Kongsikan Entri Kami

Monday, 22 July 2013

Lawak : Apabila Vin Diesel Diberi Rambut Pelbagai Fesyen (10 Gambar)

Apabila Vian Diesel Diberi Rambut Pelbagai Fesyen.
Kita semua tahu yang pelakon ini tak ada rambut tetapi bagaimana rupa dia sekiranya diberikan fesyen rambut. :-))


Read More.. "Lawak : Apabila Vin Diesel Diberi Rambut Pelbagai Fesyen (10 Gambar)"

OMG : "Belgian Blue", Spesies Lembu Gergasi Hasil Pengubahsuaian Genetik (8 Gambar)


Punca yang menyebabkan haiwan ini kelihatan besar adalah disebabkan pengubahsuaian pada genetiknya yang dikenali sebagai gen myostatin, iaitu gen yang bertanggungjawab menjadikannya saiznya berganda dari biasa serta berotot.

Spesies lembu istimewa ini mempunyai lebih daripada 40% jisim otot tambahan. Mereka mampu membesar dengan sangat pantas dan menghasilkan susu yang tinggi dengan protein untuk anak-anak mereka.

Apa yang tidak di ketahui oleh orang ramai, spesies lembu yang telah diubahsuai dari segi genetik sebenarnya mampu memberikan manfaat yang baik kepada kita. Walaubagaimana pun, proses pengubahsuaian genetik ini akan memberi kesan yang buruk kepada lembu tersebut di mana ia mungkin memberikan masalah kesihatan seperti bengkak pada lidah, kaki menjadi kaku yang menyukarkan mereka untuk makan dan bergerak serta membawa kepada kematian.


p/s : Kesian plak tengok.. 

Sumber : Here
Read More.. "OMG : "Belgian Blue", Spesies Lembu Gergasi Hasil Pengubahsuaian Genetik (8 Gambar)"

Cool : [Video] Cara Panggil Ayam Paling Sempoi


Jom tengok mamat ni panggil ayam-ayam dia. Senang gler. Macam kartun pun ada gak... Tapi memang sempoi habis.. Senang je ayam tu kene lauk.. hoho.. 


Sumber : Here
Read More.. "Cool : [Video] Cara Panggil Ayam Paling Sempoi "

Sunday, 21 July 2013

Serius : Masyarakat Islam Di Kiruna, Sweden Berpuasa Selama 24 Jam (2 Gambar)


Komuniti Islam di wilayah Kiruna, Sweden kebingungan dalam menjalankan ibadah puasa Ramadan. Lintasan panjang matahari ketika Ramadan tiba yang menjadi persoalan. Di wilayah utara negeri itu, matahari 24 jam tetap terang seharian sehingga tidak memberi kesempatan pada malam.

"Kiruna tempat paling tinggi di wilayah ini (Sweden). Matahari tidak pernah terbenam selama beberapa bulan,” kata seorang Muslim Kiruna, Ali Melhem.

Lelaki berusia 45 tahun ini mengatakan waktu puasa yang panjang tentu membuat dirinya dan orang Islam lainnya kepenatan. Melhem tinggal di Kiruna sudah lebih dari 24 tahun. Sebelum ini Ramadan tiba ketika musim luruh.

Tetapi, berbeza kali ini, Ramadan tiba ketika wilayah berdekatan Kutub Utara ini memasuki awal musim panas. Melhem memang tetap berpuasa. Namun dia mengatakan, puasa 24 jam penuh menjadi dugaan yang begitu berat. Terutama bagi isteri dan anak-anaknya. ”Saya dan istri sudah berbincang dengan ulama-ulama di Iran dan Iraq,” kata Melhem.



Perbincangan itu bagaimana pun tidak memberi jawapan yang jelas. Melhem mengaku beliau menganut Islam Syiah. Para ulama menyampaikan kepadanya untuk menunda puasa sehingga musim gugur tiba. Sedangkan ulama lain memberi saranan agar tetap berpuasa mengikut waktu berbuka di wilayah matahari terbenam yang terdekat.

Petunjuk itu memang ada. Sebahagian Muslim Kiruna juga mengikuti saranan ulama itu. Wilayah terdekat dari Kiruna adalah Lulea dan Umea. Di dua tempat itu, malam diberi kesempatan untuk muncul. Tetapi hanya satu jam. Bermakna, puasa di bahagian selatan Kiruna mencapai 23 jam!

Dari sembilan juta populasi muslim di Sweden, tercatat kira-kira 350 ribu penganut Islam. Islamic Center di Malmo, Sweden mengatakan, komuniti muslim tersebut memang kebanyakan tinggal di wilayah-wilayah tinggi. Musim panas ketika Ramadhan di negeri tersebut, hingga sekarang belum mendapat penjelasan jelas dari pakar agama dan ulama.

Di Finland contohnya, bagi kalangan Islam Sunni di negara itu memilih mengabaikan panjangnya hari-hari berpuasa. Mereka mengikuti waktu berpuasa muslim di Makkah atau di Madinah, Arab Saudi.


Sumber : Here
Read More.. "Serius : Masyarakat Islam Di Kiruna, Sweden Berpuasa Selama 24 Jam (2 Gambar)"

Cool : [Video] Lagu Raya Khas Nyanyian Avril Lavinge


Jom layan lagu Pulang Di Hari Raya oleh Avril Lavinge. Penyanyi asal lagu ini ialah Norkumalasari. Pasti dia bangga bila melihat artis Hollywood meng'cover' lagu beliau. Sama-sama kita saksikan.


p/s : Part susun 10 jari memang takleh blah.. hahahaha!! sapa punya keja la nih..

Sumber : Here
Read More.. "Cool : [Video] Lagu Raya Khas Nyanyian Avril Lavinge "

Cool : Ribuan Payung Berwarna-warni Terapung Sepanjang Lorong Di Portugal (10 Gambar)

Ribuan Payung Berwarna-warni Terapung Sepanjang Lorong Di Portugal.
Bermula dari tahun lepas, semasa festival Agitagueda yang disambut di Agueda, Portugal, ribuan payung berwarna warni telah dipasang sepanjang lorong kota ini. Payung warna warni ini akan dibiarkan terapung sepanjang bulan Julai ini. Mari lihat keindahan payung terapung ini.  

Read More.. "Cool : Ribuan Payung Berwarna-warni Terapung Sepanjang Lorong Di Portugal (10 Gambar)"

Serius : Sao Paulo, Bandar Besar Yang Tanpa Satu Pun Iklan Di Sekelilingnya (8 Gambar)

Sao Paulo, Bandar Besar Yang Tanpa Satu Pun Iklan Di Sekelilingnya.
PAda September 2006, Mayor Sao Paulo pada masa itu telah meluluskan satu program iaitu "Clean City Law" di mana menghapuskan semua iklan di sekitar bandar itu. Dari papan Billboards ke stesen pengangkutan dan setiap bangunan sebanyak 15,000 ribu iklan telah diturunkan atau dipadamkan. Selain itu, iklan dalam media massa juga dimansuhkan seperti skrin TV pada stesen kereta api. Situasi ini telah menyebabkan kerugian sebanyak RM 500 juta pada pelbagai pihak dan seramai 20,000 yang bekerja menguruskan iklan kehilangan kerja mereka. Mari lihat sendiri bagaimana keadaan bandar itu sekarang. 

Read More.. "Serius : Sao Paulo, Bandar Besar Yang Tanpa Satu Pun Iklan Di Sekelilingnya (8 Gambar)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...