IPOH: Gagal mengawal perasaan cemburu, seorang suami menetak isteri mudanya dan saudara lelaki wanita itu yang cuba meleraikan pergaduhan antara pasangan itu di rumah mereka di Jalan Padang Tembak, di sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, pasangan tersebut yang baru mendirikan rumah tangga setahun lepas, dikatakan bergaduh sebelum suami berusia 24 tahun itu menyerang isterinya R. Reevathy, 21 dengan sebilah parang.
Mendengar jeritan isteri muda itu, saudara lelakinya, M. Visanathan, 18, yang tinggal berjiran dengan pasangan itu masuk ke rumah mangsa untuk meleraikan pergaduhan tetapi turut ditetak oleh lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan, kedua-dua tangan dan kaki dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Katanya suami mangsa yang bekerja sendiri itu ditahan sejam kemudian di rumahnya dan direman selama seminggu untuk siasatan lanjut.
sumber : mymetro
1 comments:
hanyalah satuuuuu......
Post a Comment