JOHOR BAHRU: Keasyikan seorang pemandu lori pasir menonton cakera
padat video (VCD) lucah pada skrin mini kenderaannya ketika memandu
dikatakan menjadi punca kemalangan membabitkan lima kenderaan lain dan
mengorbankan sepasang suami isteri di Kilometer 19.5, Jalan
Pontian-Johor Bahru, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lori berkenaan dalam perjalanan ke
Singapura sebelum kecuaian pemandunya menyebabkan ia hilang kawalan lalu
terbabas dan berlanggar dengan sebuah lori lain, dua kereta serta dua
motosikal, termasuk motosikal dinaiki pasangan suami isteri yang maut
itu.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir tiga jam manakala usaha mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner
Ruslan Hassan berkata, suami isteri yang terbunuh itu dalam perjalanan
ke tempat kerja dan mereka mati di tempat kejadian manakala seorang
penunggang motosikal lain parah.
Menurutnya, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai K Vijaya, 34, dan isterinya, S Hemalatha, 27, dari Bukit Indah, di sini, manakala mangsa yang parah, lelaki berusia 32 tahun belum dikenal pasti identitinya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
“Lori pasir yang dipandu lelaki itu mempunyai skrin mini LCD dan kita sedang menyiasat dakwaan dia memandu sambil menonton VCD lucah. Kami sedang mengesan VCD lucah yang didakwa berada dalam lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Menurut Ruslan, pemandu lori terbabit ditahan bagi membantu
siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan
Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan
kematian dan beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.
Sementara itu, bapa mangsa yang dikenali sebagai Muruandy, 54, berkata, kejadian yang menimpa Vijaya dan menantunya adalah tragedi buruk bagi keluarganya kerana kedua-duanya maut sekelip mata.
“Setiap hari mereka ke tempat kerja dengan menaiki motosikal dan
saya tidak menyangka rutin harian itu menjadi tragedi. Saya sedih
mengenangkan nasib tiga cucu yang masih kecil, berusia bawah 12 tahun,”
katanya.
14 comments:
yg kemaruk sgt nk tgk 2 np..
kesian lak aku tgk. xpsl family yg segan..
Pity to both couple. They have children. ;(
aku ada masa kejadian nih..
xcdent blaku x sampai kol 10 coz smpt lg tgok jam kt dashboard..
susur keluar tmn u mhala ke jb..
stuck dkt 1jam lebih..
pergh..mcm2 pragai driver yg kite leh tgok..ptg Q la..
tp yg driver lori kalo dh kmaruk sgt tgok brenti la kt ptronas x jauh pun kt situ..tgok la puas2...nak fap2 pun org x nmpk la wei...x pasal2 nyawa org x bdosa melayang..
Sedangkan handphone pun dah melalaikan pemandu, inikan pulak video macam ni. Ni lah yang jadi. Hish.
takziah buat keluarga mangsa.....
sial tol kat situ..bwk lori cm org gila..aku yg naek moto pun tkot..
hukum potong anu pemandu lori tu. baru taubat gamaknye
gara2 video lucah..ade nyawa yg melayang..kerana vulva badan merana..
Errrr... Mcm mn tau dy tgk video lucah? xphm tol aku. Ad saksi ke? Mcm mn bleh drawn conclusion dy tgk video lucah tu..? hmmm.. musykil2..
Ap2pn, lepas ni aku kna lg berhati2.. xleh bwk laju sgt da..
fap tu ape? asal ramai owg sebut fap fap fap ?
fap tu jenama ganti FAB TOTAL PENCUCI TERBARU DI PASARAN . Ghahahahhaa~~~~~ :P
fap fap 2 melancap...melocok.. dan sewaktu dgnnya.. har3... fap3...
smasa kjadian aku ada kt situ..nk terberak rsenye dlm kete..
UNTUK BUDAK LEPAS SPM,KLIK DI SINI..PENTING!
BUAH OREN PERCUMA UNTUK YANG BALIK KAMPUNG
IKLAN PETRONAS UNTUK CHINESE NEW YEAR! GEMPAK BEB!
mati stim laa nampaknya..
Post a Comment