Kongsikan Entri Kami

Wednesday 18 January 2012

OMG : Ibu Potong Kemaluan Bayi Lelaki


Jiangsu – Gara-gara terlalu inginkan anak perempuan, seorang ibu muda sanggup bertindak kejam dengan memotong alat sulit bayi lelakinya yang berusia lima bulan. Xiao Meng, 23, kini dihukum penjara lima tahun. 

Menurut kertas pertuduhan di mahkamah, pada bulan Ogos tahun lalu, ibu mertuanya yang terdengar suara bayi berkenaan menangis, telah terkejut selepas mendapati alat sulit cucunya itu dipotong oleh menantunya dengan menggunakan gunting.

Bayi tersebut kemudiannya dihantar ke hospital dengan segera. Menurut doktor, bayi itu selamat dan boleh membuang air kecil secara normal selepas rawatan dijalankan di Shanghai. Namun doktor memaklumkan adalah mustahil baginya untuk memberikan zuriat apabila dewasa kelak.

Sementara itu, di mahkamah, Xiao Meng mengaku telah membeli gunting dan memotong kemaluan anaknya itu hanya kerana dia ingin memiliki anak perempuan. Dalam pada itu, suaminya, Zhan berkata, sejak bayi lelaki mereka, Yaya dilahirkan, Xiao Meng sering bercakap seorang diri `saya berharap dia adalah bayi perempuan’.

Zhan turut memaklumkan, Xiao Meng tidak menyukai anak lelaki kerana mereka akan membebankan ibu bapa yang terpaksa membelikan rumah dan mencarikan isteri. Xiao Meng juga, katanya selalu menampar bayi mereka namun dia tidak begitu mempedulikannya kerana menyangka Xiao Meng mengalami tekanan selepas melahirkan bayi mereka.

Sumber : MyNewsHub

8 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

meroyan da pmpuan nie...

emira shafiqa said... Best Blogger Tips

Ya Allah , kesian baby tu ,..

Anonymous said... Best Blogger Tips

bangang punya pmpuan..klo xnk bayi tu bg jer dgn org yg memerlukan...haihh..stress aku baca artikel ni!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Kt China lg..mmg pelik btol la dorang nih..aku rase byk penduduk kt situ sakit mental.

Anonymous said... Best Blogger Tips

apuuu~~nang sik habis2 agyk kaa...

Anonymous said... Best Blogger Tips

pork eater..fucking shitt u stupid asshole..

Anonymous said... Best Blogger Tips

taw xpa anon 23:24. bengong tol. ksianny la baby tu.

mutantoddler said... Best Blogger Tips

@Anonymousasal muke kau cam tension je. aku tak tension pun -,-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...