SAN DIEGO - Seorang wanita Iraq, yang cedera parah dan ditinggalkan
satu nota memintanya agar balik ke negara asal minggu lalu, meninggal
dunia semalam.
Shaima Alawadi, ibu berusia 32 tahun dan mempunyai lima anak,
mengembuskan nafas terakhir semalam, kata Council on American Islamic
Relations (CAIR), sebuah organisasi yang memperjuangkan kebebasan sivil
bagi Muslim.
Dia dibekalkan dengan alat sokongan pernafasan sejak Rabu lalu setelah dicederakan di rumahnya. Mangsa ditemui oleh anak perempuannya di bilik tidur di rumah mereka di El Cajon, San Diego.
"Siasatan peringkat awal menunjukkan, satu nota berbaur ugutan ditemui
berhampiran dengan tempat mangsa ditemui," kata pegawai polis El Cajon,
Lt. Mark Coit. Pihak berkuasa tidak dapat mengatakan kandungan nota itu.
Bagaimanapun menurut anak perempuan Shaima, nota itu meminta mereka
kembali ke Iraq selain memanggil mereka sebagai "pengganas." Menurut polis, nota yang serupa ditinggalkan di luar rumah mereka awal bulan ini, tetapi keluarga itu tidak membuat laporan.
"Seminggu yang lalu, mereka meninggalkan satu surat yang mengatakan
'ini negara kami, bukan anda punya, anda pengganas," kata Fatima Al
Himidi kepada KGTV. Hanif Mohebi, pengarah eksekutif CAIR cabang San Diego berkata,
keluarga itu berhijrah ke Amerika Syarikat pada pertengahan 1990-an.
Pasangan itu mempunyai tiga anak perempuan dan dua lelaki berusia antara lapan dan 17 tahun. El Cajon antara kawasan yang mempunyai ramai orang Iraq. Fatima berkata, tiada barang yang hilang dari rumah mereka dalam kejadian itu.
Oleh itu, dia percaya kejadian ini bermotifkan kebencian.
p/s : Kekejaman semakin menjadi-jadi..
Sumber : Here
12 comments:
Siapa yg sebenarnya pengganas??
sokong anon di atas aku...amerika dgn israel lah pengganas...
Orang yang dilakhnat Allah akan menyesal kat padang mahsyar nanti..
america penganas, penjajah,perompak..america puki mak kau...
tp pendapat aku, dah tau america tuh pengganas dalam diam xyahla pilih america negara utk bermigrasi. pastu dtg america beranak pinak g byk2 menambahkan populasi dorg kt america 2 kot amrica xske. kalo aku jd dorg baguih lg pg negara lain slain america..
dimana-mana pun adaa kezaliman---kakcik
ala... kerajaan umno gak yg buat hubungan ngan amerika... kan
Amerika bukan saja 'racist', lebih teruk lagi.
nak marah2.. nanti artis sane jugak yg korang minat.. ~lalalala~
Kalau perempuan nih memang pengganas macam mana? Apa kerja yang dia buat kat San Diego? Ptuii! Prevention is better than cure.
amerika ngan israel sama saja .. mereka bangsat punya Orang .. pegi jahanam la kau amerika isreal .. butO butO butO la kau amerika israel .. puihhh ..
butthurt semua. haha.
Post a Comment