Kongsikan Entri Kami

Saturday 11 August 2012

Cool : Kelantan Cipta Sejarah, 6000 Rakyat Qiamullai Bersama Sultan


Kelantan negeri pertama di negara ini mencipta sejarah mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) dengan penyertaan terbesar seramai 6,000 rakyat berqiamulai bersama Sultan Muhammad V, malam kelmarin.Terdahulu dalam majlis bersempena Qiam With Me bersama Sultan Muhammad V yang bersejarah dan julung kali diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian itu, baginda menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama rakyat.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco Kerajaan Negeri serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pada program tersebut juga Tuanku perkenan menyampaikan zakat RM200 seorang kepada 1,433 asnaf seluruh negeri ini dan pada jam 11 malam, tazkirah diadakan oleh Ustaz Azhar Idrus.Pegawai MBOR, Zuhairi Mohammad Zain berkata, pengiktirafan itu diberikan kerana program itu mencapai jumlah sasaran dan syarat minimum yang ditetapkan MBOR iaitu minimum 5,000 peserta.

“Program seperti ini pertama kali dianjurkan di negara ini dan Kelantan satu-satunya negeri yang melakukan Qiamulai secara besar-besaran yang membabitkan penyertaan yang ramai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Zuhairi berkata, penganjuran program seumpama itu dapat mengimarahkan aktiviti keagamaan di negara ini sekali gus menghidupkan semangat untuk berqiamulai.
“Pelbagai rekod bersifat keagamaan dicatat sebelum ini iaitu membaca al-Quran dalam tempoh yang lama iaitu 100 jam, begitu juga agama lain kita akan bagi pengiktirafan sekiranya ingin melakukan aktiviti untuk mencipta rekod,” katanya.

Sementara itu, Bendahari Pertubuhan Kerabat Di Raja Kelantan Al-Muhammadi, Tengku Ibrahim Farihadin Tengku Feissal berkata, program tersebut anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, bersama Pertubuhan Kerabat Di Raja Kelantan Al-Muhammadi dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.Beliau berkata, anjuran seperti program sedemikian merupakan satu langkah baik untuk mengeratkan silaturahim antara Kerabat Di Raja Kelantan dengan rakyat setempat.

p/s : berita pasal ni kompem tak masuk dalam TV3 atau berita harian atau Utusan.. ke dah ade? hehe.. aku tak tau sebab aku mmg tak tgk berita lgsg dh now.. buang masa je..

Sumber : here

21 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

cam ada unsur politik jer admin ni..

Anonymous said... Best Blogger Tips

betul la anon, cam ader politik plak. klau betul untuk tujuan menambah keimanan ok la, tahniah.. tapi klau tujuan untuk menunjuk2, tak de makna apa2 pon. Allah tak suka kepada org2 yang suka menunjuk2 bila melakukan kebaikan, tak kira la di pihak sana atau di pihak sini.. tepuk dada tanya iman..

Anonymous said... Best Blogger Tips

2 anon ni tak abis2 politik.. nak qiamulail pun politik.. bersangka baik la sikit.. yg poltik tu kat johor 30k tu.

Anonymous said... Best Blogger Tips

xde politiknya...semua wakil dtg xkire dari kerajaan or pembangkang...nik aziz, tokpa dll...

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni bukan nak menunjuk.. tp kan, aku rasa ape salahnya 'menunjuk' kalau perkara baik, sbb atas dasar nak dakwah. kalo sumer bende2 baik nak sorook2, cuma perkara2 jahat je siar, habis la dunia ni, takde dorongan dan inspiration org nak ke arah kebaikan.

pikir la positif skit. kalo PM buat rumah terbuka heboh TV dan berita, yg tu tak plak kata 'tak yah la nak menunjuk-nunjuk ko bg orang makan....'

Anonymous said... Best Blogger Tips

kalau tak menunjuk tu bagus la, bukan apa takut ada pihak yang ambik advantage pasal benda ni

Anonymous said... Best Blogger Tips

bleh jadi ikutan negeri2 lain ni....inshallah...bagus2....bende baik ni...

Anonymous said... Best Blogger Tips

takde nyer tv3 nak siarkan ,tv3 kan bn punye....tak tau lah disiarkan tapi tak tengok

-billy fecren

Anonymous said... Best Blogger Tips

alhamdulillah .. bangga aku dgn sultan kelantan ni.. bila lah sultan aku nk jadi cmni ..
daulat tuanku! eh silap,,.. allahuakbar !!!!

The Fakhirin said... Best Blogger Tips

bangga aku sbgai anak kelantan. Mempunyai Sultan mcm ni. Pertama kali dewan besar istana digunakan untuk rakyat.

Allahuakhbar !!

Unknown said... Best Blogger Tips

dah hampir tiba zaman kegemilangan.. sikit je lagi. insya allah. kite kena sabar sikit je lagi.

Anonymous said... Best Blogger Tips

ni baru la betul dikatakan ketua agama..xmcm sultan or kerabat negeri lain..tgk cara berpakaian dia pun low profile..sgt bangga n bersyukur ada juga sultan yg sgt mementingkan agama dlm malaysia ni..

asrah said... Best Blogger Tips

asal kelantan asal ada pemimpin politik je ko nk libatkan politik. dah memg dia islam.salah ke dia join.
buka minda. buka mata.
tak payah nk libatkan politik sgt dlm agama
SULTAN V memang terbaik.

darah kalau dah biru.memg payah.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Bangga sebab tugas Sultan yang sebenar telah terserlah kembali. Kita tidak perlu risau bakal Agong yang akan datang seseorang yang boleh diharap untuk memartabatkan Agama walau siapa pun pemimpin kerajaan. Sultan-sultan yang muda kini sudah sedar akan kepentingan agama dan adab sopan.

Anonymous said... Best Blogger Tips

"aku tak tgk berita lagi,buang masa" - berpolitik nampak

Anonymous said... Best Blogger Tips

x tgk berita pon politik ke...apa punya otak...

Anonymous said... Best Blogger Tips

wak lu... anon kat atas

Anonymous said... Best Blogger Tips

anon 04.33 bodoh nk mampus..pemikiran mundur..negara xmaju sbb ada org cmni lah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

bangang ap anon atas tu...qiamullai pon politik...kalau orang terkinja2 terkangkang atas stage tu ko x kritik pulak...mcm mane ko berfikir pon ak x taw...ko nk jadi ap..ibadah pon ko nk kritik...ko islam ke musuh islam

Anonymous said... Best Blogger Tips

hope jadi ikutan..bg aq pemimpin kene bg contoh baik...xde politiknye dlm hal ni...mmg da berkarat la otak korang ni..dok kaitan hal agama dgn politik...

Anonymous said... Best Blogger Tips

Qiamulail politik? Nescaya korang sendiri pun tak suka bab2 agama mahupun berqiamulail.

Berapa kerat rakyat kita dan sultan kita yang kaya raya di Malaysia ni, setuju untuk membuat qiamulail bersama? Berapa? Ada 2-3 sultan? Ada?

Setahu aku, sorang sultan sahaja yang berjiwa rakyat dan berjiwa hamba kepada Allah, iaitu sultan kelantan. Kalau dah semua dipandang serong dan salah sangka, itu bukan ajaran Islam tapi bersangka baik YA!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...