Kongsikan Entri Kami

Sunday, 15 January 2012

Entri Khas : Review Honda Insight - Pengalaman Memandu Kereta Hybrid (25 Gambar + Video)


Salam.. Okay, nak dipendekkan cerita, Blog AkuStressGiler ni telah dijemput oleh Honda Malaysia dan Katalyst PR untuk event Test Drive Honda Insight pada 13-14 Januari 2012. Memang kami rasa beruntung sangat-sangat sebab bukan senang untuk dijemput event besar camni. Lebih-lebih lagi, hanya 15 blogger terpilih dari seluruh Malaysia yang dijemput. Dan yang membuatkan kami lebih bangga, semua blogger-blogger lain ialah blogger otai dan yang dah famous seperti :  


Korang silalah melawat blog-blog hebat kat atas nih yer.

Okay, back to business. Now aku nak review pasal pengalaman aku sendiri drive Honda Insight Hybrid ni. Event ni diadakan selama 2 hari 1 malam. Start dari Jaya One PJ, kemudian drive ke Avillion Hotel PD then ke Philea Resort Melaka. Balik pun sama. Melaka - Thistle Hotel PD - Jaya One, PJ.

Photo Contest

First day of the event, semua bloggers yang dijemput diminta berkumpul dekat restoran The Bee, Jaya One PJ pada pukul 8.30 pagi. Breakfast semua disediakan lah. Aku taknak cerita pasal makanan atau hotel tempat aku bermalam semua. Yang tu nanti aku post dekat entry yang lain. Entry ni khas untuk review Honda Insight semata-mata. Sebab kalau nak buat keseluruhan memang panjang kot. Tak larat pulak korang nak baca.

Taklimat dari Mr Hanvinder
Poster kempen

Tag untuk Blogger
Lepas breakfast, wakil dari Honda dan Ktalyst International bagi taklimat sikit pasal teknologi hybrid, kereta hybrid keluaran honda, how the motor and engine works dan macam-macam lagi la. Pastu kami pun terus ke kereta masing-masing. Tapi before tu, kami dah dibahagi kumpulan kepada 3 orang setiap kereta. So, aku dapat kumpulan sama dengan  Amir Denaihati dan Rebecca Saw.

Before naik kereta, diorang ada explain pasal button-button dalam Honda Insight tu. Memang agak complicated gak la sebab first time kot tengok teknologi hybrid ni. Aku ada la snap beberapa pictures before kami semua depart dari Jaya One ke Avillion Hotel , Port dickson and then ke Philea Resort, Melaka.







Disebabkan sebiji kereta disediakan untuk 3 orang blogger, jadi driver switch banyak kali jugak la. Amir Denaihati yang first bawak kereta ni. First aku tengok Bro amir ni bawak, memang takde beza la dengan krete biasa. Yela, sebab aku blom laguidrive mase tu.

Amir Denaihati drive first

Sebenarnya, ada task atau permainan yang diberikan kepada semua blogger semasa drive ni. Kereta yang paling jimat minyak akan dapat hadiah kamera digital Canon Ixus bernilai rm600 setiap seorang!! Pergh..Team Kak Ji (Kujie2.com) dengan Fazreen (wakil ohmedia.my) yang menang kamera tu.  Tapi mesti korang terpikir, macam mana nak tau jimat minyak tu? senang je.. 

Dekat dashboard tu, ade speedometer elektronik. Dekat bahagian speedometer tu, ada lampu yang akan bertukar warna biru, biru kehijauan dan hijau. Paling bagus ialah warna hijau yang bermaksud Fuel Efiicient driving. Kalau lampu tu bertuka warna biru kehijauan pulak bermaksud penjimatan minyak tahap moderate. Dan kalau biru, maksudnya Uneconomical driving atau tak menjimatkan minyak la tu.

Before aku cerita pengalaman aku, aku nak korang tau sikit la pasal Hybrid Technology ni. Kereta Hybrid ni ada dua sumber kuasa iaitu enjin (minyak) dan Integrated Motor Assist (Bateri). Jadi, gabungan kedua-dua ni akan menjimatkan minyak korang dengan sangat banyak. So, IMA ni akan assist korang semasa driving. jadi korang akan guna kedua-duanya dalam satu masa. Bile korang tekan brake, bateri akan di charge secara automatic .

Aku tulis macam ni la bagi korang mudah paham. 

Apa itu HYBRID ?  Jawapan :  Engine + Motor = Hybrid
Apa itu Honda Insight? : 1.3L i-VTEC engine + Integrated Motor Assist = Honda Insight

Hijau tu.. Fuel Efiicient!

Aku tak sempat nak amek gambar mase driving hari first. Second day baru ada gambar aku driving. Ok, aku nak bagitau beberapa kelebihan Honda Insight ni bagi pendapat aku la.

1. Minyak jimat giler!!. Kami drive dari PJ ke Melaka tu aku rasa meter minyak tu turun bawah sikit je dari F (Full Tank). tak lebih dari 1 centimeter kot jarum meter tu bergerak turun. Memang tak caya gak tapi itulah kenyataannya. Bukan aku nak promote ke hape. aku just nak share experience yang aku alami sendiri.

2. Kalau korang nak tau, Honda Insight Hybrid ni guna enjin 1.3 i-Vtec. Tapi bila aku bawak, rasa macam bawak kereta 1.6 cc. Seriously, memang aku terkejut jugak la. Mase bawak tu ingatkan enjin 1.6 sebab time speeding, takde pulak bunyi enjin dia mengaum kuat macam enjin 1.3 biasa. Memang best je menyusur kat highway.

3. Handling yang sangat mantap. Aku saje la nak try handling dia dekat corner patah dekat jalan Semenyih. Memang smooth beb. Memang tak lari la steering dia. Diorang ada explen before kami drive tu pasal system stability yang memudahkan handling semasa emergency corner atau corner patah. Memang berguna dan sangat-sangat selamat. superb beb..

Aku tengah drive. Memang sangat smooth handling Honda Insight ni.

4. Keep it Green!!! Dekat dashboard tu ade satu display yang akan tunjuk mileage korang. Iaitu berapa kilometer dapat dicapai dengan satu liter petrol. kalau korang maintain speedometer tu hijau je, semakin tinggi la kilometer korang dapat untuk setiap satu liter. Paham tak? So, korang dapat monitor penjimatan minyak korang!! Memang hebat la teknologi ni.

5. Belajar tekan minyak. Bila korang bawak Honda Insight ni kan, korang akan belajar macam mane untuk tekan minyak atau accelerate bagi menjimatkan minyak korang. Rupanya cara tekan minyak tu pun ada kaitan dengan cepat ke lambat minyak habis. Bila korang bawak Insight, korang akan tekan minyak smoothly untuk dapatkan lampu speedometer warna hijau. kalau korang tekan kuat sikit, warna dia akan bertukar jadi biru. Memang korang akan jadi cermat la untuk kekalkan warna hijau tu. Tap memang la xkan selalu hijau..sebab kadang-kadang korang perlu speeding kan time nak overtake. Tapi memang best la blaja control accelaration ni. Korang dapat praktikkan kat kerete korang yang bukan hybrid tu untuk penjimatan minyak.

6. Boleh bawak laju ke?? Mesti korang akan terfikir kan, so, kalau nak jimat minyak, takleh la speeding kan? Bawak slow bawah 80km/j je. Eh,,korang silap. Aku pun fikir macam tu jugak at first. Tapi, aku ada test bawak cecah 155km/h dekat highway gi PD tu and  minyak takde pulak turun secara mendadak. Still jugak turun sikit giler.  Korang still dapat maintain speedometer warna hijau even time speed tinggi.

Meter 101km/j tu.. time ni Rebecca yang drive kot..
7.  Full tank Rm60+. Murah kot. Bayangkan kalo korang dapat capai mileage 23km per liter. Kalau 10 liter? dapat pegi 230km!! Tapi itulah paling maksimum korang dapat jimat iaitu 23km/L. Masa aku bawak pada hari first tu sempat gak la dapat 21.6km/L. dah jimat giler tu.

8. Harga?? Haa..part harga ni biasanya akan memeningkan kepala pengguna. Tapi korang jangan risau, Honda Insight Hybrid ni ialah first hybrid car di Malaysia yang berharga below Rm100k. Kira murah la tu sebab pakai teknologi canggih. Dapat jimat minyak. dan yang paling penting, Envronmental Friendly!! Tak salah kalau kita support Green Technology kan?

9. Saiz dan keluasan . Okay, bagi aku, interior space honda Insight ni agak luas. Mungkin luas sedikit dari Vios. Kat bahagian driver and frotn passanger memang selesa aku duduk even kaki aku panjang. Kat bahagian belakang pun okay. Kalau Rebecca yang drive, memang luas giler la space aku kat belakang sebab dia kecik je. Hehe..

10 : Eco Assist . Korang tau apa Eco Assist? Eco Assist ni ialah untuk korang memaksimumkan penjimatan minyak korang dan pada masa yang sama membuatkan kenderaan korang lebih Hijau. cane nak guna? Senang je.. Ade satu button dekat bahagian dashboard tu iaitu ECON button.  Bila korang tekan ni, kereta akan set kepada penjimatan maximum. Hebat kan?? Pastu ade pulak Scoring Function yang bagi detail tentang pencapaian korang. Kira macam markah la. So, korang boleh la monitor sejauh mane kehebatan korang dalam menjimatkan minyak. Nak tau lebih lanjut, tengok infoGraphic kat bawah sekali.


11. Saiz Boot. Tempat letak barang kat belakang ni memang luas. Aku terbaca dalam buku Honda tu dia cakap dapat muat 3 set beg kayu Golf tu. Bukan beg je, sekali dengan complete set kayu golf la. Besar kan? Pastu Rebecca siap masuk dalam bonnet lagi amek gambar dengan barang kami yang banyak tu. Memang sungguh luas.

12. Warranty Battery 5 Tahun!! Lama kot 5 tahun tu.. So, korang tak payah risau la pasal bateri ni. Memang susah rosak kalau korang pandai pakai. Honda Insight je kot yang bagi warranty bateri paling lama. Terbaek la.

13. Keselamatan @ safety? Dual Air Bag.. Pastu kan, kerusi belakang tu direka khas untuk menampung ISOFIX unutk letak kerusi bayi. Jadi, bagi sesiapa yang nak letak anak dalam Honda Insight ni, tak payah risau la.. Memang kerusi bayi tu melekat dengan kukuh.


Gambar ambik kat Google je ni. Sebab tak sempat nak amik gambar boot.

Mr Harvinder tengah catat Mileage per liter setiap kereta. Siapa yang paling jimat dapat hadiah.

Kereta yang team aku punya yang warna Putih tu.
Posing depan kereta. Credit to Bro Amir yang snap gambar.
Jom kite tengok sikit Bro Amir Denaihati tunjuk skill drive Honda Hybrid. Aku sempat ambik video mase dia drive on the way balik ke PJ. Jangan marah bro. Hehe



Memang steady la bro Amir drive Honda Insight. Rebecca yang tak berapa pandai bawak Auto transmission tu pun hebat je aku tengok. 

Secara overall, Bagi pendapat aku la, pengalaman drive kreta Honda Insight Hybrid ni memang best. Yang paling kite semua nak ialah penjimatan minyak. Memang terbukti yang Honda Insight ni sangat jimat minyak. Aku memang tulis secara ikhlas dari hati ni. bukan nak bodek Honda. Tapi pengalaman ni telah bukak mata aku yang sebelum ni aku tak tau sangat. 

Seriously, memang aku tau kereta Hybrid ni jimat minyak, tapi aku tak tau yang memang jimat gile-giler punyer. Dan disebabkan teknologi hybrid ni baru, jadi normal la harga dia tidak la murah. Tapi kalau bawah RM100K tu, bagi aku takde la mahal giler. Still la mampu beli bagi yang bukan jutawan. Hehe..

Jom tengok gambar-gambar Honda Insight Hybrid yang aku snap gune kamera digital pinjam dengan member. Geng lain semua pakai DSLR kot.. Malu siot.. 








Bagi korang yang nak tau lebih lanjut pasal Honda Insight Hybrid ni, korang download je info pasal Honda Insight ni dekat link yang aku bagi kat bawah ni. Memang aku dapat directly dari Honda Malaysia tu. Memang sangat berguna especially Infographic. Korang baca la infographic ni. Memang lengkap dan padat beb.Klik gambar untuk besarkan yer...




Kalau nak tengok dengan lebih besar dan lengkap, boleh download kat bawah ni. File kecik jer.. Hehe.. Sila-sila jangan malu-malu..

1. Fact sheet - Honda Hybrid

p/s : Honda Insight Hybrid memang terbaek punyer...

28 comments:

Blog Berita Benar said... Best Blogger Tips

Pergh! Mantap la Nik! Mohon kopi pasta. Aku nak share entry terbaik ko ni!

AdminStressGiler said... Best Blogger Tips

thanks bro.. sila la copy.. no hal.. hehehe..

Anonymous said... Best Blogger Tips

Hampir - hampir beli honda insight last month,
memang jimat & hybrid.. cuma hmm nak naik genting tak lepas lah admin. tu yg cancel.

Anonymous said... Best Blogger Tips

satu je ak xberkenan nga kete hybrid ni, design blakag yg kurang menarik

Anonymous said... Best Blogger Tips

xbagus..engine x power la.jenuh da bwak nek bukit cm apa..last2 wat pameran je kat umah.

Blog Berita Benar said... Best Blogger Tips

@Authors Yang Stress

Cantek. Terima kasih bro!

adie said... Best Blogger Tips

nice sharing bro! terus teruja nak angkat satu. ehehe..

duan said... Best Blogger Tips

wow! untuk jimat minyak tapi kurang rm100k, memang berbaloi sangat..banyak je kereta sekarang ni harga up rm100k..

Kujie said... Best Blogger Tips

Nik.. bukan ke date utk contest ni 16 - 20hb sebelum 6 ptg...hari ni 15hb , kan?

Anonymous said... Best Blogger Tips

kete ni memang senyap kot...bunyi enjin pelahan giler..


DOWNLOAD PUSS IN BOOTS (2011)-kucing yg comel
DOWNLOAD REAL STEEL (2011) DI SINI
DOWNLOAD JOHNNY ENGLISH REBORN DI SINI

AdminStressGiler said... Best Blogger Tips

@Kujie

yeker kak? adeh..terbuat awal la pulak.. haha.. xper la.. boleh kot.. sbb dh rajin sgt.. sbb tu buat awal..hehe

Anonymous said... Best Blogger Tips

lps ni admin boleh la try test drive Toyota Prius C akan bakal dilancarkan...tgh pening nk buat pilihan antara Prius atau Insight..huhu

khairul fahmy cek mek molek said... Best Blogger Tips

ni kire ok la banding blog serius yg memberi pandangan yg baguussss sgt kat kete cine yg taje blog die tu hahaha kurang2 ko dapat kete honda hahaha CAYA LA BRO!!!

Misz-ella said... Best Blogger Tips

waahhhh .. detail explanation dari bakal cikgu. Good job, adik.

AdminStressGiler said... Best Blogger Tips

@khairul fahmy cek mek molek thanks bro..

AdminStressGiler said... Best Blogger Tips

@kakchik@ella thanks kak chik!!

firdaus zainal said... Best Blogger Tips

terbaik!!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Wah bru ade reply dr admin hehe.... Bgus!!

Ujang9897 said... Best Blogger Tips

best best...=)

Fazreen said... Best Blogger Tips

Kemain awal laju kau update review. hehehe. nice to know you bro

AdminStressGiler said... Best Blogger Tips

@Ujang9897 hahaha..biasa2 je.. entry kak jie la yg paling gempak.. kompem dia menang.. hehe

AdminStressGiler said... Best Blogger Tips

@Fazreen hahha.. boring sgt aritu.. tu yg awal je buat review.. hehe.. nice to know u too bro..

Unknown said... Best Blogger Tips

Salam.. nak tanya admin..kalau sy cadang nk beli honda insight secondhand. Apa yg perlu sy tahu ttg Insight n apakah kelemahan/negative part honda insight?
Adakah benar terdapat masalah dgn batt hybrid?

Unknown said... Best Blogger Tips


Salam.. nak tanya admin..kalau sy cadang nk beli honda insight secondhand. Apa yg perlu sy tahu ttg Insight n apakah kelemahan/negative part honda insight?
Adakah benar terdapat masalah dgn batt hybrid?

Unknown said... Best Blogger Tips


Salam.. nak tanya admin..kalau sy cadang nk beli honda insight secondhand. Apa yg perlu sy tahu ttg Insight n apakah kelemahan/negative part honda insight?
Adakah benar terdapat masalah dgn batt hybrid?

Shahmi said... Best Blogger Tips

Park..aku pn nak tau jugak hehehe

Unknown said... Best Blogger Tips

Haha naik genting tutup lah aircond der

Unknown said... Best Blogger Tips

Apa kereta pun

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...