kehilangan seseorang ni baru kta tahu menghargainya ...
yup , aku tahu . Aku banyak berdosa dengan ibu aku . Dan aku kehilangan die baru aku sedar .. hermmm ..
perbuatan yg bijak anak2 dia...memg patut dibagi hukuman berat si penjenayah tu...
si osman tu kot yg rompak.. haha
BoDoh PuNyer JANTAN!!!!! lau kene kt anak bini,mak adik kak ko mcm mane??? ko suke2 ati jerk nk rompak orang nak rogol orang!!! moge ALLAH bg balasan yang Cukup Berat tok die!!
mari same2 kite doakan agar org yg melakukan kejahatan ini dibalas satu ari nanti..doa kan kepada keluarga tu agar kuat menempuh dugaan ini..amin..!
tp kan, klu dye blaja martial arts, insya Allah tak kne, n dpt prtahankan maruah dye n anak2 dye. sbb gunting kot. GUNTING kot
Post a Comment