Kongsikan Entri Kami

Saturday 31 March 2012

Berita : Indonesia Bakal Haramkan Pemakaian 'Mini Skirt'


Negara jiran, Indonesia bakal mengharamkan pemakaian skirt pendek di kalangan rakyatnya atas alasan ia mendorong golongan lelaki melakukan perkara-perkara menjurus ke arah jenayah seksual dan yang seumpama dengannya.

Menteri Hal Ehwal Agamanya, Suryadharma Ali yang baru dilantik sebagai anggota kabinet awal bulan lalu giat memerangi pemakaian skirt pendek di negara itu dan menyifatkan pemakaian skirt di atas paras lutut boleh dianggap sebagai pornografi.

Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa etika pemakaian tersebut sedang dikaji dengan teliti oleh pihak kerajaan sebelum diwartakan sebagai sebahagian dari undang-undang di negara itu.

“Kami sedang mengatur pertemuan dengan beberapa pihak bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan orang ramai mengenai apa yang mereka tahu mengenai pornografi, saya pasti mereka akan tampilkan beberapa definisi berbeza mengenainya (pornografi).

“Bagaimanapun, kami perlu menetapkan satu kriteria yang bersifat universal untuk mentafsirkan sesuatu sebagai pornografi di mana salah satu darinya ialah memakai skirt melebihi paras lutut,” katanya yang dipetik dari Jakarta Post hari ini.

Menurutnya lagi, setelah satu takrifan standard mengenai pornografi diwujudkan kerajaan akan melaksanakan undang-undang tersebut ke seluruh negara.

Negara yang memiliki populasi sebanyak 12 peratus dari seluruh umat Islam di dunia itu mula memperkenalkan akta undang-undang berkaitan pornografi sejak tahun 2008 sebagai usaha memerangi gejala itu dari terus membarah di kalangan rakyatnya.

Presiden Indonesia, Bambang Susilo Yudhoyono sebelum ini telah melantik Menteri Kebajikan Masyarakat, Agung Laksono, untuk mengetuai jawatankuasa tersebut dan dibantu oleh Suryadharma bagi urusan pengoperasiannya.

Pemakaian skirt pendek di Indonesia merupakan satu kebiasaan di kalangan rakyatnya dan dipakai secara berleluasa khususnya di pusat-pusat hiburan di seluruh negara itu.
 
p/s: Bagus la diorang nak buat cmni. at least ada la effort. Malaysia bile lagi ek? 

Sumber : MNH

11 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

bagus2 klu nk buat , malaysia blew nk buat .... ??

official_ruhaiza said... Best Blogger Tips

alhamdulillah.. tpi jgn nk abai kan yg lurah plak.. skirt xleh tpi lurah bleh plak.. hehehehe
sian artis indo xleh pkai skirt.. xleh tunjuk ar kaki dorg yg lawa tu..hahaha

Anonymous said... Best Blogger Tips

lurah dendam?

Anonymous said... Best Blogger Tips

jangan cakap je..buat nye idok...

ben xii said... Best Blogger Tips

malaysia still liberal . pegi la kelantan

Anonymous said... Best Blogger Tips

oh alim sungguh

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalau dah namanya nafsu, yg btutup2, budak kecik.. pon kne rogol jgk.. spttnya kna ajar org laki kawal nafsu jgk.. laki pmpuan kna la balance..

Anonymous said... Best Blogger Tips

peraturan baru semua laki diwajib kan mamakai penutup mata dan spender besi supaya.....(baca komen anon 2335).... lol

-billy fecren-

Anonymous said... Best Blogger Tips

sluar pendek x ke??

Anonymous said... Best Blogger Tips

bodo punya indon korang buat perturan ni pun x guna gak kalau prngai korang cam setan sundal bolong satu family indon sama saja mak buat ngan anak bapak buatt ngan ank pompuan baik buat dvd je pas tu jual lah kat eBay bodo indon nk baget buat peraturn minii skirt konon bodooooooo

-pembenci sialan pondan dan indon

Anonymous said... Best Blogger Tips

memang bodoh buat cmtu. makin xmaju n jd katak bawah tempurung je negara kita. n artis kita xkan kemana pun kalau ckit seksi pun dh kena kritik.apa bodoh punya org kita ini.pemikiran kolot.bangang.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...