LONDON: Tukang masak dan staf kantin sebuah mahkamah di Britain
disiasat polis selepas ada pihak tertentu menghidangkan hakim dengan
makanan bercampur air kencing.
Media semalam melaporkan, pihak berkuasa menyiasat kemungkinan
insiden itu dilakukan pihak tertentu yang tidak berpuas hati terhadap
sistem kehakiman dan mahu membalas dendam.
Dipercayai, kesan
air kencing dipercayai ditemui dalam sup, salad dan sandwic disediakan
di Mahkamah Snaresbrook di London Timur.
Kakitangan keselamatan dan polis dihubungi selepas hakim dan pendakwa mengadu hidangan makan tengah hari mereka berbau tengik.
Sumber berkata, pihak berkuasa bimbang kejadian itu dilakukan kakitangan kantin mahkamah.
“Menurut hakim dan pendakwa, makanan mereka berasa semacam ketika dikunyah,” katanya.
Mahkamah itu pernah mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi,
termasuk memenjarakan vokalis Culture Club, Boy George, selama 15 bulan
kerana menyeksa seorang pelacur lelaki pada 2009.
Sumber : Metro
1 comments:
apa kes letak pic wanita kncing berdri .. hahahaha
Post a Comment