Kongsikan Entri Kami
Wednesday 1 June 2011
Bayi 'dikebumikan' di stor selepas mati didera
SUNGAI SIPUT: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan mati dipercayai akibat didera ibu bapanya yang sakit mental sebelum mayatnya ditemui di dalam stor, penuh kesan luka dan lebam pada tubuh dan dibalut dengan kain batik berwarna merah.
Mayat bayi itu ditemui bapa saudaranya di rumah sewa dihuni pasangan berkenaan di Taman Muhibbah di sini, kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.
Ketika mayat bayi itu ditemui, ibu bapanya tanpa reaksi sedih memberi alasan mereka tidak tahu anak mereka sudah mati dan memberitahu bayi itu ‘disimpan’ selepas didapati tidak bergerak sejak jam 11 pagi kelmarin.
Bapa mangsa yang bekerja sebagai penjual burger pernah mendapat rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, sebanyak dua kali dan isterinya juga dikatakan turut mengalami masalah serupa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Superintendan Ernest John berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada bapa saudara mangsa yang dibuat di Balai Polis Sungai Siput pada jam 2.41 pagi semalam.
sumber : mymetro
Labels:
Stress Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kalau dah tak waras macam mana boleh kahwin? sebab tu lah dalam agama ada contoh2 siapa yg boleh kahwin dan siapa tidak.. bila fikiran tak waras, ini lah jadinya! aniaya anak kecil itu.. org yg tidak waras harus dipantau dan dijaga perilakunya, kerana fikiran mereka tak sama dgn org biasa.. :(
Simpati pada bayi malang tu.Tak boleh nak dibayangkan seksanya dia semasa didera..
dah tau mak bapak tu x waras knp masih dibiarkan kanak2 tu dijaga diorang..ish..cian btul budak tu...
Post a Comment