Kongsikan Entri Kami

Friday 3 June 2011

Bapa ancam bunuh anak dengan pedang samurai


Di Malaysia kes buang bayi, di China pula kena mengacu pedang samurai ke arah anak..apa dah jadi dengan dunia sekarang? Kesian buda-budak ni kena buat macam ni. apa la salah mereka...
BEIJING - Seorang bapa mengancam mahu membunuh anak perempuannya dengan sebilah pedang samurai jika polis mahu menahannya selepas dia melanggar sebuah kereta lain, lapor sebuah akhbar semalam.

Bapa itu yang dikenali sebagai Zhang Gang, 32, bertindak mengacukan sebilah pedang ke arah dada seorang anak perempuannya yang dirangkulnya dan sedang menangis di tepi keretanya.

Gang yang mengacukan pedang itu menjerit bagi meminta tidak ditangkap selepas dia dikehendaki polis bagi memberikan keterangan kerana kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah kereta lain. 

Sebelum itu, dia bertindak membrek keretanya di luar sebuah pasar petani di daerah Yongren, wilayah Yunan apabila dua buah kereta polis membuat sekatan dengan menghalang laluan keretanya. 

Orang ramai di pasar itu turut menyaksikan detik-detik cemas tersebut manakala isteri Gang hanya mendiamkan diri di dalam kereta tersebut dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Gang kemudian memasuki semula keretanya tetapi dia masih mengacukan pedang itu ke arah dada anaknya itu. 

Seorang anggota polis yang mahir berunding dengan penjenayah kemudian mendekati kereta lelaki itu manakala beberapa saudara-maranya termasuk ibunya turut dihantar polis ke tempat kejadian untuk memujuknya menyerah diri.

Ketika rundingan itu rancak berjalan, beberapa anggota polis menyerbu kereta tersebut dan menangkap Gang serta menyelamatkan anak perempuannya dalam serbuan yang menurut beberapa saksi hanya berlaku dalam tempoh beberapa saat selepas drama itu berlaku selama dua jam. - Agensi

sumber kosmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...