Kongsikan Entri Kami

Monday 6 August 2012

Kesian : Kanak-Kanak 3 Tahun Mati Ditindih 8 Ahli Keluarga


BUKIT MERTAJAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati apabila lapan ahli keluarganya termasuk pembantu rumah warga Indonesia menjalankan upacara pemujaan dengan menindih tubuhnya di Bukit Minyak di sini malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah berkata kejadian pukul 10 malam itu disedari bapa saudara mangsa yang secara kebetulan berkunjung ke rumah itu.

“Saksi yang curiga melihat pintu utama rumah tidak berkunci segera naik ke tingkat atas rumah yang menempatkan bilik tidur utama.

“Apabila lelaki berkenaan mendapati pintu bilik itu berkunci dan penghuni yang berada di dalam enggan membuka pintu, dia segera memaklumkan kejadian kepada polis,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Azman berkata polis terpaksa memecah masuk bilik itu sejurus tiba di lokasi kejadian dan mendapati kanak-kanak itu sedang ditindih kesemua suspek.

Azman berkata hasil siasatan awal, suspek yang berusia antara 16 tahun hingga 67 tahun sedang melakukan upacara pemujaan dan jampi atas sebab yang tidak diketahui.

“Polis yakin kanak-kanak itu baharu sahaja mati berdasarkan keadaan mayatnya yang masih panas dan sebab kematiannya dipercayai berpunca daripada sesak nafas,” katanya.

Katanya suspek yang terdiri daripada ibu, bapa, nenek, bapa saudara, ibu saudara, dua sepupu beserta pembantu rumah terbabit ditahan reman selama lima hari bermula hari ini di IPD SPT bagi membantu siasatan.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. -BERNAMA

p/s  : Memang bodoh.. kesian baby tuh.. 

Sumber : Here

10 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips

am i first?

Anonymous said... Best Blogger Tips

aku tak kisah pun 2nd--tania

ben xii said... Best Blogger Tips

meleis ke

Anonymous said... Best Blogger Tips

ada orang kisah kau na 1st ke ta!
org2 yg amek kisah kau 1st suma anak cipanzi ta reti fikir.

Anonymous said... Best Blogger Tips

kurg didkn agama....

Anonymous said... Best Blogger Tips

bkn umo 2 tahun ke??

Anonymous said... Best Blogger Tips

arghhhh, macam haram buat pemujaan. geram tul aku dgr kes2 cmni >< nyawa innocent kid jadi taruhan

Anonymous said... Best Blogger Tips

APE LAAA BODOH SGT,,
X ABES2 DGN FIRST TU,ERMMMM

Anonymous said... Best Blogger Tips

F*,ajaran sesat ke ape?!

Anonymous said... Best Blogger Tips

bodoh btol bangang btol.... ni melayu ke pe??? klu melayu mmg bodo tahap sial pny bodo.. klu bangsa lain pn ksian... ank kcik jd mangsa... mmg bodo giler.... hey x kna hukuman gantung ke sume setan tuh???

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...