Program realiti Big Brother versi Brazil mencetuskan kegemparan di
negara tersebut apabila salah seorang pesertanya dirogol secara langsung
di dalam kaca televisyen. Model, Daniel Echaniz dituduh mengambil kesempatan meratah tubuh
pesaingnya, Monique Amin selepas berakhirnya satu program keramaian.
Dalam episod terbaru Big Brother Brasil itu, yang disaksikan
kira-kira lapan juta penonton, menunjukkan Echaniz naik ke katil Monique
sewaktu wanita tersebut sedang tidur dalam keadaan mabuk. Kemudian dia menggeselkan tubuhnya dengan wanita itu sebelum berselimut.
Monique yang berusia 23 tahun itu dikatakan tidak begitu sedar
terhadap kejadian yang menimpa dirinya kesan daripada pengaruh alkohol.
Polis mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengambil keterangan
Monique berhubung kejadian itu sebelum membawanya ke hospital bagi
menjalani pemeriksaan kesihatan.
Echaniz akhirnya disingkirkan serta-merta dari rancangan realiti
tersebut dan bakal berhadapan hukuman penjara di antara enam ke 10 tahun
jika disabitkan dengan kesalahan
Sumber : Here
6 comments:
rogol secara live?? giler..
huuhuhuu....
tunggu rancangan AF lak peserta dicabul secara live... teruskan menyokong rancangan realiti tv
kiranya kamera tu kamera tertutup kt bilik peserta? eiii.. mabuk2 ingatkan tau risiko kena rogol/cabul... ntah2 mamat tu pn mabuk gak. aku rase cm biase jer bende2 ni kt mat saleh kalo mabuk. tula, apsal suruh mabuk. nak kunci pintu pun tak lepas kalo mabuk. kan dah kenaaaaa
kerana vulva badan merana!
rancangan big brother tu mmg x elok langsung. dah la tinggal beramai2 dlm 1 rumah campur laki p[ompuan. even camera ada pd setiap kawasan even dlm bilik air n blik tidur. peserta tu siap mandi beramai2 bogel lagi... ish ish...
Post a Comment