Kongsikan Entri Kami

Sunday 29 May 2011

Yusry KRU - Lisa Surihani banyak tahu tentang dirinya dari keluarganya.

WAduh waduh...nampak serius juga hubungan dua orang artis ni... siapa yang tak kenal Lisa Surihari hmmm hehe dan juga Yusry .. Ni serba sedikit cerita pasal mereka ni..
Lebih mudah berbicara soal cinta berbanding pasangannya, Lisa Surihani, pengarah dan pelakon popular, Yusry Abdul Halim mengakui hubungan antara mereka kini sudah melepasi fasa perkenalan.

Yakin dengan hubungan yang terjalin, Yusry juga menjelaskan dia kini selesa bersama Lisa dan menganggap hubungann antara mereka sudah mulai matang.

"Saya selesa bersamanya, dan hubungan kami juga sekarang ini sudah pun melebihi fasa perkenalan, walaupun usianya masih muda, tapi Lisa lebih matang dan bersamanya, tidak ada istilah cintan-cintun dan cinta monyet.

 "Kami bukan lagi kawan rapat, tetapi lebih daripada itu dan hubungan ini juga sudah menuju kearah yang lebih matang. "Sukar untuk bercerita tentang hubungan kerana di peringkat ini apa sahaja yang kami lakukan ianya kelihatan indah sahaja,"luah Yusry

Bawa jumpa ahli keluarga 
 
Serius dengan apa hubungan yang terjalin, kedua-dua mereka sudah pun bertemu dengan keluarga masing-masing.

"Saya sudah bertemu dengan keluarga Lisa, dan begitu juga dengannya. Seharian dia bersama keluarga saya, katanya dia lebih mengenali diri saya daripada apa yang diceritakan mereka berbanding bila bersama saya. 


"Tidak dinafikan keluarga saya juga selesa dengan hubungan kami, dan tetapi hubungan ini belumlah sampai ke tahap untuk berkahwin lagi.


Ambil Kesempatan

Bercerita tentang hubungannya itu, Yusri menafikan bahawa Lisa cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya.

"Jika benar Lisa jenis itu, sejak daripada dahulu perkara ini akan tersebar, bukannya setelah dia berkawan dengan saya.

"Selepas ini Lisa akan bekerjasama dengan syarikat Skop Production, jadi adakah selepas ini Lisa akan dikaitkan dengan Syamsul Yusof pula.

"Saya sudah lama mengenalinya, tetapi hubungan ini hanya lebih rapat beberapa bulan lepas, jika dia mahu mengambil kesempatan, dia sudah lakukan sejak dahulu lagi,"luah Yusri yang mengakui ada merancang beberapa projek besar bersama Lisa Surihani.
           
sumber : manggaonline

1 comments:

joko said... Best Blogger Tips

kawin nnt x de anak.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...